Sheila Majid

Ratu Jazz Malaysia

Datuk Sheila Majid (lahir Shaheila Abdul Majid; 3 Januari 1965), juga dikreditkan sebagai Sheila dalam beberapa album terawalnya, ialah seorang penyanyi wanita Malaysia.[1][2] Dilahirkan di Kuala Lumpur, bakatnya dikesan oleh penerbit muzik yang tertarik dengan suaranya, lantas mempelawa beliau menghadiri ujibakat, kemudian menerima kontrak rakaman pada 1982. Sheila menandatangani kontrak bersama Titra Industries dan muncul bersama album pertama, Dimensi Baru pada 1985 dengan lagu "Pengemis Muda" dikeluarkan sebagai single pertama.[3][4][5]


Sheila Majid

Sheila Majid.jpg
Sheila pada 2015.
Kelahiran
Shaheila binti Abdul Majid

(1965-01-03) 3 Januari 1965 (umur 56)
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • pelakon
  • ahli perniagaan
  • jurucakap produk
Tahun aktif1984-kini
Pasangan
Anak4 (termasuk Kayda Aziz)
Kerjaya muzik
GenreJazz, R&B
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Titra Industries
Roslan Aziz Productions (RAP)
EMI Music Malaysia
Warner Music Malaysia
Pengkarya berkait
Zainal Abidin, Afdlin Shauki, Zubir Ali, Johan Nawawi, Amir Yussof, Nora, Azlina Aziz, Liza Aziz, KRU, Poetic Ammo, Harvey Malaiholo, Chandra, Karen Kong, Jaclyn Victor
Laman web rasmiwww.sheilamajid.com

Selepas menandatangani kontrak rakaman bersama EMI Music Malaysia, beliau muncul dengan album kedua, Emosi (1986) yang mana ia berjaya menembusi pasaran muzik Indonesia. Lagu-lagu seperti "Sinaran"[6] dan "Antara Anyer dan Jakarta"[7] dikeluarkan sebagai single utama dan berjaya menjulang nama Sheila sekaligus menjadi antara singlenya paling berjaya pada 1980-an serta melayakkan beliau memenangi Anugerah BASF sebagai Artis R&B Wanita Terbaik pada 1987. Sheila kemudian menyertai Roslan Aziz Productions (RAP) sebagai salah seorang artis rakamannya dan pada 1992, beliau bersama teman-teman seperjuangan Zainal Abidin, Afdlin Shauki, Zubir Ali, Azman Warren dan Amir Yussof membuat persembahan di konsert paling berjaya, Konsert Ikhlas 1992 di bawah pimpinan penerbit rakaman, Roslan Aziz.[8]

Antara pencapaian peribadi dalam kerjaya beliau ialah menjadi artis Malaysia pertama yang berjaya di Jepun, dan mengadakan konsert yang habis dijual di Royal Theater di West End London pada 1996. Beliau juga menjadi penyanyi Malaysia pertama yang merakamkan sebuah kaset single,[9] serta merupakan artis tempatan pertama yang membuat persembahan di Dewan Filharmonik Petronas (DFP). Sheila turut berjinak-jinak dalam bidang lakonan dengan membintangi filem-filem seperti Ali Setan (1985) dan Sinaran (2015). Dikenali oleh media sebagai "Ratu Jazz Malaysia",[10][11] Sheila telah memukau jutaan peminat di rantau Asia dengan "suaranya yang lunak dan memiliki repertoir irama pop, jaz dan R&B kontemporari yang lebih besar".[12]

Kehidupan awalSunting

Beliau dilahirkan pada 3 Januari 1965 di Kuala Lumpur,[11] Selangor (ketika itu) dan merupakan yang paling bongsu dalam lapan adik-beradik dalam sebuah keluarga yang menitikberatkan soal agama.[13][14] Adik-beradiknya termasuk abangnya, Shahrin Majid dan kakaknya, Shahnaz dan Shahidah Majid. Bapanya yang berketurunan Jawa, bekerja di jabatan perhutanan di mana keluarga Sheila menetap di rumah kerajaan yang terletak berdekatan dengan Bank Negara Malaysia (BNM), berhampiran Jalan Swettenham. Beliau bersekolah di Convent Goodshepherd Kindergarten, Methodist Girls Primary School dan Methodist Secondary School.[15]

