Kerispatih adalah kumpulan muzik Indonesia yang ditubuhkan pada tahun 2003. Ahli-ahlinya seramai 5 orang iaitu Badai, Anton, Fandy (menggantikan Sammy), Arief, dan Andika.

Kerispatih
Latar belakang
Berasal dariIndonesia
GenrePop
Tahun aktif2003–kini
Syarikat rakaman
Nagaswara
Pengkarya berkait
Gyllene Tider
Laman sesawang
www.kerispatih.com
AhliFandy (vokal)
Badai (pemain keyboard)
Anton (drummer)
Arief (gitar)
Andika (bass)

Biografi sunting

Kerispatih ditubuhkan pada tarikh 21 April 2003 atas usaha 4 orang pelajar kolej Institut Pemuzik Indonesia, Arief, Badai, Andika, dan Anton. Mula-mula mereka menubuhkan kumpulan bertemakan instrumental etnik, yang mereka karang dalam aransemen baharu. Kemunculan pertama mereka adalah di acara Farabi Sunday tarikh 22 April 2003. Mereka merekrut Sammy, rakan mereka di kampus, yang merupakan salah satu finalis 30 besar Indonesian Idol I/2004, sebagai vokalis.

Sebelum Kerispatih terbentuk, Badai juga pernah membuat album C4U dan bersama melayani di band rohani Joyfull Ministry bersama: Robert Ludji (Keyboard synthesizer & Electric Guitar) Yohanes Setiabudi (Bass), Ongen Ririhena (Drum) & Eric Bastian (Keyboard)Badai (Lead Keyboard). Band joyfull sering melakukan misi perjalanan ke beberapa bandar di Indonesia dalam era akhir 1999 sehingga 2001

Kerjaya profesional mereka jalani selepas menubuh pengurusan band,yang pada ketika itu diatur oleh Ingga Jaya Purda. Kini Kerispatih bergabung dengan pengurusan Bagot’z Production. Kerispatih memulakan rakaman pada tahun 2004. Mereka bergabung dalam projek album himpunan bertajuk Gulalikustik (dikeluarkan pada September 2004), dengan label utama Nagaswara. Penyertaan mereka dalam album ini bermula dari acara yang diadakan oleh salah satu stesen radio Indonesia iaitu (88.00 Mustang FM) yang bernama Gulali (Lagu Gue Cendili) pihak Mustang menawarkan Kerispatih dalam projek kolabirasi tersebut. Dalam album tersebut mereka menyumbang 2 buah lagu, "Lupakan Aku" dan "Sebentuk Hati buat Kekasih".
Tahun 2005, Kerispatih mengeluarkan album pertama mereka bertajuk Kejujuran Hati. Lagu yang dikeluarkan dalam album ini diantaranya : "Kejujuran Hati", "Cinta Putih", dan "Lagu Rindu". Album ini mendapat Platinum Awards pada tahun 2006. Kejayaan mereka dibuktikan pula dengan mendapat anugerah sebagai Album Pendatang Baharu Popular dalam acara SCTV Music Awards 2006.[1]
Pada tahun 2007, Kerispatih mengeluarkan album keduanya yang berjudul Kenyataan Perasaan, dan mengeluarkan lagu pertamanya dalam album ini yang berjudul "Mengenangmu", dan menguasai carta Indonesia dan radio. Selepas kejayaan "Mengenangmu", Kerispatih mengeluarkan lagu kedua yang berjudul "Tapi Bukan Aku" yang sesuai prediksi akan mengulang kejayaan "Mengenangmu". Kemudian mereka mengeluarkan lagu ketiga yang berjudul "Sepanjang Usia" dengan "Untuk Pertama Kali" sebagai lagu keempatnya. Seperti album pertama mereka, album ini berjaya mendapat Platinum Awards pada tahun 2007 pula.
Kerispatih pun berpartisipasi dalam album perdana Presiden Republik Indonesia ke-6, Susilo Bambang Yudhoyono, dengan menyanyikan lagu ciptaan SBY berjudul "Hening".[2]
Pada bulan Jun 2008, Kerispatih mengeluarkan album ketiga yang berjudul "Tak Lekang Oleh Waktu". Di album ketiganya ini, seluruh lagunya dikarang dan dikomposisi oleh Badai, pemain keyboard Kerispatih. Badai berkata, bahawa album ini adalah jerepetan daripada album pertama dan album kedua mereka. Jadi, di album ketiga ini mempunyai kesan yang paling sempurna di antara ketiga album yang sudah dikeluarkan. Dalam album Tak Lekang Oleh Waktu, Kerispatih memilih lagu "Bila Rasaku ini Rasamu" menjadi lagu pertama mereka dalam album ketiga itu.
Dalam akhir tahun 2009, Kerispatih mengeluarkan album keempat yang berjudul "Semua Tentang Cinta". Lagu utama di album keempat tersebut adalah "Aku Harus Jujur". Pada awal tahun 2010, Kerispatih berjaya mengadakan konsert pertamanya di luar negeri di Hong Kong.

Kini Sammy sudah dipecat dari Kerispatih kerana kes dadah.

Diskografi sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting

Templat:Kerispatih