Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

Sultan Pahang

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah (Jawi: السلطان عبدﷲ رعاية الدين المصطفى بالله شاه إبن المرحوم سلطان حاج أحمد شاه; Mengenai audio inisebutan  diputerakan pada 30 Julai 1959) adalah Sultan Pahang era moden yang ke-6 sejak 11 Januari 2019 selepas ayahanda baginda, Sultan Haji Ahmad Shah turun takhta. Baginda juga telah menaiki takhta kerajaan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 selama 5 tahun dari 2019 hingga 2024, di mana baginda melafaz sumpah dalam sebuah istiadat yang gilang-gemilang pada 31 Januari 2019 di Istana Negara, Jalan Duta. Baginda sebelum ini telah menyandang jawatan sebagai Tengku Mahkota Pahang hampir 44 tahun.[2][3][4][5][6]

Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Sultan dan Raja Pemerintah Negeri Pahang Darul Makmur dan Segala Jajahan Takluknya
Abdullah Shah II
Sultan Pahang
Pemerintahan(5 tahun, 9 bulan dan 28 hari)
Pemasyhuran15 Januari 2019
Didahului olehSultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
Diikuti olehTengku Hassanal Ibrahim Alam Shah
Pemangku rajaTengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (Tengku Mahkota)
Yang di-Pertuan Agong ke-16
Pemerintahan31 Januari 2019 – 30 Januari 2024 (4 tahun, 11 bulan dan 30 hari)
Pertabalan30 Julai 2019
Didahului olehSultan Muhammad V
Diikuti olehSultan Ibrahim
KeputeraanTengku Abdullah ibni Tengku Ahmad Shah
(1959-07-30) 30 Julai 1959 (umur 65) (umur 65 tahun, 3 bulan dan 9 hari)
Istana Mangga Tunggal, Pekan, Pahang, Malaya (Kini Malaysia)
Pasangan-
Isteri
Anakanda
Nama penuh
-
Nama diraja
Paduka Seri Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Ahmad al-Musta'in Billah Shah
AyahandaSultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
BondaTengku Ampuan Afzan
TandatanganTandatangan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Kerjaya ketenteraan
Kesetiaan Malaysia
 Pahang
PerkhidmatanBendera Tentera Darat Malaysia Tentera Darat Malaysia
Tahun perkhidmatan1978–kini
Unit
Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Rekod pingat
Polo
Mewakili  Malaysia
Sukan Asia Tenggara
Pingat emas – tempat pertama 1983 Singapura Kejohanan lelaki[1]

Kehidupan awal

sunting

Tengku Abdullah telah diputerakan pada Hari Khamis 30 Julai 1959 di Istana Mangga Tunggal, Pekan iaitu pada zaman pemerintahan paduka nenda baginda, Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah, Sultan Pahang IV. Paduka ayahanda baginda, Tengku Mahkota Pahang ketika itu (Tengku Ahmad Shah), merupakan paduka anakanda ketiga Sultan Abu Bakar dengan Tengku Ampuan Fatimah. Paduka bonda baginda pula, Tengku Puan Pahang (kemudian menjadi Tengku Ampuan Hajah Afzan) merupakan paduka puteri kepada Tengku Panglima Perang dengan Tengku Seri Kemala. Baginda diputerakan di Istana Mangga Tunggal, Pekan, Pahang, Persekutuan Tanah Melayu, dua tahun setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan di bawah pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pertama, Tuanku Abdul Rahman. Baginda dipanggil Alam oleh kerabat terdekat baginda.