KerjayaSunting

Muzik merupakan sebahagian daripada kehidupan beliau dan keluarganya ketika semasa membesar. Menyanyi adalah bermula sebagai satu hobi oleh beliau. Beliau mula belajar bermain piano ketika berusia empat tahun. Beliau menyinar bersama bakatnya secara kebetulan iaitu ketika menyanyi di majlis salah seorang rakan di Raintree Club Kuala Lumpur ketika berusia 17 tahun. Pada ketika itu, bakatnya disedari oleh seorang penerbit muzik yang tertarik dengan suaranya lantas menjemput beliau untuk satu uji bakat. Beliau telah diuji bakat oleh Roslan Aziz dan telah diberikan satu kontrak rakaman pada 1982.[16]

Setelah menandatangani kontrak, beliau mengambil masa selama tiga tahun untuk menyerlah pada tahun 1985 dengan kemunculan albumnya yang bertajuk Dimensi Baru, yang kemudiannya menerima pengiktirafan emas. Single pertama yang dikeluarkan untuk album ini ialah "Pengemis Muda".[4][11] Pada tahun yang sama, Sheila dipelawa oleh Jins Shamsuddin untuk membintangi filem Ali Setan lakonan Azmil Mustapha dan Ogy Ahmad Daud. Dalam filem ini, beliau memegang watak sebagai Tipah, sepupu Ali lakonan Azmil.[17] Seterusnya, menerusi album Emosi yang dikeluarkan setahun berikutnya, menjadi suatu kelainan yang lebih ketara khususnya pada genre muzik yang diperkenalkan olehnya. Sentuhan muzik Jazz dan R&B yang ketara telah membuka minda masyarakat ketika itu untuk meneroka genre muzik, khususnya muzik Jazz yang dipelopor olehnya. Menerusi album Emosi juga, Beliau telah mendapat kepakaran dari negara jiran, termasuk susunan dan ciptaan lagu. Justeru, beliau cuba untuk menguji pasaran di Indonesia. Single pertama yang dikeluarkan untuk album ini ialah "Sinaran", diikuti oleh single kedua, "Antara Anyer dan Jakarta".[18][19] "Sinaran" menjadi lagu Melayu pertama yang menduduki tangga teratas di stesen Radio Sapporo, Tokyo. Ia juga tersenarai di tangga ke-38 di Carta Top 40, Radio Osaka.[11]

Ternyata usaha keras beliau bersama rakan-rakan yang menjadi tulang belakang kerjayanya menjadi tidak sia-sia kerana sambutannya sungguh di luar jangkaan. Nama beliau begitu megah di Indonesia dan menjadi idola masyarakat di negara tersebut. Walau bagaimanapun, tidak kurang juga mendapat kritikan hebat di kalangan pengamal media di Indonesia yang mempersoalkan kejayaannya. Namun, kuasa peminat adalah melebihi segala-galanya kerana beliau dapat menawan bandar-bandar utama di negara tersebut seperti Bandung, Jogjakarta, dan banyak lagi. Hasilnya, beliau telah memenangi Anugerah BASF (kini Anugerah Musik Indonesia) sebagai Artis R&B Wanita Terbaik pada tahun 1987 yang tidak pernah sebelumnya dimenangi oleh artis bukan dari Indonesia.[20][19] Pada 29 Februari 1988, Sheila berangkat ke Singapura dan dipelawa untuk membuat persembahan khas dalam rancangan Hiburan Minggu Ini di mana beliau menyanyikan dua lagu, diikuti oleh rakaman persembahan bersama Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan beberapa persembahan luar.[21][14] Album ketiga Sheila menyusul pada April 1988 dengan tajuk Warna. Lagu-lagu seperti "Memori", "Panorama" dan "Hasrat Cinta" dikeluarkan sebagai single.[22] Album ini menjadi kejayaan komersial apabila jualannya mencecah sebanyak 40,000 unit sejak dikeluarkan.[23] Pada masa yang sama, beliau telah melakar sejarah apabila albumnya mendapat anugerah multi-platinum.[24]

