Hasmiza binti Othman

usahawan Malaysia

Datuk Seri Dr. Hasmiza binti Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida (kadangkala disingkatkan sebagai DSV; lahir 24 Oktober 1971)[1] ialah seorang usahawan Malaysia yang berasal dari Kelantan. Beliau telah menerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri yang dianugerahkan oleh Tengku Mahkota Pahang ketika itu, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, pada 25 Oktober 2014.[2][3]

Pada 14 Julai 2017, Datuk Seri Vida telah melancarkan single sulungnya yang bertajuk "I Am Me" yang digubah dan dikarang oleh Edry Abdul Halim daripada KRU. Video muzik lagu tersebut mula tular di internet dengan mencapai lebih daripada 50,000 tontonan selepas dimuat naik ke YouTube dalam tempoh masa dua hari.[4]

RujukanSunting

  1. ^ "Dato Seri Vida". Gempak. 30 November 2016. Diarkib daripada yang asal pada 24 Ogos 2018. Dicapai pada 24 Ogos 2018.
  2. ^ Shahrinnahar Latib (25 Oktober 2014). "Isteri TPM ketuai penerima darjah kebesaran Pahang". Utusan Malaysia. Diarkib daripada yang asal pada 24 Ogos 2018. Dicapai pada 24 Ogos 2018 – melalui Utusan online.
  3. ^ "80 terima darjah kebesaran". myMetro. 26 Oktober 2014. Diarkib daripada yang asal pada 24 Ogos 2018. Dicapai pada 24 Ogos 2018.
  4. ^ Amri Hassan (15 Julai 2017). "Edry memang sengaja mahu lagu Datuk Seri Vida, I Am Me jadi viral". Gempak. Dicapai pada 14 Oktober 2018 – melalui Astro Awani.