Erneelya Elyana Emrizal (lahir 5 Julai 1987)[a] merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia.[1] Beliau memulakan kerjayanya dalam bidang hiburan ketika berusia 14 tahun. Sepanjang kerjaya muzik beliau, Elyana telah menerbitkan 4 album studio, 2 album kompilasi dan telah merakamkan lebih 40 buah lagu. Di awal kemunculannya, Elyana membawakan lagu-lagu berentak pop, balada dan R&B dan seterusnya beralih kepada pop rock.

Elyana
Elyana - AJL 23 (2009).jpg
Elyana membuat persembahan di peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-23 (2009).
KelahiranErneelya Elyana binti Emrizal
(1987-07-05) 5 Julai 1987 (umur 33)
Shah Alam, Selangor, Malaysia
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif2001—kini
PasanganKhairul Anuar Husin (k. 2010)
Anak1
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Fantasia Music City (2001-2011)
Pengkarya berkait
Antz
Laman sesawang
www.elyanamusic.net

KerjayaSunting

NyanyianSunting

Elyana mula diperkenalkan oleh komposer Patrick Khamis menerusi lagu balada yang pertama iaitu single berjudul Niat yang dimuatkan dalam album komposer tersebut. Lagu Niat yang diputar pada tahun 2001 menjadi antara lagu paling hits sekaligus memperkenalkan Elyana dan mendapat beberapa pencalonan dalam pelbagai majlis anugerah muzik.[2]

Elyana muncul dengan album pertama ketika berusia 15 tahun menerusi album berjudul Satu pada 2002, kemudian disusuli dengan album kedua (yang kurang mendapat publisiti) iaitu album Segalanya pada 2003. Menerusi album ini, Elyana bereksperimentasi dengan muzik pop rock sentuhan Tam Spider menerusi lagu berjudul "Cahaya Gelita".

Masih bersekolah di tingkatan 4 ketika muncul dengan 2 album ini, Elyana telah menamatkan pelajarannya di Sekolah Menengah Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 2004.

Album solo ketiganya, Bicara Mata Ini yang muncul pada 2005 ketika beliau berusia 18 tahun melonjakkan kembali nama beliau. Album ini menampilkan banyak lagu hits, antaranya ialah "Tak Tercapai Akalmu". Elyana dan penerbitnya, Aidit Alfian mempertaruhkan genre muzik yang berlainan daripada penyanyi sedia ada. Menerusi lagu "Tak Tercapai Akalmu", mereka berjaya melayakkan diri ke pertandingan akhir Anugerah Juara Lagu ke-21 pada Januari 2007.

Rentetan kejayaan itu, Elyana dan Aidit Alfian kini mempertaruhkan album terbaru berjudul Jadi Diriku yang muncul pada bulan November 2007. Album ini mendapat ulasan yang baik dari penggiat seni muzik dan juga media di Malaysia.[perlu rujukan] Album ini menampilkan lagu-lagu hit pop dan pop rock seperti "Kau atau Aku (Main Tarik Tali)" dan "Kalis Rindu", album Jadi Diriku menjadi antara album terbaik untuk tahun 2007.[perlu rujukan]

Pada tahun 2011, Elyana menerbitkan album kompilasi, Terbaik Elyana dan melancarkan single terbarunya, "Sewaktu Dulu-dulu" ciptaan Aidit Alfian.

LakonanSunting

Elyana juga menceburi dunia lakonan secara serius. Pada mulanya, Elyana muncul dalam sebuah drama yang tidak ditayangkan iaitu Sepai Tajul Muluk pada 2003, kemudian Elyana hanya secara suka-suka muncul dalam drama seram arahan Ellie Suriati pada tahun 2004 berjudul Seriau. Namun selepas aksi lakonannya yang dikatakan baik, beliau mendapat tawaran untuk muncul dalam beberapa produksi lain.

Filem pertama Elyana ialah filem bengenre seram dan pengembaraan remaja - Gong (2006) yang menjalani pengambaran di Jogjakarta, Indonesia. Filem arahan Sandosh Kesavan ini menerima 3 pencalonan di Festival Filem Malaysia yang ke-19 malah turut berlakon dalam filem ini ialah pelakon Fasha Sandha dan aktor terkenal Indonesia, Teuku Zacky.