Baginda ialah paduka anakanda keempat daripada lapan adik-beradik.[7] Kakanda tertua baginda ialah Tengku Meriam. Baginda ialah paduka putera sulung Sultan Ahmad Shah, Sultan bagi negeri Pahang dan seluruh jajahan takluknya.[8]

Pendidikan

sunting

Pendidkan awal baginda telah bermula di Sekolah Clifford, Kuala Lipis pada tahun 1965. Kemudian Baginda telah menyambung persekolahan peringkat rendah di Sekolah Ahmad, Pekan dari tahun 1966 hingga 1969 dan Sekolah Rendah St. Thomas, Kuantan serta pengajian peringkat menengah di Sekolah Menengah St. Thomas, Kuantan dari 1970 hingga 1974 sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara. Sejak kecil lagi baginda aktif dalam sukan seperti permainan hoki, bola sepak dan sepak takraw. Baginda pernah dipilih untuk mewakili sekolah, daerah dan negeri dalam permainan bola sepak.

Baginda menerima pendidikan agama Islam secara persendirian setiap minggu di pejabat baginda di istana lama dan diajar oleh Kadi Besar Pahang.[9]

Dalam usia 16 tahun, Baginda kemudiannya berangkat melanjutkan pengajian ke Aldenham School, Elstree, Hertfordshire, United Kingdom dari 1975 hingga 1977. Seperti mana-mana kerabat diraja di seluruh dunia, baginda turut memasuki Akademi Tentera Diraja Sandhurst selama dua tahun dari 1978 hingga 1979. Pada tahun 1980 hingga 1981, baginda meneruskan pengajian peringkat diploma di Worcester & Queen Elizabeth College dalam bidang Hal Ehwal Luar Negeri & Diplomasi.[10]

Ketenteraan

sunting

Seperti kelazimannya, sebagai pewaris takhta, Baginda telah didedahkan dengan bidang ketenteraan sejak dari awal lagi. Komitmen Baginda dalam bidang ketenteraan sangat terserlah sehingga dilantik sebagai Leftenan Muda, Akademi Tentera Diraja Sandhurst dengan menerima pentauliahan oleh Ratu Elizabeth II pada tahun 1980.

Baginda juga adalah Kapten bagi pasukan Kor Kavelri Diraja Malaysia dan dilantik menjadi Leftenan Kolonel, Rejimen 505 Askar Wataniah pada 1 Mei 1999. Sifat kepimpinan Baginda dalam bidang ketenteraan sentiasa dikagumi sehingga Baginda dilantik menjadi Kolonel, Rejimen 505 Askar Wataniah pada 1 Jun 2000 dan kemudiannya menjadi Brigadier Jeneral, Komander Rejimen 505 Askar Wataniah pada 1 April 2004.

Pewaris takhta

sunting

Setelah keputeraan baginda, Tengku Abdullah berada dalam kedudukan kedua dalam susur galur pewarisan takhta Pahang, melewati paduka ayahanda saudaranya, Tengku Ibrahim dan dibelakang paduka ayahandanya yang merupakan Tengku Mahkota. Apabila paduka nenda baginda mangkat pada tahun 1974 dan paduka ayahanda baginda menaiki takhta, Tengku Abdullah menjadi pewaris pertama kepada takhta singgahsana kerajaan negeri Pahang.

Tengku Mahkota

sunting

Pada 1 Julai 1975, baginda telah dilantik menjadi Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang dan kemudiannya telah dimasyhurkan pada 23 Oktober 1977 di Istana Abu Bakar, Pekan.[11] Sebelum diangkat menjadi sultan, baginda adalah pemegang gelaran putera mahkota kedua paling lama hampir 44 tahun dalam kalangan pewaris takhta di seluruh dunia hanya di belakang Charles, Putera Wales.[12]

Pemangku Raja

sunting

Tengku Abdullah diangkat menjadi Pemangku Raja Pahang selama lima tahun apabila paduka ayahanda baginda diangkat sebagai Yang di-Pertuan Agong dari 26 April 1979 hingga 25 April 1984.

Selepas kegeringan ayahandanya, Tengku Abdullah secara rasmi memangku takhta negeri sebagai Pemangku Raja Pahang bermula 28 Disember 2016 sehingga baginda menaiki takhta pada tahun 2019. Berikutan itu, baginda menghadiri majlis-majlis rasmi dan istiadat-istiadat istana bagi menggantikan ayahandanya.

