Jalan Chow Kit merupakan sebatang jalan raya utama di Kuala Lumpur, Malaysia.[2] Jalan Chow Kit menghubungkan Jalan Putra dengan Jalan Raja Laut di barat berdekatan dengan bangunan restoran KFC dengan Jalan Tuanku Abdul Rahman di timur dekat stesen Monorel Chow Kit.[1][3]

Jalan Chow Kit
Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur 20230813 123808.jpg
Jalan Chow Kit menghala ke barat
Maklumat laluan
Diselenggara oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
Panjang0.30 km[1] (0.19 mi)
Simpang utama
Hujung baratJalan Raja Laut dengan Jalan Putra di Chow Kit, Kuala Lumpur
Persimpangan utama
  • Lorong Tuanku Abdul Rahman Kiri 3
  • Lorong Tuanku Abdul Rahman Kiri 4
  • Lorong Chow Kit 1
Hujung timurJalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR) di Chow Kit, Kuala Lumpur
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Chow Kit merupakan jalan raya timur–barat. Beberapa jalan raya membuat pertemuan dengan Jalan Chow Kit atau bercabang daripadanya. Dari barat ke timur, ia merangkumi Lorong Tuanku Abdul Rahman Kiri 3, Lorong Tuanku Abdul Rahman Kiri 4 dan Lorong Chow Kit 1.[1][3]

Gambaran keseluruhan sunting

Dari penghujung timur, Jalan Chow Kit bermula di susur jalan di Jalan Tuanku Abdul Rahman (juga dikenali sebagai Jalan TAR) di Chow Kit, tidak jauh daripada persimpangan empat jalan iaitu Jalan Pahang (sebahagian daripada Laluan Persekutuan Malaysia 2), Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Raja Muda Abdul Aziz dan Jalan Tuanku Abdul Rahman sendiri; dan stesen Monorel Chow Kit. Jalan Chow Kit sendiri merupakan jalan sehala dari arah timur ke arah barat. Jalan Chow Kit akan melewati kawasan perniagaan Chow Kit ke barat, lalu membaut pertemuan dengan Jalan Raja Laut dan Jalan Putra sebagai penamat. Penamat Jalan Chow Kit terletak berhampiran dengan bangunan restoran KFC dan pasar mini 99 Speedmart.[1][3]

Sejarah sunting

 
Jalan Chow Kit (2023)

Jalan Chow Kit itu sendiri dinamakan sempena seorang pelombong timah, ejen perkapalan, kaunselor perbandaran dan pegawai awam iaitu Loke Chow Kit.[4] Loke Chow Kit juga merupakan pengasas kepada kedai serbaneka tempatan pertama dan terbesar pada ketika itu di Kuala Lumpur; kedai serbaneka itu dikenali sebagai Chow Kit & Co dan ditubuhkan pada tahun 1905.[5] Kedai serbaneka itu terletak di sudut Holland Street (sekarang dikenali sebagai Jalan Mahkamah Persekutuan) dan Clarke Street (sekarang dikenali sebagai Jalan Mahkamah).[6][7]

Pada 15 April 1986, Sudirman, penyanyi Malaysia telah menempa namanya di dalam rekod The Malaysia Book of Records apabila mengadakan konsert besar-besarana secara percuman di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur. Konsert percuma ini telah didatangi hampir 100 ribu warga kota dan telah berpusu-pusu membanjiri Jalan Chow Kit demi melihat konsert. Lagu yang dinyanyikan oleh Sudirman pada konsert itu ialah "Chow Kit Road! Chow Kit Road!".[8][9] Bagi mengenang jasa beliau setelah kematiannya, pada tahun 1992, terdapat cadangan penghuni bandar raya Kuala Lumpur untuk menukarkan nama Jalan Chow Kit kepada Jalan Sudirman.[10] Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah mempertimbangkan cadangan tersebut, menurut laporan The Straits Times.[10]

