Tony Iskandar Alberto (lahir Anthony Bernardo Alberto; 7 Julai 1970 – 30 Jun 2021) juga dikenali sebagai Tony Spider merupakan seorang pemuzik dan penggubah lagu Malaysia. Beliau terkenal sebagai antara pengasas dan pemain bass asal kumpulan Spider sebelum meninggalkan kumpulan tersebut pada tahun 2013. Sebelum menubuhkan Spider, Tony terlebih dahulu memulakan kerjaya beliau sebagai pemain dram kumpulan Heat pada pertengahan 90-an.

Tony Spider
Nama lahirAnthony Bernardo Alberto
Juga dikenali sebagai
  • Tony Iskandar
  • Tony Iskandar Alberto
Kelahiran(1970-07-07)7 Julai 1970
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Meninggal dunia30 Jun 2021(2021-06-30) (umur 50)
Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
GenreRock
PekerjaanPemuzik, komposer, penerbit rakaman
InstrumenGitar bass, gitar elektrik
Tahun aktif1996–2021
Syarikat rakaman
Luncai Emas
Pengkarya berkait
Spider

Spider sunting

Tony mengasaskan bersama kumpulan Spider bersama Tam (vokal dan gitar), Nafie (gitaris utama), dan Yem (dram, kemudian digantikan oleh Aie) semasa penubuhan kumpulan ini pada 1996. Kumpulan ini menandatangani kontrak bersama Luncai Emas milik M. Nasir, sejak itu Spider diambil sebagai kakitangan tetap Luncai Emas. Album pertama mereka Ngam Ho dikeluarkan pada 1998 dengan mempertaruhkan lagu "Mungkinkah Terjadi" sebagai single pertama. Sejak itu, Tony bersama kumpulan Spider menerbitkan lima lagi album yang kesemuanya meraih kejayaan komersial.[1] Tony meninggalkan Spider pada 2012 untuk memulakan kerjaya sebagai pemuzik bebas sekaligus menumpukan perhatian kepada aktiviti penerbitan muzik. Tempat beliau sebagai pemain bes digantikan oleh Is, bekas pemain bes kumpulan Bau.[2]

Kehidupan peribadi sunting

Tony memeluk Islam pada 2004. Beliau pernah berkahwin namun telah bercerai, Tony juga tidak mempunyai anak dari perkahwinannya. Beliau juga menumpang di studio Luncai Emas selama tiga tahun kerana Spider mempunyai bilik yang disediakan oleh M. Nasir.[3]

Kematian sunting

Pada 30 Jun 2021 Tony meninggal dunia pada usia 50 tahun di ibu pejabat Luncai Emas di Sungai Buloh, Selangor selepas ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh gitaris, Nafie. Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Baru Sungai Buloh pada jam 4 petang 1 Julai. Sebelum kematiannya, beliau menghidapi penyakit kencing manis kronik selama beberapa tahun. Tony juga disahkan negatif COVID-19.

Legasi sunting

M. Nasir sifatkan pemergian Tony ialah satu kehilangan besar kepada industri muzik negara, malah dianggap sebagai seorang pemuzik yang mempunyai semangat jati diri. Beliau dipetik oleh Astro Awani sebagai berkata: "Dia (Tony) seorang yang ceria. Dia juga setiakawan dan setia kepada muziknya. Dia bangga dengan muzik dan mainan bassnya. Kita hilang seorang pemain bass dan komposer berbakat".[4]

Rujukan sunting

  1. ^ Zubir Mohd Yunos (12 Jun 2005). "Apabila Spider dah melaram..." Berita Minggu. Dicapai pada 2 Julai 2018.
  2. ^ "Bekas pemain bass kumpulan Spider, Tony Iskandar meninggal dunia". BERNAMA. 30 Jun 2021. Dicapai pada 3 Julai 2021.
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Tony Spider meninggal tidak disediakan
  4. ^ Irwan Muhammad Zain (30 Jun 2021). "Negara kehilangan pemain bass berbakat - M. Nasir". Astro Awani. Dicapai pada 3 Julai 2021.

Pautan luar sunting