Pemerintahan

sunting

Sultan Pahang ke-6

sunting

Berikutan penurunan takhta ayahandanya akibat gering, pada 11 Januari 2019, baginda telah dilantik oleh Jemaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang untuk menggantikan ayahandanya sebagai Sultan Pahang ke-6 berkuat kuasa pada hari tersebut. Baginda kemudian secara rasminya dimasyhurkan pada 15 Januari 2019 sebagai Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dalam Istiadat Pemasyhuran di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang.[13][14]

Yang di-Pertuan Agong Ke-16

sunting

Pertabalan

sunting

Tidak lama kemudian, pada 24 Januari 2019, Majlis Raja-Raja dalam Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja ke-251 telah berkenan memilih baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, bagi menggantikan Sultan Muhammad V (Kelantan) yang turun takhta. Baginda telah mengangkat sumpah jawatan bagi memulakan pemerintahan baginda di tampuk Persekutuan di Istana Negara pada 31 Januari 2019.[15] Istiadat pertabalan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong telah berlangsung di Istana Negara pada 30 Julai 2019, tujuh bulan selepas baginda menaiki takhta.

Sementara itu, hal-ehwal pentadbiran di Pahang pula diserahkan kepada anakandanya Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah. Namun begitu, pada tarikh pelantikan, Tengku Hassanal masih melanjutkan pelajarannya di Akademi Tentera Diraja Sandhurst. Dengan itu, Tengku Hassanal dibantu dalam menjalankan tugasnya oleh Majlis Jemaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang yang diketuai oleh adinda sulung Sultan Abdullah serta bapa saudara Tengku Hassanal, Tengku Abdul Rahman Ibni Sultan Haji Ahmad Shah dari 15 Februari 2019 sehingga tamat pengajiannya pada 15 Disember 2019.[16]

Hubungan luar

sunting

Al-Sultan Abdullah selaku ketua negara kerap kali mengadakan lawatan ke luar negara sebagai mengukuhkan hubungan luar negeri Malaysia serta menghadiri istiadat-istiadat diraja negeri atas undangan rasmi. Lazimnya, baginda diiringi Raja Permaisuri Agong, dan kadangkala dengan pihak kabinet dan kerajaan. Baginda turut biasanya mengadakan pertemuan dengan diaspora Malaysia ketika lawatannya. Sungguhpun begitu, tugasan diplomasi ini terganggu pada 2020 dan 2021 akibat pandemik COVID-19 yang menyebabkan lawatan-lawatan negara ditangguhkan.[17]

Al-Sultan Abdullah juga sangat aktif dalam bidang sukan. Antara bidang sukan yang diminati oleh Baginda adalah polo, bola sepak dan hoki. Baginda bukan sahaja aktif di dalam negara malahan juga di luar negara dan pernah mengetuai pasukan Polo Diraja Pahang dalam perlawanan antarabangsa di Windsor Polo Club, England serta mengambil bahagian dalam pertandingan di Singapura, Filipina, Brunei, Argentina, Amerika Syarikat, Sepanyol, Belgium dan Thailand. Kehebatan Baginda dalam sukan polo terbukti apabila berjaya menggondol pingat emas pada temasya Sukan SEA ke-12 di Singapura pada tahun 1983.[18]

Pencapaian Baginda dalam bidang sukan sangat terserlah sehinggakan Baginda diberi kepercayaan untuk memegang beberapa jawatan penting persatuan-persatuan sukan di dalam dan di luar negara. Antara jawatan yang pernah disandang adalah Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Ahli Majlis Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF), Vice President of Asian Football Confederation. Baginda juga telah mencipta sejarah tersendiri apabila dipilih antara tiga Anggota Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mewakili Asia untuk penggal 2015-2019.

