Mentera Semerah Padi

Mentera Semerah Padi adalah sebuah lagu ciptaan M. Nasir yang terkandung di dalam album solo beliau berjudul Canggung Mendonan yang diterbitkan pada tahun 1993.

LirikSunting

Hei! kersani mengalir lah dikau
Menjadi raksa
Mengisi belikat punggungku
Agar aku bisa berdiri
Tegap dan segak

Bagaikan laksamana Melayu
Hei! sepuluh helai daun sirih
Ku gentas bersama
Bunga cengkih jadilah dikau
Darah merah pekat
Mengisi uratku
Agar bisa aku berlangkah
Gagah dan tampan
Bagaikan sijantan yang berkokok
Di mana bumi ku pijak
Di situ langit ku junjung
Alang-alang menyeluk pekasam
Biar sampai ke pangkal lengan
Aku seru mentera pusakaku
Mentera semerah padi