Tauke Raja Lawak

Pelawak, pelakon, penyanyi dan pengarah Malaysia

Zamatul Amri bin Zakaria atau lebih dikenali sebagai Tauke Raja Lawak atau Tauke Jambu (lahir 7 April 1976) merupakan seorang pelawak, pelakon, penyanyi, dan pengacara dan Malaysia. Beliau merupakan bekas peserta Raja Lawak musim pertama bersama temannya, Allahyarham Yus Jambu.

Tauke Raja Lawak
Kelahiran
Zamatul Amri bin Zakaria

(1976-04-07) 7 April 1976 (umur 47)
Nama lainTauke Raja Lawak, Tauke Jambu
PekerjaanPelawak, pelakon, pengacara, penyanyi, pengarah, penyampai radio
Tahun aktif2001–kini
Pasangan
  • Nadia Mohd. Effendi (k. 2017)
Anak-anak2

Kerjaya sunting

Kerjaya seni beliau bermula pada tahun 2001 dalam program Sinaran Passport Kegemilangan dengan Kumpulan Tak Tahu Menahu anjuran sebuah stesyen televisyen tempatan. Malangnya nasib kurang menyebelahi beliau. Namun beliau tidak mudah berputus asa.

Pada tahun 2007 beliau telah mendapat tempat ke-4 di dalam program Raja Lawak Astro yang pertama kali diadakan. Pada tahun 2011 pula, beliau bergandingan bersama Yus Raja Lawak dan menyertai Maharaja Lawak 2011 dengan membentuk kumpulan Jambu dan mendapat tempat ke-4 keseluruhan program tersebut. Pada tahun 2012 beliau menyertai program Super Spontan dan mendapat tempat ke-3.

Pada tahun 2015 beliau telah bergandingan dengan Yus Jambu & Misha Omar dalam kumpulan "Kobis Pedas" rancangan realiti Juara Parodi di Astro Warna. Pada genap 30 November kawan baik atau rakan karib iaitu Yus Jambu atau Pak Yus meninggal dunia di Hospital Selayang akibat sesak nafas [1][2] . Beliau berasa sangat sedih dan tertekan kehilangan rakan seperjuangan. Terpaksa bergandingan duo dengan Misha Omar.

Pada tahun 2016, selepas habis Juara Parodi 2015 tiba masa kembali Maharaja Lawak Mega 2016. Beliau menubuhkan kumpulan baru selepas kehilangan rakan seperjuangan itu tahun lalu. Gandingan ini iaitu (Ajak Shiro & Angah Raja Lawak) dalam kumpulan "Lots of Love" atau singkatan (LOL). Berjaya meraih tempat ke-4 keseluruhan. Beliau menyertai lagi untuk edisi 2017, kali ini gandingan baharu bersama Acong Sweetchild dan Ropie iaitu kumpulan Nice. Namun, rezeki tak memihak mereka apabila tersingkir di minggu ke-8. Tetapi, Tauke tidak berputus asa, beliau mengambil keputusan menyertai Super Spontan Extravaganza 2018 sebelum menyertai sekali lagi Maharaja Lawak Mega 2018. Beliau akhirnya menemui gandingan yang sesuai iaitu Man Raja Lawak bagi membentuk kumpulan Taman. Usaha keras Tauke bersama Man amat berbaloi apabila mereka berjaya ke peringkat akhir dan seterusnya menduduki tempat ke-5 keseluruhan. Kumpulan Taman ini dikatakan jelmaan kumpulan Jambu, namun Man menafikan dia adalah pengganti Arwah Pak Yus.


MLM 2014 sunting

Beliau telah menjadikan anggota Kumpulan Virus oleh Tauke, Zizan dan arwah Pak Yus. Dalam 5 tahun lalu, Virus akhirnya terkandas di Separuh Akhir MLM 2014. Sekarang, Kumpulan Virus berjaya jadi Kungfu Pelawak. Ropie telah menggantikan tempat Allahyarham Pak Yus dan juga Tauke dan Zizan teruja dengan seronok sekali lagi.