Personaliti

sunting

Al-Sultan Abdullah sangat sinonim dengan sifat sopan dalam menyantuni rakyat. Ini adalah hasil didikan penuh kash sayang yang disemal sejak kecil lagi oleh Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Sultan Abu Bakar serta bondanya, Almarhumah Tengku Ampuan Afzan Rahimahallah Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad. Keprihatinan Baginda dan Tunku Azizah dalam menyelami denyut nadi rakyat dapat dilihat dengan jelas bila mana Baginda sentiasa dilihat dengan segera bercemar duli untuk bertanya khabar, bertitah kata-kata semangat dan mengurniakan sumbangan peribadi setiap kali mendengar rakyat Baginda ditimpa bencana. Sesungguhnya Al-Sultan Abdullah adalah seorang raja yang berjiwa rakyat. Dengan keperibadian yang mulia dan legasi pemerintahan berpaksikan kata keramat Raja dan rakyat berpisah tiada' yang diwarisi daripada Paduka Ayahanda ini membuatkan Baginda Tuanku sangat disayangi rakyat jelata terutamanya rakyat negeri Pahang tanah tumpah darah Baginda.

Kerabat

sunting

Tengku Abdullah berkahwin dengan puteri ketiga Sultan Johor, Sultan Iskandar, iaitu Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah[19] pada 6 Mac 1986 di Masjid Negeri Sultan Abu Bakar, Johor. Baginda mempunyai enam cahaya mata bersama Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah; empat putera dan dua puteri.

Baginda berkahwin buat kali kedua dengan Che Puan Julia Rais yang merupakan bekas pelakon Malaysia dan mempunyai tiga cahaya mata; kesemuanya puteri.

Terasul, gelaran, kurniaan dan lambang

sunting
Gelaran hormat bagi
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
 
Gaya panggilan Kebawah Duli Paduka Baginda
Gaya pertuturan Kebawah Duli Tuanku
Gaya pilihan Tuanku

Terasul dan gelaran

sunting
  • 30 Julai 1959 – 8 Mei 1974: Yang Mulia Tengku Abdullah Ibni Tengku Ahmad Shah
  • 8 Mei 1974 – 1 Julai 1975: Yang Amat Mulia Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
  • 1 Julai 1975 – 28 April 1979: Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
  • 28 April 1979 – 25 April 1984: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
  • 25 April 1984 – 28 Disember 2016: Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
  • 28 Disember 2016 – 11 Januari 2019: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
  • 11 Januari 2019 – 15 Januari 2019: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
  • 15 Januari 2019 – 31 Januari 2019: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
  • 31 Januari 2019 - 22 Mei 2019: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
  • 22 Mei 2019 - 30 Januari 2024: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
  • 30 Januari 2024 – 13 Mac 2024: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
  • 14 Mac 2024 - kini: Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah
  • Jawi: کباوه دولي ڤدوك بڬيندا سلطان ڤهڠ السلطان عبد الله رعاية الدين المصطفى بالله شاه ابن المرحوم سلطان حاج أحمد شاه

Gelaran baginda Al-Mustafa Billah bermaksud Pembela Seluruh Agama yang Terpilih oleh Allah S.W.T[20]

Nama penuh dan gelaran rasmi Paduka Baginda ialah:

Kebawah Duli Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah DKP, D.KM, DK, DMN, SAAS, SSAP, SIMP (Pahang); DK (Terengganu); DK (Johor); SPMJ, DKMB (Brunei); DK (Kedah); DK (Perlis); DK (Perak); DK (Selangor); DK (Kelantan) Sultan dan Raja Pemerintah Negeri Pahang Darul Makmur dan Segala Jajahan Takluknya

