Antara Garisan ialah sebuah telefilem drama keagamaan Malaysia 2009 arahan Shahrulezad Mohameddin, dibintangi oleh Ungku Ismail Aziz, Sharifah Amani, Azma Aizal Yusoof dan Noorkhiriah. Telefilem ini disiarkan di Astro Ria pada 5 September 2009,[1][2] ia telah memenangi 4 daripada 6 pencalonan di Anugerah Skrin 2010.[3]

Antara Garisan
Genre
PenciptaShahrulezad Mohameddin
Ditulis olehSofea
PengarahShahrulezad Mohameddin
Dibintangi oleh
Penggubah lagu tema
Lagu penutup"Akan Ku Jumpa" oleh Asfan Shah
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Penerbitan
Penerbit
  • Shahrulezad Mohameddin
  • Fazli Baharom
PenyuntingHarlina Abd. Ghani
LokasiBentong, Pahang
SinematografiAhmad Tarmizi Abdullah
Tempoh siaran80 minit
Syarikat penerbitan
Radius One
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal5 September 2009

Sinopsis sunting

Mengisahkan seorang ustaz bernama Arman (Ungku Ismail Aziz) yang muncul di sebuah kampung pada waktu subuh. Dia bertembung dengan seorang perempuan GRO bernama Ayu (Noorkhiriah) yang sedang mabuk di hadapan masjid itu. Ustaz Arman yang ketika itu sedang berdiri di kaki tangga masjid memandang wanita itu dengan pandangan jijik dan Ayu pula memandang ustaz tersebut dengan perasaan malu.

Selepas daripada kejadian itu, mereka tidak lagi bertemu sehinggalah pada suatu hari dan waktu yang sama, Ayu pula berdiri di kaki tangga masjid di tempat yang sama dia terserempak dengan Ustaz Arman pada kali yang pertama. Tetapi kali ini, Ustaz Arman ditemui dalam keadaan yang cukup mengaibkan.

Pada saat itu, barulah teringat yang mereka pernah berada di tempat yang berbeza. Kedua-dua tersedar mereka sudah merubah kedudukan masing-masing kerana sedar apa yang membezakan mereka hanyalah satu garisan halus.

Pelakon sunting

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan Ruj.
2010 Anugerah Skrin 2010 Drama Terbaik Antara Garisan Menang [3][4][5]
Pengarah Terbaik (Drama) Shahrulezad Mohameddin Tercalon
Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) Ungku Ismail Aziz Tercalon
Pelakon Wanita Terbaik (Drama) Noorkhiriah Menang
Pelakon Pembantu Terbaik (Drama) Azma Aizal Yusoof Menang
Lakon TV Terbaik Antara Garisan Menang

Rujukan sunting

  1. ^ "Panel TV: Telefilem Antara Garisan menerusi Astro Ria malam ini". Berita Harian. 5 September 2009. Dicapai pada 25 Jun 2018.
  2. ^ Budiey (4 September 2009). "Drama Antara Garisan di Astro Ria lakonan Isma Yusoof, Nadia Aqilah Bajuri". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 25 Jun 2018.
  3. ^ a b Feride Hikmet Atak (25 Disember 2010). "Antara Garisan, Muallaf ungguli ASK 2010". mStar Online. Dicapai pada 25 Jun 2018.
  4. ^ Wahiduzzaman (24 Disember 2010). "ASK2010: Mungkinkah tuah memihak Antara Garisan, Muallaf". mStar Online. Dicapai pada 25 Jun 2018.
  5. ^ "Drama Antara Garisan memang layak ditabalkan Drama Terbaik Anugerah Skrin 2010". Rollo de Pelicula. 26 Disember 2010. Dicapai pada 25 Jun 2018.

Pautan luar sunting