Loke Chow Kit (Cina tradisional: 陆秋杰Jyutping: Luk6 Cau1 Git6; 1862 – 28 Ogos 1918) seorang peniaga kelahiran Pulau Pinang yang membuka gedung serbaneka pertama di Kuala Lumpur iaitu Chow Kit and Co terletak di kawasan bernama Chow Kit dan Jalan Chow Kit kini.[1]

Foto Loke Chow Kit sekitar 1908

Biografi sunting

Loke Chow Kit lahir kepada keluarga Loke Kum Choon asal Guangdong. Beliau mendapat pendidikan di Penang Free School.[2]

Kerjaya niaga awal, diupah Loke Yew sunting

Beliau menyertai syarikat Jerman Tetuan Katz Beradik yang beribupejabat di Singapura. Beliau kemudiannya diambil syarikat Tetuan Huttenbach & Kekngkawan sebagai pembantu pengurus cawangan Kuala Lumpur.[2]

Beliau diupah Loke Yew dan rakan sekerjanya Chow Ah Yok yang bertanggungjawab menguruskan landasan kereta api di Selangor pada ketika itu, dari sini Chow Kit dilantik sebagai pengelola lalu liontas kereta api selama beberapa tahun sehingga luput tarikh pajakan kerajaan British.[2]

Chow Kir dilantik sebagai pengurus ladang-ladang Yew di Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. Beliau turut terlibat dalam pengusahaan candu di Selangor, Melaka malah sejauh Hong Kong; serta juga dalam pelombongan timah melalui syarikat Jeher Hydraulic Tin Mining Company, Ltd. dan Serendah Hydraulic Tin Mining Company, Ltd bersama adiknya Loke Chow Thye.[2]

Dari hasil perusahaan inilah Rumah Tangsi (Loke Hall) didirikan pada 1903.[3][1] Rumah agam tersebut nyaris dimusnahkan untuk pembangunan baharu tetapi berjaya diselamatkan Pertubuhan Arkitek Malaysia pimpinan Mubin Sheppard pada 1985 malah dijadikan bangunan pejabat setiausaha persatuan tersebut pada tahun sama.[4] Ia diambil alih Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di bawah pimpinan Tan Sri Ahmad Fuad Ismail pada 2010.[3]

Loke Chow Kit and Co. sunting

 
Chow Kit & Co. Main premises, Kuala Lumpur. c.1908

Pada 1905, Loke mendirikan syarikat gedungnya sendiri iaitu Loke Chow Kit and Co. dengan sebanyak 100 orang kakitangan serata Negeri-negeri Melayu Bersekutu meniaga pelbagai jenis barangan termasuk kenderaan seperti kereta dan motorsikal.[5] Bangunan utamanya terletak di persimpangan Holland Street (kini Jalan Mahkamah Persekutuan) dan Clarke Street (kini Jalan Mahkamah) dengan tiga tingkat direka Abdul Kadir Moosdeen mengacukkan unsur Cina dan Eropah zaman Pembaharuan[6] yang dikatakan "binaan paling segak seumpamanya didirikan di Kuala Lumpur.”[1][7]

Senja hidup sunting

Beliau meninggal dunia pada 28 Ogos 1918 dengan empat anak lelaki dan sembilan anak perempuan hasil perkahwinan dua kali.[5] Mayatnya disemadikan di Jirat Mount Erskine.

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Junn Ng; Symn Ch'ng (2020). The Legacy and Heritage of Loke Chow Kit. CGB Consultants Sdn Bhd. ISBN 9671797008.
  2. ^ a b c d Arnold Wright, H. A. Cartwright (1908). Twentieth Century Impressions of British Malaya: Its History, People, Commerce, Industries, and Resources. Lloyd's Greater Britain publishing Company, limited. m/s. 160.
  3. ^ a b Ridha Razak; Noor Fazlina Rosley (Nov 26, 2023). "Golden Echoes: Reviving Rumah Tangsi's Timeless Legacy" (Temu ramah). Ditemuramah oleh Haniff Baharuddin. BFM 89.9.
  4. ^ Zuraini Md. Ali (2016). Mubin Sheppard: Pioneering Works in Architectural Conservation in Malaysia. University of Malaya Press. m/s. 212. ISBN 9831008499.
  5. ^ a b Lam Seng Fatt (2011). Insider's Kuala Lumpur (ed. 3rd). Marshall Cavendish Editions. ISBN 9789814328876.
  6. ^ Speechley, Soon-Tzu (2023). Malayan Classicism: From the Architecture of Empire to Asian Vernacular. Bloomsbury. m/s. 104. ISBN 135036035X.
  7. ^ "F.M.S. NOTES". The Straits Times. 1 September 1905. m/s. 8.