Kejayaannya di Indonesia telah diperkukuhkan lagi dengan konsert jelajah di 10 bandar di Indonesia pada Julai 1988, diikuti oleh konsert jelajah di Malaysia yang dibahagikan kepada 3 peringkat — Pantai Barat, Malaysia Timur dan Pantai Timur. Siri konsert ini diadakan bagi mempromosikan album Warna.[25] Kejayaan beliau tidak hanya di negara jiran tersebut. Sekali lagi, nama beliau telah mencatat rekod muzik di Malaysia apabila kejayaannya merakamkan lagu di negara Jepun.[26][27] Pada 27 September 1989, album Sinaran dikeluarkan untuk edaran Jepun. Album kompilasi itu menampilkan beberapa lagu Melayu dan empat dari album Legenda yang akan menyusul serta dua lagu Inggeris.[28][29] Beliau juga dijemput untuk membuat persembahan di Festival Muzik Tokyo pada tahun itu.[19] Pada November, beliau telah diundi sebagai Penyanyi Wanita Terbaik di pertandingan Star Search yang berlangsung di Los Angeles, California, A.S.[30][31][32] Melalui undian yang telah dibuat di dalam akhbar New Straits Times, para pembaca telah memilih beliau sebagai bintang pilihan pembaca selama empat tahun berturut-turut antara 1987 sehingga 1990.

Beliau telah memulakan sebuah lagi projek pada tahun 1990 menerusi album keempatnya, ‘Legenda’ yang menampilkan lagu-lagu klasik yang diilhamkan daripada idolanya, P. Ramlee. Menerusi album ini, selain daripada lagu ‘Lagenda’, terdapat lagu-lagu P. Ramlee yang kembali mencapai status lagu hit hasil daripada sentuhannya. Walaupun ada yang mengkritik, namun lagu ‘Bila Larut Malam’, ‘Tiru Macam Saya’, ‘Manusia’ dan ‘Bunyi Gitar’ telah mencipta gaya baru dalam generasi muda ketika itu. Beliau telah dianugerahkan pingat Ahli Mangku Negara (AMN) dalam satu penghormatan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong IX. Sehingga kini, album Legenda kekal sebagai album terlaris beliau dan disokong oleh seluruh negara yang merangkumi lebih daripada dua tahun. Selepas itu, beliau mengadakan konsert di Stadium Negara, Kuala Lumpur yang menarik perhatian penonton yang lebih daripada 10,000 orang. [perlu rujukan]

Untuk album studio yang kelima iaitu ‘Ratu’ pada tahun 1996, beliau telah bekerjasama dengan beberapa pemuzik antarabangsa seperti Nathan East dari Amerika, Kumpulan Fourplay dan Rex Goh, serta Aska Kaneko dari Jepun. Beliau telah mengadakan konsert sehingga melewati kota London di West End di Royalty Theatre pada Mac 1996. [perlu rujukan] Kejayaan konsert tersebut menjadi kebanggaan pencinta muzik Malaysia, khususnya dalam kalangan peminat tegar beliau. Pada bulan Disember, iaitu tahun yang sama, beliau telah menerima jemputan oleh Ronnie Scott untuk tampil ke pentas.

