Datuk Adnan bin Abu Hassan (6 Januari 1959 – 18 Mac 2016)[1] merupakan seorang penerbit rakaman, penggubah lagu, penulis lirik, penyanyi dan pemuzik Malaysia. Beliau juga mempunyai tiga orang adik iaitu Azlan Abu Hassan, Azman Abu Hassan dan Azlina (Nina) Abu Hassan. Sebagai penerbit rakaman, beliau telah banyak menerbitkan lagu-lagu hit seperti "Sinaran" nyanyian Sheila Majid, "Janji Manismu" nyanyian Aishah dan "Jerat Percintaan" nyanyian Datuk Siti Nurhaliza.[2] Lagu ciptaan beliau yang cukup popular antaranya "Bunga-bunga Cinta", "Camar Yang Pulang" dan "Di Persimpangan Dilema"[3]

Datuk
Adnan Abu Hassan
AdnanAbuHassan.jpg
Adnan di belakang pentas konsert Kilauan Emas.
Latar belakang
Nama lahirAdnan bin Abu Hassan
Juga dikenali sebagai
Abang Dee
Kelahiran(1959-01-06)6 Januari 1959
Alor Star, Kedah, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Meninggal dunia18 Mac 2016(2016-03-18) (umur 57)
Hospital Selayang, Selayang, Selangor, Malaysia
GenrePop, R&B, Jazz
PekerjaanPenerbit rakaman, penggubah lagu, penulis lirik, penyanyi, pemuzik
InstrumenVokal, Gitar akustik
Tahun aktif1980 - 2016
Syarikat rakaman
WEA Records
Suria Records
Pengkarya berkait
Azlina Aziz, Sheila Majid, Jamal Abdillah, Aishah, Fauziah Latiff, Nora, Ziana Zain, Siti Nurhaliza, Liza Hanim, Dayang Nurfaizah, Misha Omar, Akademi Fantasia

Beliau telah memenangi Anugerah Wirama pada tahun 2010 pada Anugerah Industri Muzik ke-17 atas kejayaannya dalam bidang rakaman. Beliau telah menghembuskan nafas yang terakhir pada pagi 18 Mac 2016.

Kehidupan awal dan pendidikanSunting

Beliau dilahirkan pada 6 Januari 1959 di Alor Star, Kedah dan merupakan anak sulung daripada empat orang adik-beradik. Saudara lelakinya ialah Azlan Abu Hassan, Azman Abu Hassan dan adik perempuannya, Azlina Abu Hassan, juga bergiat aktif dalam industri muzik Malaysia. Beliau memegang ijazah sarjana muda dari Berklee College of Music di Boston, Massachusetts, Amerika Syarikat. Beliau memulakan kerjaya sebagai pensyarah di Universiti Teknologi MARA.

Kerjaya muzikSunting

Tidak lama selepas tamat pengajian, Adnan mula bekerja sebagai pemuzik dan penggubah susunan muzik untuk penerbitan album artis tempatan. Produksi pertama menampilkan beliau adalah untuk album Mata oleh Noor Kumalasari pada 1982. Setelah bekerjasama mencipta lagu untuk penyanyi yang telah mempunyai nama seperti Sudirman Arshad, Jay Jay, Aman Shah, Jamal Abdillah, Sheila Majid, Azlina Aziz dan Aishah, beliau dilantik sebagai Pengarah A&R (CBS Records - kini Sony Music Entertainment Malaysia). Setelah itu beliau dilantik Pengarah Urusan di Happy Records (1991-1995) dan Suria Records (1995-1998). Ketika itu juga Adnan bertanggungjawab menjenamakan semula penyanyi pop Fauziah Latiff dibawah Happy Records, dan kemudian menaikkan nama penyanyi baharu seperti Nora Ariffin, Siti Nurhaliza, Camelia, Liza Hanim, Dayang Nurfaizah dan Misha Omar pernah menjadi perantisnya sebelum melanjutkan kerjaya mereka sebagai penyanyi profesional.

Tidak lama kemudian dia menjadi Pengarah A&R BMG Music dan Delima Records sebelum dilantik sebagai Pengetua dan Pengarah Jam Music Centre, Penerbit Album dan Komposer yang juga Pengarah Kreatif bagi Jam / Treeman Corporation. Setelah terkenal sebagai komposer ternama, khidmat Adnan pernah digunakan oleh penyanyi terkenal seperti Ziana Zain, Ramlah Ram, Mas Idayu, Noraniza Idris, Erra Fazira dan bintang-bintang program TV realiti pada era 2000an. Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai pengarah di saluran Dunia Hiburan TV atau DHTV, milik MiTV selain bergelar tenaga pengajar di dalam program realiti Akademi Fantasia dan Kilauan Emas.