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2003 Jutawan Fakir Perompak Filem pertama, pelakon sampingan
2012 Bujang Terlajak Kawan Kepada Gadis Bisu Penampilan khas
Cinta Kura Kura Salleh
Uncle Usin Samad
Sofazr The Movie - Jiwa Kacau Remy Juga sebagai pengarah
Cinta Beruang
Pe3 Nelayan 2 Penampilan khas
2013 Hello
2014 Abang Long Fadil Acai
Mana Mau Lari Abang Pen
2015 Hantu Bungkus Ikat Tepi Fakhrul
Ada Apa Dekat Bas Stop Tuan Tabib Penampilan khas
2017 Rempit Sampai Langit Bob
2019 Hero: Jangan Bikin Panas Mark
2020 Tyickoouns Gabai Penampilan khas
2021 Arwah Pak Mat, Lif & AJK Norman
Mat Bond Malaya Ejen Tauke Penampilan khas
2024 Tan-Ti-Ana Tauke

Teater sunting

Tahun Tajuk
2013 Lawak SuperHero
Lawak Ke Der 3

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2009 Geng Raya Zizan Buang Astro Ria
Ulat-Ulat Cinta Astro Prima
Kesempatan Dalam Kesempitan
2010 Odisi Raya MJ Lagi
Cinta Si Sukun
Osman Berani
2011 Jambu Hanyut
2013 Bongkah Bahulu Angkasa Raya Astro Warna
Raya Nora Jambu Astro Ria
Tukang Jahit Tak Beraya TVi
Pian Kenan Balik Raya Pian Astro Warna
2014 Simpul Raya Amri
2015 Aidil & Fitri Dr. Fitri HyppTV
2016 Rongples Rongtaim Bo Astro Citra
2017 Kasut Bola Pink Ayah Rafiq Astro First Eksklusif

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2008 Rabunnya Cinta Astro Prima
2009 Gerabak Astro Warna
LawaKing Astro Prima
2010 Carca Marba Astro Warna
2011 Jejaka J Astro Prima
Biasa Je Astro Warna
Hantu Gigi Astro Prima
2012 Berita Hangit Astro Warna
Pondok Jambu
2017 Oh My English Level Up! Encik Yusof Astro TVIQ
2021 Mamu Mami Gosip Salim Filem Negara Malaysia
Kampung Kolestrol Qarun TV9

Peserta sunting

Tahun Tajuk Kumpulan
2001 Sinaran Passport Kegemilangan Tak Tahu Menahu
2007 Raja Lawak Dirinya Sendiri
2011 Maharaja Lawak Jambu
2012 Super Spontan 2012 Angsa Ganas
Roda Igauan Janggut
Maharaja Lawak Mega 2012 - (Jambu) Jambu
2013 Super Spontan 2013 Semut Sentap
Maharaja Lawak Mega 2013 - (Jambu) Jambu
2014 Super Spontan 2014 Biawak Lazer
Redah Kasi Pecah Ekstravaganza Dirinya Sendiri
Maharaja Lawak Mega 2014 Virus
2015 Super Spontan All Stars Kungfu Kipidap
Juara Parodi Kobis Pedas
2016 Maharaja Lawak Mega 2016 LOL
Super Spontan Superstar Harimau Hipster
2017 Maharaja Lawak Mega 2017 Nice
2018 Super Spontan Extravangza Sotong Kangkung
Maharaja Lawak Mega 2018 Taman
2019 Muzikal Lawak Superstar Tamanz
Maharaja Lawak Mega 2019 Jambus
2020 Muzikal Lawak Superstar 2 Gojes

Radio sunting

Tahun Tajuk Stesen
2015–2016 #Sate Era

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2011 Terkono Pengacara Astro Warna
2013 Akustika Ramadan Artis jemputan TV3
Wanita Hari Ini
Tiada Lama Tiada Baharu Pengacara TV2
2014 Lat Tali Lat Pengacara bersama Yus Jambu Astro Ria
2016 Dangdut Star Pengacara bersama Cik Manggis Astro Prima

Diskografi sunting

Lagu sunting

Kejayaan sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Yus Jambu meninggal dunia, dipercayai sesak nafas". Sinar Harian. 30 November 2015. Dicapai pada 30 November 2015.
  2. ^ Ab Rahman, Farhana (30 November 2015). "Rakan artis terkejut pemergian Allahyarham Yus Jambu". Berita Harian. Dicapai pada 30 November 2015.

Pautan luar sunting