Selepas album studio keenam beliau, ‘Ku Mohon’ telah dikeluarkan pada bulan November 1999. Beliau telah merangkul empat anugerah, terutamanya untuk ‘Album Pop Terbaik’ pada Anugerah Industri Muzik (AIM) pada tahun 2000. ‘Ku Mohon’ juga merupakan salah sebuah lagu yang terdapat di dalam album beliau dan liriknya adalah hasil ciptaan pertamanya telah menjadi Song of the Year.

Pada bulan Julai 2000, beliau telah menjadi artis tempatan pertama yang pernah mengadakan persembahan di Dewan Filharmonik Petronas. Pada malam kedua, tiket untuk konsert tersebut telah habis dijual. Konsert tersebut juga adalah sempena ulang tahun kelima belas beliau dalam industri muzik. [perlu rujukan] Pada bulan November 2001, beliau telah dijemput untuk mewakili Malaysia pada konsert Diva S.E.A. di Jakarta.

Pada bulan Oktober 2003, beliau telah dijemput untuk mengadakan konsert secara langsung oleh TransTV di Malaysia. Rancangan yang bertempoh selama dua jam, adalah bertajuk ‘Konsert Perjalanan Seni Sheila Majid’.

Perkara ini juga merupakan permulaan kepada pengeluaran album studionya yang ketujuh yang bertajuk ‘Cinta Kita’. Menerusi album itu yang diterajui oleh Warner Music (Malaysia) Sdn. Bhd. yang menyaksikan beliau bekerjasama dengan beberapa pemuzik Indonesia seperti Andi Bapak, Tangkak dan Indra yang secara kolektifnya telah menyumbang sebanyak 80% dari segi pengeluaran album. Sehingga kini, kedua-dua album serta single pertama, ‘Kerinduan’ telah mencapai nombor satu di Malaysia.

Pada Julai 2006, beliau telah mengadakan konsert mini di Planet Hollywood Kuala Lumpur. Konsert ini adalah konsert khas untuk meraikan ulang tahun ke-20 beliau di dalam industri muzik.

Cabang lainSunting

Selain bidang muzik, Sheila turut berkecimpung dalam bidang perniagaan. Beliau dan suaminya, Acis telah bekerjasama dan memulakan studio latihan mereka sendiri yang dikenali sebagai Studio Akarkarya yang ditubuhkan pada 2004 dan beroperasi di Damansara Uptown, Petaling Jaya, Selangor.[33] Beliau bersama-sama dengan kakaknya, Shahidah Majid telah membuka spa kecantikan sendiri di Damansara Heights, Kuala Lumpur, Jentayu Spa pada 2006.[34][35] Setelah mencuba dan berusaha sendiri selama 10 tahun, beliau telah berjaya menghasilkan produk kecantikannya sendiri iaitu Jerneh, yang juga mendapat sambutan baik di pasaran.[36]

Kehidupan peribadiSunting

Pada 1989, beliau telah berkahwin dengan Roslan Aziz, seorang pemuzik terkenal tanah air. Beliau dikurniakan dua cahaya mata iaitu Wan Nur Khaleda dan Megat Abdul Majid Aziz, Sheila dan Roslan bercerai pada 2000.[37] Selain itu, beliau telah melangsungkan perkahwinan dengan Hashridz Murshim Hassim atau Acis, bekas pemain keyboard untuk kumpulan Gersang selepas dua tahun menjalin cinta. Mereka dinikahkan di hadapan Imam Masjid Damansara iaitu Wahid Amini pada 3 Jun 2003 pada pukul 11.47 pagi. Beliau telah menerima mas kahwin sebanyak RM 80, wang hantaran RM 20,000 tunai, dua bentuk cincin masing-masing yang bernilai RM 1,000 dan RM 5,000 serta kalung berharga RM 1,000. Mereka juga telah dikurniakan dua anak iaitu Khadeja Zaireen Murshim dan Khalefa Laila Murshim yang dilahirkan pada 28 April 2007.