Seterusnya Elyana disunting untuk membintangi filem seram blokbuster berjudul Dukun.[3] Filem arahan Dain Iskandar Said ini menjalani penggambaran pada 2006 dan dilakonkan oleh pelakon tersohor Malaysia, Umie Aida disamping barisan pelakon kelas A seperti Faizal Hussein, Nam Ron, Adlin Aman Ramli, Ramli Hassan dan Hasnul Rahmat. Elyana memegang watak sebagai banduan juvana dalam filem ini, lakonan Elyana dalam filem ini mendapat pujian dari penggiat seni. Walau bagaimanapun, lakonan mantap beliau dalam filem ini tidak dapat ditonton peminat kerana filem ini telah diharamkan tayangan kerana dikatakan dibuat berdasarkan kisah benar pembunuhan oleh dukun terkenal Malaysia, Mona Fandey.

Selari dengan 3 produksi drama/filem seram lakonannya, muzik dan imej Elyana juga tampil ghotik seperti yang ditampilkannya menerusi album kedua dan ketiganya.

Karier lakonan Elyana tidak berakhir disitu. Pada tahun 2006, Elyana berjaya mendapat watak utama dalam drama siri TV komedi remaja berjudul Dunia Baru terbitan Grand Brilliance. Siri TV ini mendapat sambutan di luar jangkaan dan menjadi rancangan TV yang tinggi rating nya dengan 2.3 juta penonton. Dalam drama siri TV Dunia Baru, Elyana memegang watak utama sebagai Sofea Nordin atau Opie, seorang gadis biasa yang kasar dan sentiasa merasakan dirinya tidak sempurna malah tidak berkeyakinan tinggi bagi kehidupannya. Kisah pelajar jurusan kejuruteraan ini juga telah dibintangi beberapa pelakon remaja seperti Pierre Andre, Iqram Dinzly, Ryzal Jaafar, Wan Ellyas, Almy Nadia, Anne Ngasri, Baizura Kahar, Anita Baharom dan Que Haidar, serta ramai pelakon yang lain. Lagu Pakai Kanta Cinta ciptaan AG Coco daripada kumpulan Hujan dijadikan lagu tema drama ini.

Lanjutan dari kejayaan musim pertama siri TV ini, Dunia Baru dilanjutkan kemusim kedua pada akhir 2006 dan musim ketiga pada akhir 2007. Siri TV ini masih kekal antara program paling tinggi rating di TV. Elyana juga sudah serasi dengan watak Opie dalam drama ini.

Tidak hanya di TV, pada Februari 2008 ini, Elyana buat pertama kali akan memegang watak utama dalam filem Dunia Baru The Movie. Filem arahan pengarah M Hitler Zami ini mengekalkan pelakon siri TV Dunia Baru dengan kemunculan beberapa pelakon komedi seperti Opie Zami, Kenchana Dewi, Ilya Buang dan Ropie Cecupak.

Selepas tamat siri Dunia Baru musim ketiga pada Januari 2008, Elyana muncul dengan siri TV terbaru berjudul Renjis. Drama siri ini juga mendapat sambutan menggalakkan hingga mencecah 2.1 juta penonton di Astro Ria. Pada musim pertama, Elyana memegang watak sebagai Kirana, perunding perkahwinan yang menghadapi dilema dalam memilih bakal suami. Musim pertama menyaksikan Elyana bergandingan bersama aktor Ashraf Sinclair, manakala musim kedua bersama aktor Kamal Adli. Pelakon lain yang turut membintangi siri tersebut ialah Ashraf Muslim, Liza Abdullah, Syed Ali dan Sherry Ibrahim.

Pada November 2009, Elyana muncul dengan siri TV terbaru beliau berjudul Kamelia Katrina sementara filem terbarunya berjudul Hooperz bergandingan bersama aktres komedi popular Amy Mastura dan aktor kacak Remy Ishak dijadualkan bakal muncul pada awal 2010.

