Gosok merupakan sebuah filem yang telah diterbitkan pada tahun 2004 yang terkenal dengan lagu soundtrack Aladin dari Kumpulan Spider. Penggambaran filem ini diadakan di kampung asal pelakon utamanya, Tam Spider di Parit Botak, Batu Pahat, Johor.

Gosok
Gosok 01.jpg
PenerbitMusic Valley (Malaysia) Sdn. Bhd.
Dibintangi olehTam Spider
Norul Iman (Boy)
Bob
Loloq
Bandi Amuk
Amar Crash
Aida Aris
Jalil Hamid
Harun Ahmad
Yusni Jaafar
Hamid Gurkha
Khairell Khamis
PengedarMusic Valley (Malaysia) Sdn. Bhd.
Negara Malaysia
BahasaBahasa Melayu

PelakonSunting

  1. Tam Spider sebagai Tam/Abang Rustam
  2. Norul Iman (Boy) sebagai Iman
  3. Bob sebagai Bob
  4. Loloq sebagai Loloq
  5. Bandi Amuk sebagai Bandi
  6. Amar Crash
  7. Aida Aris
  8. Jalil Hamid sebagai Pak Dollah
  9. Haron Ahmad
  10. Yusni Jaafar
  11. Hamid Gurkha
  12. Khairell Khamis sebagai Meon

SinopsisSunting

Semenjak dari kecil lagi, Tam digelar oleh budak-budak Parit Botak sebagai Tam Gosok. Hal ini kerana Tam sering menggosok periuk yang merupakan kerja yang paling dibenci oleh Tam sendiri akibat disuruh oleh ibunya selepas berniaga di warung. Disaksikan oleh dua orang sahabat karibnya, Iman dan Bob, Tam telah menanam cita-cita tinggi untuk menjadi seorang ahli muzik dan penyanyi. Malangnya, impian Tam tidak mendapat sokongan ibu dan bapanya, Mak Jenab dan Pak Dollah. Namun Tam tidak patah semangat, malahan dia tidak berhenti berusaha sehingga terciptalah lagu Gosok yang diilhamkan sewaktu dia sedang menggosok periuk. Berbekalkan demo tape lagu ciptaannya, Tam dan Iman menuju ke Kuala Lumpur untuk mengejar cita-cita masing-masing. Akhirnya Iman berjaya menjadi seorang pelakon, tetapi bagaimana pula dengan Tam?