DiskografiSunting

Album studioSunting

Album pelbagaiSunting

Album kompilasiSunting

  • The Best of Sheila Majid: Vol. I (1989)
  • The Best of Sheila Majid: Vol. II (1991)
  • Legenda: The Concert (Live) (1992)
  • Gemilang (Live Collections) (1993)
  • Ratus Selamanya: Best Collection with Ruth Sahanaya (1999)
  • Sheila Majid 15 (2001)
  • The Best of Sheila Majid: Ballads (2003)
  • Sheila Majid (2004)
  • The Best Of (2006)
  • Sheila Majid 25 Years - Dengarkanlah (2010)

Album lainSunting

  • Gemilang Timeless... (1993)
  • Wanita (1995)
  • Cinta Jangan Kau Pergi (1997)

SingleSunting

Tahun Judul Lagu Kedudukan Tertinggi Carta Album
Era Muzik.fm Baik Banget Muzik-muzik
1985 "Pengemis Muda" Dimensi Baru
"Dia"
"Gerimis Semalam"
1986 "Datanglah Ke Dalam Mimpiku"
"Di Dalam Emosi Ini" Emosi
"Sinaran"
"Antara Anyir dan Jakarta"
1987 "Relakan"
"Persis Kekasihku"
"Tua Sebelum Waktunya"
1988 "Warna" Warna
"Memori"
"Gemilang"
"Kasih (Melangkah Pergi)"
1989 "Hasrat Cinta"
"Jelingan Manja"
1990 "Hitam Putih Kehidupan" Hitam Putih Kehidupan
1991 "Ikhlas Tapi Jauh"
sebagai RAP bersama Zainal Abidin, Afdlin Shauki, Zubir Ali
Azman Warren dan Amir Yusoff
Ikhlas
"September Pagi"
duet bersama Afdlin Shauki
"Lagenda" Legenda
1992 "Manusia"
"Engkau Laksana Bulan"
"Bunyi Gitar"
1993 "Aku Cinta Padamu" Gemilang...Timeless
1995 "Wanita" Wanita
"Jentayu"
trio bersama Nora Ariffin dan Johan Nawawi
Koleksi Ilhamrasa
1996 "Bersatu Hati"
trio bersama Azlina Aziz dan Liza Aziz
R.A.P. '96
"Ratu" Ratu
"Percayalah"
"Mengapa Kasih"
1997 "Embun"
"Cinta Jangan Kau Pergi" Cinta Abadi
"Setia Bersama"
duet bersama kumpulan KRU
KRUmania
1999 "Jatuh Cinta (Sekali Lagi)" Ku Mohon
"Ku Mohon"
"Rahsia Hati"
2000 "Ada Ada Saja"
"Tiada Tandingannya"
ditampilkan oleh Poetic Ammo
The World Is Yours
2001 "Inikah Cinta" Sheila Majid 15
"Begitulah Cinta"
duet bersama Harvey Malaiholo
Begitulah Cinta
2004 "Kerinduan" Cinta Kita
"Cinta Kita"
"Tersenyumlah Pada Dunia"
2006 "Malam Ku Bermimpi" Legenda XV XX
2008 "Ingatlah Diriku"
duet bersama Chandra
Ingatlah Diriku
2009 "Cinta Ada"
duet bersama Karen Kong dan Jaclyn Victor
I'm Karen
2010 "Dengarkanlah" Sheila Majid 25 Years

FilemografiSunting

FilemSunting

Tahun Tajuk Peranan Catatan
1985 Ali Setan Tipah
1988 Bayi Tabung Dirinya Sendiri Filem usahasama Malaysia-Indonesia
2015 Sinaran

TelevisyenSunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
1993 In Person Sheila Majid Dirinya sendiri/Tetamu undangan TV3

Pameran seniSunting

  • 1993: Ratu - A Day in the Life of Sheila Majid

Anugerah dan pencalonanSunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
1996 Anugerah Industri Muzik ke-3 Anugerah Kembara (Tempatan) Dirinya sendiri Menang
1997 Anugerah Industri Muzik ke-4 Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Wanita) Menang
Kulit Album Terbaik Ratu Tercalon
Rakaman Album Terbaik Tercalon
Album Pop Terbaik Menang
2012 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-25 Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Dirinya sendiri Menang