Kurniaan Pahang

sunting
  •   Pahang:
    •   Darjah Kerabat Yang Maha Utama Kerabat Diraja Pahang (DKP)
    •   Darjah Kerabat Sri Indera Mahkota Pahang Yang Amat Dihormati - Kelas I (D.K. I)
    •   Darjah Kebesaran Al-Sultan Abdullah Pahang Yang Amat Mulia – Peringkat Pertama Sri Setia Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah, membawa gelaran Dato' Sri Setia (SAAS) (2024)
    •   Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang, membawa gelaran Dato' Sri (SSAP)
    •   Darjah Sri Indera Mahkota Pahang, membawa gelaran Dato' Indera (SIMP)

Kurniaan Malaysia

sunting

Kurniaan Negara Luar

sunting

Kurniaan Ijazah Kehormat

sunting

Anakanda

sunting
Nama Keputeraan Pendidikan Perkahwinan Anak Kemangkatan Catatan
Tarikh Tempat Tarikh Pasangan Tarikh Tempat
Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah (Anakanda angkat, sepupu) (1986-08-25) 25 Ogos 1986 (umur 38) Hospital Pulau Pahang Tengah, Pahang 19 Disember 2013 Puteri Suraiya Afzan binti Mohamed Moiz
  • Tengku Adam Ibrahim Shah
  • Tengku Sulaiman Abdullah Shah
  • Tengku Nuh Mohamed Shah
Anakanda Tengku Arif Bendahara Tengku Ibrahim dan isteri ketiga, Czarina binti Abdullah
Tengku Ahmad Iskandar Shah (1990-07-24)24 Julai 1990 24 Julai 1990(1990-07-24) (umur 0) Meninggal dunia semasa keputeraan
Tengku Puteri Iman Afzan (1992-11-11) 11 November 1992 (umur 31) Hospital Pantai Kuala Lumpur Universiti Nottingham, England 24 Ogos 2018 Tengku Abu Bakar Ahmad bin Tengku Abdullah
  • Tengku Zayn Edin Shah
  • Tengku Aleya Norlini
Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (1995-09-17) 17 September 1995 (umur 29) Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan Sekolah Diplomasi & Hubungan Antarabangsa Geneva, Switzerland
Tengku Puteri Ilisha Ameera (1993-10-01) 1 Oktober 1993 (umur 31) Hospital Pantai Kuala Lumpur Universiti Nottingham, England
Tengku Puteri Ilyana (1997-04-20) 20 April 1997 (umur 27) Hospital Gleneagles Kuala Lumpur Universiti Nottingham, England
Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah (1997-08-03) 3 Ogos 1997 (umur 27) Universiti Brookes Oxford, England 24 Oktober 2024 Tengku Natasya Puteri binti Tengku Adnan[22]
Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah (2000-09-11) 11 September 2000 (umur 24) Universiti Holloway Diraja, London, England
Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah (2000-09-11) 11 September 2000 (umur 24) Universiti Holloway Diraja, London, England 22 Ogos 2024 Fateh Idzham bin Fateh Iskandar[23]
Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah (2002-04-27) 27 April 2002 (umur 22) Universiti Seni Kreatif, Farnham, England

Penaung

sunting

Baginda merupakan bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia dan Timbalan Presiden Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) bagi komiti eksekutif.[24]