Kehidupan peribadiSunting

Elyana dilahirkan dan dibesarkan di Shah Alam, Selangor dan merupakan anak kedua daripada empat bersaudara, 3 perempuan dan 1 lelaki.

Beliau telah berkahwin pada 2010 dengan jejaka pilihan hatinya, Khairul Anuar Husin, dan mempunyai seorang anak perempuan iaitu Cinta Sumayyah.[petikan diperlukan]

Elyana menjalani rawatan untuk kanser limfoma Peringkat 4.[4] Selepas tersingkir dalam Gegar Vanganza 4, Elyana telah mengumumkan yang beliau telah menghidap barah limfoma tahap empat selama 7 tahun.[5]

DiskografiSunting

Album studioSunting

SingleSunting

Tahun Judul Lagu Kedudukan Tertinggi Carta Album
Era Muzik.fm Hot.fm Muzik-muzik
2001 "Niat" 2 1 4 Pilihan Bestari Patrick Kamis
2002 "Rela" 4 3 Satu
"Ironi" 1 1 5
"Suka"
"Hasrat" 12
"Cinta Remaja"
duet bersama kumpulan Antz
8 7 Pintas
2003 "Sandiwara" 18 9 Segalanya
"Cahaya Gelita" 4 5 6
"Pulang Menjadi Milikku"
2004 "Ku Punya Waktu"
2005 "Tak Tercapai Akalmu" 1 1 1 Bicara Mata Ini
"Diriku Tapak Sulaiman" 2 1 2
2006 "Di Atas Medan Kasih" 8
"Missed Call" 7
"Pakai Kanta Cinta" 12 4
2007 "Kau Atau Aku (Main Tarik Tali)" 1 1 2 1 Jadi Diriku
"Kalis Rindu" 1 1 1 1
2008 "Bukannya Satelit" 5 6 10
"Syukur Ku Sedar" 14
"Molek" 7 11 4
2011 "Sewaktu Dulu-dulu" 6 4 17 Single

FilemografiSunting

FilemSunting

Tahun Tajuk Pengarah Peranan Catatan
2006 Gong The Movie Sandosh Kesavan Ika Filem pertama
2008 Dunia Baru The Movie M Hitler Zami Sofia Nordin / Opie
2010 Hooperz Rosihan Zain
2018 Dukun Dain Iskandar Said Nadia Karim

DramaSunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2003 Sepai Tajul Muluk Tidak ditayangkan
2004 Seriau
2006 Dunia Baru (Musim 1) Sofia Nordin / Opie TV3 Slot Lestary
2007 Dunia Baru (Musim 2) Sofia Nordin / Opie Slot Lestary
Susuk Episod 8; Pelakon undangan
2008 Dunia Baru (musim 3) Sofia Nordin / Opie Slot Lestary
Sabrina
Renjis (musim 1) Kirana Astro Ria Slot MegaDrama
Renjis (musim 2) Kirana Slot MegaDrama
2009 Kamelia Katrina (musim 1) Katrina Slot MegaDrama
2013 Tanah Kubur (Musim 7) Dlia Astro Oasis Episod : Tudung Kabur
2015 Keluarga Karaoke (musim 1) Astro Bella

Konsert dan jelajahSunting

  1. Anugerah Personaliti Hiburan (Media Hiburan) 2002 menyampaikan lagu Warna bersama Sarah dan Misha Omar
  2. Konsert Jamm@McD 2003 menyanyikan lagu Ku Bahagia (Melly Goeslaw)
  3. Anugerah Era 03 bergandingan bersama Ezlynn, Azharina dan Naufara dalam medley 70an
  4. Anugerah Industri Muzik ke 13 (2006) menyampaikan lagu Tak Tercapai Akalmu
  5. Anugerah Era 06 menyampaikan lagu Diriku Tapak Sulaiman
  6. Anugerah Juara Lagu ke 21 (2007) mempertandingkan lagu Tak Tercapai Akalmu
  7. Konsert Hot.fm Big Jamm 2008 menyampaikan lagu Kalis Rindu dan Kau Atau Aku bersama kumpulan COCO
  8. Konsert Zoom In RTM bersama Elyana (Mac 2008) di Angkasapuri.Elyana diiringi band COCO berkolaborasi bersama band-band indie seperti Hujan,Meet Uncle Hussein,dan penyanyi remaja Iqwal.
  9. Anugerah Planet Muzik 2008 menyampaikan lagu Kalis Rindu
  10. Anugerah Industri Muzik ke 15 (2008) sebagai penyampai anugerah bersama Dina dan Lah Ahmad

