Filem Ali Setan yang mula ditayangkan dipawagam pada 16 Februari 1985 merupakan filem romantik komedi arahan pengarah terkenal Jins Shamsuddin, yang menggabungkan pelakon lelaki yang baru iaitu Azmil Mustapha dengan penyanyi popular Fauziah Ahmad Daud.

Ali Setan
Filem-Ali Setan.jpg
PengarahJins Shamsuddin
PenerbitHarun Hassan
PenulisJins Shamsuddin (lakon layar)
Dibintangi olehAzmil Mustapha
Fauziah Ahmad Daud
Izi Yahya
Liza Abdullah
Ebby Saiful
Shah Rezza
Sheila Majid
PengedarAmir Communications Sdn Bhd
BahasaBahasa Melayu
Rujukan Filemkita
Salah satu adegan antara Azmil dan Ogy.

SinopsisSunting

Kisah mengenai kenakalan seorang pelajar universiti bernama Ali. Dia sering mengusik pelajar-pelajar lain dan kerap menjadikan Asmidar sebagai mangsanya. Namun perasaan Asmidar berubah menjadi cinta. Tipah sepupu Ali cuba merebut Ali dengan mengaku dinodai oleh Ali.

PelakonSunting

 
Azmil Mustapha melakonkan watak Ali dalam filem ini.

Pelakon utamaSunting

Pelakon pembantuSunting

PencapaianSunting

Kedua-dua pelakon utamanya telah meraih anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-6, 1986. Selain itu filem ini telah memenangi beberapa kategori lain seperti Penyunting Terbaik (Johari Ibrahim), Penataan Muzik Terbaik (Adnan Abu Hassan) dan Lagu Terbaik iaitu "Debu Di Hati" yang telah dicipta oleh Azmi Ab Rahman. Cerita ini disambung dengan filem Ali Setan 2. Filem ini mendapat kutipan sebanyak RM 990,852 (RM 0.99 Juta).[1]. Pada waktu ditayangkan filem ini tidaklah begitu popular berbanding Filem Adik Manja yang menjadi fenomena sewaktu ditayangkan dan mendapat kutipan jauh lebih tinggi dari Filem Ali Setan iaitu sebanyak RM 3.5 Juta. Tetapi Tv swasta,TV3 sentiasa menayangkan filem Ali Setan setiap tahun menjadikan filem Ali Setan lebih popular di kaca tv.[2].

Lain-lainSunting

Colorfilm Sydney (Australia) ... Pasca Penerbitan