Keturunan

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "Raja Permaisuri Agong bercerita tentang pingat emas YDP Agong" [Raja Permaisuri Agong bercerita tentang pingat emas YDP Agong]. kosmo,com. 28 Julai 2019. Dicapai pada 28 Julai 2019.
  2. ^ http://www.royalark.net/Malaysia/pahang10.htm
  3. ^ http://www.royalark.net/Malaysia/pahang10.htm
  4. ^ Abdullah, Mohd Shariza (12 Januari 2019). "Tengku Abdullah dimasyhur Sultan Pahang 15 Januari". Utusan Online. Dicapai pada 12 Januari 2019. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  5. ^ Abdullah, Mohd Shariza (12 Januari 2019). "Tengku Abdullah dimasyhur Sultan Pahang 15 Januari". Utusan Online. Dicapai pada 12 Januari 2019. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  6. ^ "Sultan Pahang Agong ke-16, Sultan Perak Timbalan Agong". Harian Metro. Dicapai pada 24 Januari 2019. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  7. ^ Mohd. Shariza Abdullah (12 Januari 2019). "Biodata Tengku Abdullah". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-12. Dicapai pada 12 Januari 2019.
  8. ^ http://theadmirehunkz.blogspot.com/2012/02/pewaris-takhta-pahang-darul-makmur.html
  9. ^ "Al-Sultan Abdullah: Raja yang menghormati guru, minat ilmu agama". Berita Harian. 31 Januari 2019.
  10. ^ "Biodata Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah". Harian Metro. 12 Januari 2019. Dicapai pada 13 Januari 2019.
  11. ^ "Biodata Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang". Portal Diraja Pahang. Dicapai pada 14 Januari 2019.
  12. ^ "Tengku Abdullah pegang rekod kedua paling lama Putera Mahkota". Sinar Harian. 12 Januari 2019. Dicapai pada 14 Januari 2019.
  13. ^ Nadirah H. Rodzi (16 Januari 2019). "Sultan Abdullah takes oath as the sixth Sultan of Pahang". The Straits Times. Dicapai pada 11 Julai 2019.
  14. ^ Bernama (15 Januari 2019). "Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah gelaran rasmi Sultan Pahang". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Julai 2019. Dicapai pada 11 Julai 2019.
  15. ^ "Sultan Abdullah lafaz sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong ke 16" [Al-Sultan Abdullah affirmed the oath of office of the 16th Yang di-Pertuan Agong]. BH Online. 31 January 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 July 2019. Dicapai pada 11 July 2019.
  16. ^ Bernama (22 February 2019). "Sultan appoints Pahang council of regency, Tengku Muda as chairman". New Straits Times. Dicapai pada 12 July 2019.
  17. ^ "Agong, Permaisuri adakan lawatan negara ke Turkiye". Berita Harian. 15 Ogos 2022. Dicapai pada 20 September 2022.
  18. ^ "Sukan polo dekat di hati Al-Sultan Abdullah". Astro Awani. 9 July 2019. Dicapai pada 7 August 2022.
  19. ^ http://pancapersada.blogspot.com/2011/08/selamat-hari-ulangtahun-ke-51-kdytm.html
  20. ^ Mohd. Shariza Abdullah Dan Sharifah Hazirah Syed Jufferi (15 Januari 2019). "Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Sultan Pahang Ke-6". Utusan Online. Dicapai pada 15 Januari 2019.[pautan mati kekal]
  21. ^ "Putera Albert II menganugerahkan Sultan Abdullah dengan Grand-Croix de l'Ordre de Saint-Charles, iaitu anugerah tertinggi Monaco". Berita Harian. 27 November 2023. Dicapai pada 28 November 2023.
  22. ^ "Pahang royal wedding: Tengku Muhammad weds Tengku Natasya". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-10-24.
  23. ^ KOSMO! (2024-08-22). "[VIDEO] Tengku Afzan, FD Idzham selamat diijabkabul". Kosmo Digital. Dicapai pada 2024-08-22.
  24. ^ Tengku Abdullah and Annuar elected as FAM deputy presidents
Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Tarikh keputeraan: 30 Julai 1959
Kerabat diraja Malaysia
Didahului oleh
Sultan Muhammad V
Yang di-Pertuan Agong
2019 – 2024
Pemegang jawatan kini
Didahului oleh
Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
Sultan Pahang
2019 – kini
Pemegang jawatan kini
Didahului oleh
Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
Tengku Mahkota Pahang
1975 – 2019
Diikuti oleh:
Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah
Susunan keutamaan di Pahang
Pertama Lelaki
KDYMM Sultan
Diikuti oleh:
Paduka Ayahanda