Spa Q 2

merupakan sambungan dari musim pertama Spa Q

Spa Q 2 merupakan sambungan dari musim pertama Spa Q. Pada musim kedua, ia mengisahkan mengenai kehidupan Qistina selepas pemergian suaminya, dan ini lebih rumit kerana pelbagai masalah yang timbul di Spa Q, di rumahnya dan di dunia luar.

Spa Q 2
Pengarah
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod60
Penerbitan
PenerbitZaitun Mohd Jiwa
Syarikat penerbitan
Global Station
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Akasia)
Kronologi
MengikutiSutera Maya
Diikuti olehMatahari
Rancangan berkaitan
Spa Q


TV3: Slot Akasia, Isnin–Khamis, 6.30 petang
Sebelumnya Spa Q 2 Berikutnya
Sutera Maya Matahari

Sinopsis sunting

Pada musim kedua, ia mengisahkan mengenai kehidupan Qistina selepas pemergian suaminya, dan kali ini lebih rumit kerana pelbagai masalah yang timbul di Spa Q, di rumahnya dan di dunia luar. Datin Sofiera telah menimbulkan pelbagai masalah dan petengkaran tanpa diketahui oleh sesiapa. Antaranya membuat Eryana membuka spa dan Eryana membenci kepada Qistina. Pada musim ini, Spa Q telah membuka cawangannya di Langkawi iaitu "Spa Q Langkawi" dengan penampilan khas Dato' Siti Nurhaliza yang merasmikan spa itu. Dafi kini telah dibebaskan namun dia kini dihantui oleh seorang wanita misteri yang seiras dengan Fatin. Wanita tersebut adalah Julia. Tanpa pengetahuannya, wanita tersebut merupakan saudara kembar Fatin yang ingin membalas dendam diatas kematian kakaknya.

Pelakon sunting

Lakonan Watak Peranan
Norish Karman Qistina Seorang ibu tunggal
Azizah Mahzan Marlia/Mar/Mak Long Kakak kepada Qistina dan telah berkahwin bersama Zafrul
Zizie Ezette Norell (Menggantikan watak Alya) Pekerja Spa Q pada awalnya mendapat jawatan pengurus, berhenti kerana telah dianggap mengsonglap duit Spa Q, selepas berhenti dari Spa Q, beliau bekerja "Spa Eryana" juga sebagai pengurus dan telah menggoda Zafrul serta menyuruh Zafrul membuka syarikat baru.
Fouziah Gous Eryana Pekerja Spa Q pada awalnya dan telah membuka spanya sendiri iaitu "Spa Eryana"
Jasmin Hamid Sofiera/Datin Sofiera Pelanggan Spa Q, Isteri kedua kepada Riezman, Ibu kandung kepada Melissa
Farahdhiya Julia Adik kembar Fatin dan berniat untuk membalas dendam kepada keluarga Qistina
Nisha Dirr Tania Kawan rapat kepada Melissa
Zaefrul Nordin Zaefrul/Zaef Suami kepada Marlia dan pernah mencintai Qistina
Fazren Rafi Dafi Anak Sulung kepada Qistina
Nelydia Senrose Melissa Anak tiri dan susuan kepada Qistina
Liza Abdullah Zalina/ Mak Lang Mak Cik kepada Fatin dan Julia dan masih bersedih atas kematian Fatin
Ifa Raziah Khaty Pekerja Spa Q
Sharifah Sofia Lola (Menggantikan watak Farah) Pada awalnya pekerja Spa Q tetapi meletak jawatan kerana tidak sanggup bergaduh dengan Norell
Kenchana Dewi Shila O Lala Terima bekerja semula di Spa Q
Riz Amin Fahmy Pada awalnya dia kekasih kepada Norell tetapi selepas mengetahui Norell ingin kembali kepada bekas suaminya, Shah dia terus melupakan Norell namun tidak lama kemudian dia mula jatuh cinta pada Qistina dan ingin berkahwin dengan Qistina walaupun ibu bapanya tidak merestui.
Erynne Erynna Anis Anak angkat kepada Qistina.
Khairil Anwar Aman Helmi Telah dibebaskan dari penjara dan telah diterima bekerja disyarikat baru Marlia.
Faizal Yusup Shah Bekas suami kepada Norell dan telah mati dibunuh.
Fizo Omar Fiz Tunang kepada Lola.
Eja (Seoul Center) Dato Adhani Rakan kongsi untuk Spa Q.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting