TV Okey
OKEY (televisyen ini dikenali sebagai RTMi, Muzik Aktif dan TVi) ialah saluran televisyen terestrial percuma di Malaysia yang dimiliki oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM). Saluran ini secara rasminya mula bersiaran pada 21 Mac 2018. Saluran OKEY utamanya ialah di Pusat Penyiaran Antarabangsa, Angkasapuri, Kuala Lumpur.
![]() | |
Negara | Malaysia |
---|---|
Kawasan siaran |
|
Ibu pejabat | Angkasapuri, Kuala Lumpur, Malaysia |
Pengaturcaraan | |
Bahasa | |
Format gambar | 1080i HDTV |
Pemilikan | |
Pemilik | |
Saluran kembar | |
Sejarah | |
Dilancarkan | 21 Mac 2018 |
Pautan | |
Laman web | rtmklik |
Ketersediaan | |
Terestrial | |
![]() | Saluran 110 (HD) |
Satelit | |
![]() | Saluran 146 (HD) |
![]() | Saluran 146 (HD) |
Media penstriman | |
![]() | Tonton secara langsung |
![]() | Astro GO |
Nama saluran tersebut merupakan akronim untuk "opportunity" (peluang), "knowledge" (ilmu), "experience" (pengalaman) dan "yours" (anda).
Ini juga bagi melihatkan Malaysia juga mampu berdaya saing dalam produk televisyen seperti Perbadanan Penyiaran British iaitu BBC Three dan BBC Four.
SejarahSunting
Sebelum Saluran OKEY wujud, empat saluran ujian dilancarkan oleh RTM sebagai sebahagian daripada percubaan penyiaran televisyen terestrial Digital (DTT) pada isi rumah terpilih dan rangkaian televisyen berbayar Astro dari 2006 hingga 2018. Saluran-saluran tersebut adalah RTMi, RTM Muzik Aktif dan TVi (TV Interaktif).[1] RTMi adalah saluran yang menyiarkan pratonton program RTM1 dan RTM2 sehingga jam 7:30 pagi, RTM Muzik Aktif adalah saluran muzik sementara TVi adalah saluran yang mempromosikan budaya Malaysia Timur.[2] Terdapat rancangan pada awal tahun 2010 untuk melancarkan saluran televisyen negeri untuk Sabah dan Sarawak oleh RTM, tetapi akhirnya mereka tidak direalisasikan. Di Sarawak, bagaimanapun, rancangan televisyen negeri kemudian dilakukan oleh Sarawak Media Group, yang melancarkan TVS pada 11 Oktober 2020. Saluran OKEY rasmi majlis pelancaran pada 21 Mac 2018 pada waktu malam di Hilton Hotel, Kota Kinabalu, Sabah.
Saluran ini menyiarkan rancangan tempatan terdiri daripada drama tempatan dan Melayu serta rancangan tempatan yang disediakan oleh Radio Televisyen Malaysia.
Pada 1 April 2019, Saluran OKEY telah rasmi memulakan penyiaran HDTV sempena RTM meraikan ulangtahunnya yang ke-73 dan Orkestra RTM meraikan ulangtahunnya yang ke-58 telah rasmi tersedia secara eksklusif melalui perkhidmatan myFreeview DTT di Saluran 110 (HD).
Mulai 6 April 2020, TV Pendidikan disiarkan di saluran setiap hari di bawah program Kelas @ Rumah kepulangannya ke RTM setelah 20 tahun.
TV OKEY kini bersiaran di myFreeview saluran 110 dalam format HD (definisi tinggi). Semua program disertakan dengan sarikata Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Senarai rancanganSunting
AnimasiSunting
- Mac & Ted
- Synostone
- Impian Remi
BeritaSunting
- i-Kadazan (Tayangan serentak di Berita RTM)
- i-Iban (Tayangan serentak di Berita RTM).
- i-Bajau (Tayangan serentak di Berita RTM).
- i-Dusun (Tayangan serentak di Berita RTM).
Bual bicaraSunting
- Fresh Brew (Tayangan serentak di Berita RTM)
- INFINITeen
- Kami Bah Ini (Tayangan ulangan, saluran asal TV1)
- Kuppa Kupi (Tayangan serentak di TV1)
DokumentariSunting
- Mongindalan
- Pemburu Sungai
MajalahSunting
- 13 Hari Semporna
- 3 Ke 5 Jerr
- Barat Ke Timur
- Busana Adat
- Dari Mata Langit
- Ekspresi Kasih
- Ekspresi Kreatif DIY Daphne
- Faces & Places Siri 4
- Fashion Factor
- Fesyen Fantasia
- Fit X
- Glamnista
- Helo Switzerland
- Inspirasi & Idea Siri 2
- Jom Sihat Bro
- Jom Ngail Siri 3
- Kembara Backpackers
- Kembara Rasa Jaket Biru
- Kopi Antara Benua
- Laman Impian Siri 2
- Layar Kasih
- Mahligai Idaman
- Miss Stylo
- Nuansa Busana
- Selfie Stylo
- Trek Sabah
- Trolley vs Backpackers
- World's Most Extreme Home
MasakanSunting
- Culinary Genius
- Lunch With The Nik's
Rancangan pembelajaran di rumahSunting
- Kelas @ Rumah
SukanSunting
- Grand Prix Motosikal (Tayangan serentak di TV2 dan Sukan RTM).
- Kejohanan Bola Sepak ASEAN (Tayangan serentak di TV2 dan Sukan RTM).
- Liga Premier Malaysia (Tayangan serentak di TV2 dan Sukan RTM).
- Liga Super Malaysia (Tayangan serentak di TV2 dan Sukan RTM).
- Piala Dunia FIFA (Tayangan serentak di TV2 dan Sukan RTM).
- Piala FA Malaysia (Tayangan serentak di TV2 dan Sukan RTM).
- Piala Malaysia (Tayangan serentak di di TV2 dan Sukan RTM).
- Piala Thomas (Tayangan serentak TV2 dan Sukan RTM).
- Piala Uber (Tayangan serentak di TV2 dan Sukan RTM).
- Sukan Asia (Tayangan serentak di TV2 dan Sukan RTM).
- Sukan Asia Tenggara (Tayangan serentak di TV2 dan Sukan RTM).
- Sukan Olimpik Musim Panas (Tayangan serentak di TV2 dan Sukan RTM).
- Sukan Olimpik Musim Sejuk (Tayangan serentak di TV2 dan Sukan RTM).
- Sukan Komanwel (Tayangan serentak di TV2 dan Sukan RTM).
- Sukan Malaysia (Tayangan serentak di TV2 dan Sukan RTM).
Slot rancanganSunting
- Aksi Okey
- Check-in Okey
- Drama Okey
- Foodie Okey
- Kita Okey
- Layar Okey
- Lensa Okey
- Refleksi
- Santai Okey
- Stail Okey
- Vary Okey