PenghargaanSunting

Pada 24 Oktober 2008, Sheila menjadi artis tempatan tunggal menerima darjah kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia - Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa kepada gelaran Datuk sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang ke-78 di Istana Abu Bakar di Pekan, Pahang.[38][39]

Penghargaan Malaysia
    •   Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) - Datuk[38][39]

RujukanSunting

  1. ^ "Sheila terus melangkah capai impian". Berita Minggu. 1 Disember 1991. m/s. 8. Dicapai pada 13 November 2011.
  2. ^ "Sheila Majid terbukti unggul". Berita Harian Singapura. 7 Ogos 2006. m/s. 13. Dicapai pada 13 November 2011.
  3. ^ "Sheila masih popular walau sudah 10 tahun jadi penyanyi". Berita Minggu. 18 Jun 1995. m/s. 11. Dicapai pada 13 November 2011.
  4. ^ a b A. Kadir Pandi (29 Mac 1987). "Sheila bercita2 ke luar negeri". Berita Minggu. m/s. 8. Dicapai pada 13 November 2011.
  5. ^ Zul Husni Abdul Hamid (27 April 2013). "Dimensi damai Sheila Majid". Berita Harian. Dicapai pada 13 November 2019.
  6. ^ Farihad Shalla Mahmud (19 Julai 2010). "Sinaran Sheila Majid". Berita Harian. Dicapai pada 13 November 2019.
  7. ^ Raja Jazz; Hamidah Salbin; Hamdan Mohamad (18 Oktober 1992). "Sheila berjaya naikkan martabat muzik Melayu". Berita Minggu. Dicapai pada 14 November 2019.
  8. ^ Rosidi Daud (26 Disember 1992). "Concert extravaganza for local music fans" [Ekstravaganza konsert untuk peminat muzik tempatan] (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 6 Oktober 2020.
  9. ^ "Sheila—penyanyi Malaysia pertama rakam kaset 'singles'". Berita Minggu. 26 November 1989. m/s. 8. Dicapai pada 13 November 2011.
  10. ^ Husain Jahit (21 Mei 1997). "Laman Sheila Majid harus dicontohi". Berita Harian. Dicapai pada 21 November 2019.
  11. ^ a b c d Serimah Mohd Salehuddin (30 Mei 2006). "Legenda Ratu Jazz". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Jun 2006. Dicapai pada 22 November 2011.
  12. ^ "Sheila Majid (Malaysia)" (dalam bahasa Inggeris). TODAY. 26 Ogos 2005. m/s. 58. Dicapai pada 13 November 2010.
  13. ^ Joanna Abishegam (3 November 1991). "(Sheila Majid)" (dalam bahasa Inggeris). New Sunday Times. Dicapai pada 14 November 2019.
  14. ^ a b Kamsah Siraj (6 Mac 1988). "Sheila Majid turut berkonsert di sini". Berita Minggu. m/s. 8. Dicapai pada 14 November 2010.
  15. ^ Koh Lay Chin (1 April 2010). "Datuk Sheila Majid - "Do not insult our intelligence"" [Datuk Sheila Majid - "Jangan hina kebijaksanaan kami"] (dalam bahasa Inggeris). The Nut Graph. Dicapai pada 13 November 2010.
  16. ^ "Siapa Sheila Majid". Berita Minggu. 18 Julai 1993. Dicapai pada 14 November 2019.
  17. ^ "Sheila serik berlakon". Berita Harian. 24 September 1993. Dicapai pada 19 November 2019.
  18. ^ Saodah Ismail (11 Oktober 1987). "'Emosi' Sheila Majid berjaya di Indon". Berita Minggu. m/s. 8. Dicapai pada 14 November 2010.
  19. ^ a b c Juliana June Rasul (25 Julai 2006). "The lah-lah queen" [Ratu lah-lah]. TODAY. m/s. 30. Dicapai pada 14 November 2010.
