Jalan Putra merupakan sebatang jalan raya utama di Kuala Lumpur, Malaysia.[2] Jalan Putra menghubungkan Jalan Tun Ismail di barat berdekatan dengan bangunan Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur dengan Jalan Raja Laut dan Jalan Chow Kit di timur dekat kawasan pusat perniagaan Chow Kit.[1][3][4]

Jalan Putra
Jalan Putra, Kuala Lumpur 20240212 134914.jpg
Jalan Putra menghala ke timur
Maklumat laluan
Diselenggara oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
Panjang0.60 km[1] (0.37 mi)
Simpang utama
Hujung baratJalan Tun Ismail dekat Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) dan Hentian Putra
Persimpangan utama
  • Jalan 1/48D
  • Jalan Chow Kit Kiri
  • Jalan Thamboosamy
  • Jalan Ipoh Kecil
  • Lorong Chow Kit 4
Hujung timurJalan Chow Kit dengan Jalan Raja Laut di Chow Kit, Kuala Lumpur
Lokasi
Destinasi
utama
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Putra merupakan jalan raya timur–barat. Beberapa jalan raya membuat pertemuan dengan Jalan Putra atau bercabang daripadanya. Dari barat ke timur, ia merangkumi Jalan 1/48D, Jalan Chow Kit Kiri, Jalan Thamboosamy, Jalan Ipoh Kecil dan Lorong Chow Kit 4.[1][3]

Gambaran keseluruhan sunting

 
Persimpangan Jalan Tun Ismail dengan Jalan Putra

Dari penghujung barat, Jalan Putra bermula di simpang empat Jalan Tun Ismail dan susur jalan ke Hentian Putra. Ia terletak berdekatan dengan Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL; sebelum ini dikenali sebagai Pusat Dagangan Dunia Putra– disingkat sebagai PWTC), bekas tapak Hentian Putra dan pusat beli-belah Sunway Putra Mall. Persimpangan ini dikawal oleh lampu isyarat. Jalan Putra akan menuju ke timur, melewati bangunan Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur dan Sunway Putra Mall, lalu melintasi Sungai Gombak dekat bangunan Stesen LRT PWTC dan Kondominium Bistari. Jalan Putra akan bersilang dengan Jalan 1/48D selepas merentasi Sungai Gombak.[1][3]

Jalan Putra seterusnya bakal melalui kawasan perniagaan Chow Kit di tebing utara dan selatan jalan. Ia akan bersilang dengan Jalan Chow Kit Kiri, lalu diikuti dengan Jalan Thamboosamy dan Jalan Ipoh Kecil dan seterusnya Lorong Chow Kit 4. Jalan Putra tiba di penamat timurnya; ia bersilang dengan Jalan Raja Laut dengan Jalan Chow Kit berdekatan dengan restoran KFC cawangan Jalan Raja Laut. Persimpangan ini merupakan simpang empat dan dikawal oleh lampu isyarat.[1][3]

Di sepanjang Jalan Putra, terdapat banyak ruang niaga dan pejabat urusan. Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan kesesakan lalu lintas pada waktu puncak.[4][5]

Sejarah sunting

Pada tahun 1991, Hotel Pan Pacific telah melancarkan fasa kedua program menanam pokok di Jalan Putra.[6] Menurut New Straits Times, Jalan Putra menjadi "syurga membeli-belah untuk pelancong" dengan pelancaran program menanam pokok itu.[6]

Toponimi bagi Jalan Putra sendiri diambil daripada mercu tanda yang berdekatan dengannya iaitu Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), yang kini dikenali sebagai Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur sahaja. PWTC dinamakan sempena Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, selaku Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Menurut Stanley Toh pengarah eksekutif LaurelCap Sdn Bhd dalam The Edge Malaysia, Jalan Putra telah berkembang daripada pusat perdagangan yang sibuk pada awal tahun 1980-an di mana ramai pelancong dari negeri-negeri lain berkumpul di Jalan Putra apabila mereka tiba di Kuala Lumpur. Menurut dia juga, landskap jalan bagi Jalan Putra berubah menjadi lebih meriah berikutan pembukaan PWTC dengan Hotel Seri Pacific pada awal tahun 1980-an.[4]

Mercu tanda sunting

Galeri sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 29 Januari 2024.
  2. ^ Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan Malaysia (2022). "Dokumen Gazetir – Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2022" (PDF). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 29 Januari 2024.
  3. ^ a b c d e f g h Penyumbang OpenStreetMap (29 Februari 2024). "Jalan Putra" (dalam bahasa Inggeris). OpenStreetMap. Dicapai pada 23 April 2023.
  4. ^ a b c d e Hannah Rafee. "Streetscape: Lively Jalan Putra continues to evolve" [Streetscape: Kemeriahan Jalan Putra terus berkembang] (dalam bahasa Inggeris). The Edge Malaysia. Dicapai pada 29 Februari 2024.
  5. ^ Victor Ng (24 April 2018). "Best bits of KL: Chow Kit". TimeOut (dalam bahasa Inggeris). Time Out Group. Dicapai pada 29 Februari 2024.
  6. ^ a b "More trees to line Jalan Putra". New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times Press. 17 Mei 1991. Dicapai pada 29 Februari 2024 – melalui KLiK.
  7. ^ Bavani M (12 Disember 2012). "Bistari Condo residents fed up with their building management's lack of transparency" (dalam bahasa Inggeris). The Star. Dicapai pada 29 Februari 2024.