Anugerah dan pencalonanSunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2002 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2002 Artis Baru Wanita Popular Elyana Menang
Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan Anugerah Bakat Baru Penyanyi Elyana Menang
Voice of Asia Kazakhstan Artis Baru Wanita Popular Elyana Menang
Peserta Paling Popular Elyana Menang
Anugerah Era 2002 Artis Harapan Elyana Dicalonkan
Anugerah Industri Muzik ke-9 Artis Harapan Elyana/"Niat" Dicalonkan
Anugerah Planet Muzik 2002 Artis Baru Wanita Terbaik Elyana Dicalonkan
Anugerah Juara Lagu ke-17 Balada "Niat" Gagal Mara
2005 Anugerah Citrawangsa, Dewan Bahasa Pustaka Galakan Penulisan Lirik Bahasa Melayu "Cahaya Gelita" Menang
Anugerah Senarai EH! Yang Anggun Top 20 Elyana Menang
2006 Anugerah Industri Muzik ke-13 Susunan Muzik dalam Lagu Terbaik "Tak Tercapai Akalmu"/Bicara Mata Ini Dicalonkan
Anugerah Juara Lagu ke-21 Pop Rock "Tak Tercapai Akalmu" Dicalonkan
2007 Anugerah Planet Muzik 2007 Artis Wanita Terbaik Elyana Dicalonkan
Artis Wanita Popular Dicalonkan
2008 Anugerah Industri Muzik ke-15 Persembahan Vokal Wanita Terbaik Jadi Diriku/ "Kau Atau Aku (Main Tarik Tali)" Dicalonkan
Video Muzik Terbaik Dicalonkan
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 Penyanyi Wanita Popular Elyana Dicalonkan
Anugerah Juara Lagu ke-23 Pop Rock "Kalis Rindu" Dicalonkan
Anugerah Skrin 2008 Pelakon Wanita Terbaik Dunia Baru The Movie Dicalonkan
Anugerah Senarai EH! Yang Anggun Top 20 Elyana Menang
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Artis Sensasi Popular Elyana Dicalonkan
Anugerah Skrin 2018 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Dukun Dicalonkan

CatatanSunting

  1. ^ Beliau berkongsi tarikh lahir bersama Raja Farah dan Juliana Evans yang juga dilahirkan pada 5 Julai, tetapi berlainan tahun. Ini kerana, Elyana lahir pada 5 Julai 1987, manakala Raja Farah lahir pada 5 Julai 1988 dan Juliana Evans lahir pada 5 Julai 1989.

RujukanSunting

  1. ^ Dennis Chua (25 April 2019). "#Showbiz: Being Elyana". New Straits Times. Dicapai pada 26 Jun 2019.
  2. ^ "Elyana dulu, kini". Kosmo!. 5 Januari 2009. Dicapai pada 26 Jun 2009.
  3. ^ Dennis Chua (12 April 2018). "#Showbiz: Elyana faces her demons in movie Dukun". New Straits Times. Dicapai pada 26 Jun 2018.
  4. ^ "Cancer-stricken Elyana may become parlaysed". The Star Online. 26 Oktober 2018. Dicapai pada 27 Jun 2019.
  5. ^ Rudy Imran Shamsuddin (27 November 2017). "7 tahun menghidap kanser". Harian Metro. Dicapai pada 27 Jun 2018.

Pautan luarSunting


Anugerah dan pencapaian
Didahului oleh
Maya Karin
Anugerah Bintang Popular Berita Harian - Artis Baru Wanita Popular
2002
Diikuti oleh:
Misha Omar
Didahului oleh
Ferhad
Anugerah Media Hiburan - Bakat Baru Penyanyi
2002
Diikuti oleh:
Misha Omar