  20. ^ "Sheila Majid buktikan pengkritik salah anggap". Berita Harian Singapura. 10 September 1987. m/s. 5. Dicapai pada 14 November 2010.
  21. ^ Kamsah Sirat (14 Februari 1988). "Sheila Majid akan nyanyi di sini". Berita Minggu. m/s. 8. Dicapai pada 14 November 2010.
  22. ^ Azman Siraj (10 April 1988). "'Warna' Sheila dapat sambutan baik". Berita Minggu. m/s. 10. Dicapai pada 14 November 2010.
  23. ^ "'Warna' catat jualan 40,000 unit". Berita Minggu. 17 April 1988. m/s. 8. Dicapai pada 14 November 2010.
  24. ^ Kamsah Sirat (3 Julai 1988). "Warna akan berbentuk ceper kompak". Berita Harian Singapura. m/s. 8. Dicapai pada 14 November 2010.
  25. ^ Kamsah Sirat (16 Oktober 1988). "Sheila sambung konsert solo". Berita Minggu. m/s. 8. Dicapai pada 14 November 2010.
  26. ^ Azman Siraj (6 November 1988). "Sheila Majid rakam lagu Inggeris di Tokyo". Berita Minggu. m/s. 8. Dicapai pada 14 November 2010.
  27. ^ Kamsah Sirat (15 Oktober 1989). "Album Sheila popular, laris di Jepun". Berita Minggu. m/s. 8. Dicapai pada 14 November 2010.
  28. ^ Ida Bachitar (13 Oktober 1989). "Sheila's No. 1 in Japan" [Sheila No. 1 di Jepun] (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. m/s. 1. Dicapai pada 14 November 2010.
  29. ^ Haron Abdul Majid (8 Oktober 1989). "'Sinaran' disadur jadi lagu Inggeris". Berita Minggu. m/s. 8. Dicapai pada 14 November 2010.
  30. ^ "Pop star Sheila voted Best Female Singer at LA contest" [Bintang pop Sheila diundi Penyanyi Wanita Terbaik di pertandingan LA] (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. 23 November 1989. m/s. 18. Dicapai pada 14 November 2010.
  31. ^ "One step up for Star Search winner Sheila" [Selangkah untuk pemenang Star Search, Sheila] (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. 4 Disember 1989. m/s. 9. Dicapai pada 14 November 2010.
  32. ^ "Sheila menang di AS". Berita Harian Singapura. 22 November 1989. m/s. 1. Dicapai pada 19 November 2010.
  33. ^ Abdul Aziz itar (22 September 2004). "Akarkarya Studio impian Sheila Majid, Acis". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 September 2005. Dicapai pada 22 November 2011.
  34. ^ Nor Akmar Samudin (2 Oktober 2012). "Spa sentuhan Sheila". Harian Metro. Dicapai pada 22 November 2019.
  35. ^ Syanty Octavia Amry (10 September 2013). "Hasrat Sheila tercapai". Harian Metro. Dicapai pada 22 November 2019.
  36. ^ Zaidi Mohamad (14 Jun 2008). "Jerneh tamatkan 10 tahun penantian Sheila Majid". Berita Harian. Dicapai pada 22 November 2011.
  37. ^ Suzan Ahmad (26 Oktober 2008). "Roslan, Sheila sah bercerai". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Jun 2009. Dicapai pada 13 Februari 2018.
  38. ^ a b "Gelaran Datuk penghargaan buat saya – Sheila". Utusan Malaysia. 25 Oktober 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 November 2008. Dicapai pada 26 November 2011.
  39. ^ a b Zaidi Mohamad (28 Oktober 2008). "Sheila gementar bergelar Datuk". Berita Harian. Dicapai pada 26 November 2011.

Pautan luarSunting