Jalan Chow Kit merupakan salah satu sarang kepada kumpulan kongsi gelap di Kuala Lumpur. Jalan Chow Kit merupakan satu daripada tujuh lokasi kumpulan kongsi gelap; tujuh lokasi itu membabitkan Kampung Siam, Jalan Chow Kit, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Pudu, Jalan Ipoh, Jalan Ipoh dan Jinjang.[11] Pada tahun 1967, pihak polis telah menyerbu sarang kumpulan kongsi gelap di Jalan Chow Kit dalam operasi "Gerakan Basoh".[11] Pada Janari 1965 dari laporan Berita Harian, seorang lelaki berkaum Melayu telah diberkas di kawasan Jalan Chow Kit kerana telah menjadi penolong ketua kumpulan kongsi gelap 101. Selain itu juga, Pemangku Pegawai Daerah Kuala Lumpur, Sarwan Singh, pihaknya telah berjaya menangkap ketua samseng ganas berkaum Melayu di Jalan Chow Kit– bersama-sama dengan 20 orang yang lain.[12]

Dalam tempoh 19 Januari 1971 sehingga 29 Januari 1971, Pesuruhjaya Ibu Kota Kuala Lumpur (kini dikenali sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur) ketika itu telah memberi kebenaran kepada penjaja-penjaja untuk berniaga di Jalan Chow Kit. Ia juga termasuk Jalan Petaling dari simpang Lebuhraya Foch (kini Jalan Tun Tan Cheng Lock) sehingga Jalan Birch (kini Jalan Maharajalela), belakang Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Haji Taib, Jalan Raja Bot dan Jalan Raja Muda.[13]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 29 Januari 2024.
  2. ^ Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan Malaysia (2022). "Dokumen Gazetir – Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2022" (PDF). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 29 Januari 2024.
  3. ^ a b c Penyumbang OpenStreetMap (29 Februari 2024). "Jalan Chow Kit" (dalam bahasa Inggeris). OpenStreetMap. Dicapai pada 23 April 2023.
  4. ^ "Faded glory of old shopping area". New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times Press. 31 Disember 2008. Dicapai pada 29 Februari 2024 – melalui KLiK.
  5. ^ Jasmine (25 Mei 2023). "How Well Do You Know KL? Here are 7 Interesting Facts About the Legendary Chow Kit Road". World of Buzz (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 1 Mac 2024.
  6. ^ Junn Ng, Symn Ch'ng (2020). The Legacy and Heritage of Loke Chow Kit. CGB Consultants Sdn Bhd. ISBN 9671797008.
  7. ^ "F.M.S. NOTES". The Straits Times. 1 September 1905. m/s. 8. Dicapai pada 1 Mac 2024 – melalui Lembaga Perpustakaan Negara Singapura.
  8. ^ Ghafar Nin; Amira Muhamad (1992). Detik terakhir Sudirman (ed. Pertama). Ampang, Selangor Darul Ehsan: Cita Khidmat (Malaysia). m/s. 28. ISBN 983-9695-16-9. OCLC 29511490.
  9. ^ Sudirman Arshad (Dokumentari) (Penerbitan televisyen). Singapura: History Asia. 2011. Dicapai pada 20 Februari 2011.
  10. ^ a b "Call to rename road after Sudirman". New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). 27 Februari 1997. Dicapai pada 1 Mac 2024 – melalui Lembaga Perpustakaan Negara Singapura.
  11. ^ a b "44 lagi di-soal dalam Gerakan Basoh" [44 orang lagi disoal dalam Gerakan Basoh]. Berita Harian. 16 Disember 1967. m/s. 2. Dicapai pada 1 Mac 2024 – melalui Lembaga Perpustakaan Negara Singapura.
  12. ^ "Melayu ketua kongsi gelap di-berkas lagi". Berita Harian. 26 Januari 1965. Dicapai pada 1 Mac 2024 – melalui Lembaga Perpustakaan Negara Singapura.
  13. ^ "Di-buka untok penjaja2" [Dibuka untuk penjaja-penjaja]. Berita Harian. 18 Januari 1971. Dicapai pada 1 Mac 2024 – melalui Lembaga Perpustakaan Negara Singapura.