Kehidupan peribadiSunting

Adnan mendirikan rumah tangga dengan Sitti Aminah Datu Bachtiyal pada tahun 1994. Beliau berjumpa isteri beliau melalui sahabat dan artis baru ketika itu iaitu Hasnol yang popular dengan lagu Sudi Katakan Sudi. Isteri beliau adalah anak kepada ahli politik dan ahli perniagaan Datu Hj. Bachtiyal Datu Tambuyong dari Sandakan, Sabah. Mereka dikurniakan tiga orang anak, Aiman Zamir Bin Adnan(23)[1] [4][5][6], Aina Zamira Adnan(20)[7][8] dan Adrian Zahir Bin Adnan(18) dan ketika itu mereka bersama - sama anak mereka hidup bahagia di rumah agam milik mereka berdua di alamat No.3 Jalan Teratai, persiaran teratai 2, Sg. Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor.

Isteri beliau ( yang lebih dikenali dikalangan artissebagai Kak Min atau Sharmin Datu Bachtiyal) bersama beliau telah menubuhkan syarikat rakaman SRD VILLA RECORDS SDN.BHD. yang beroperasi di alamat No.3, Jalan Teratai, Persiaran Teratai 2, Studio SRD Villa, 43000, Sg.Ramal Dalam, Kajang, Selangor, Malaysia. Artis pertama yang diterbitkan di Studio SRD Villa Records(studio peribadi milik Datuk Adnan) dan bernaung dibawah BMG Music ialah Misha Omar (Album Bunga - Bunga Cinta) dan ramai lagi.

Syarikat rakaman SRD Villa Records adalah syarikat ulung beliau bersama isteri beliau (Sharmin Datu Bachtiyal). Dia bertanggungjawab sebagai Pengurus Artis- Artis keluaran SRD Villa Records antaranya Misha Omar, Arnieza Amir, Sheila Abdul dan banyak lagi. Album pertama yang diterbitkan dibawah label SRD VILLA RECORDS ialah SEHATI SEJIWA edaran FMC Records ″[9]Album ini menampilkan Datuk Adnan Abu Hassan bersama gabungan artis popular Aishah [10]dan artis-artis baru didikan Dato' Adnan Abu Hassan.

Sharmin adalah Pengurus Promosi dan Pemasaran untuk album keluaran SRD Villa Records. Setelah album penuh terbitan Datuk Adnan siap untuk artis - artis SRD Villa Records, album artis - artis ini akan dipasarkan dibawah naungan syarikat rakaman utama seperti BMG Music. Sony Music, EMI Music dan lain- lain. Sebagai Pengurus Artis[11] , beliau banyak menyumbang kepada kejayaan artis SRD Villa Records, antaranya Arnieza Amir telah berjaya merakamkan Lagu duet bersama Jeff Timmons (salah seorang anggota kumpulan 98 Degrees) di Studio rakaman American Studio,Los Angeles pada tahun 2004. Arnieza Amir yang ditemani oleh Pengurusnya Sitti Aminah Datu Bachtiyal dan Encik Firhad Ahmad (Pengarah urusan Zezz Entertainment) merakamkan 2 buah lagu duet iaitu "Be The One" dan "Over And Over". Kedua-dua buah lagu ini telah dimuatkan dalam album solo Jeff Timmons bertajuk "Whisper That Way"[12] Selaku Pengurus Pemasaran SRD Villa Records, beliau telah berjaya membawa artis rakaman mereka Arnieza Amir untuk persembahan dan kolaborasi dengan artis antarabangsa. Beliau (Sitti Aminah Datu Bachtiyal) mendapat persetujuan untuk Arnieza Amir tampil di showcase di Jim Brickman di Arena of Stars, Genting Highland, Malaysia. Arnieza Amir menjayakan showcase bersama pemain piano terkemuka Amerika Syarikat, Jim Brickman, dengan menyanyikan lagu Destiny bersama Jim Birckman.[13]

Perkahwinan hanya bertahan selama 13 tahun dan mereka bercerai pada tahun 2010.[2] Datuk Adnan telah berkahwin dengan janda anak dua iaitu Rozinorhafiza Bte Mohd.Fauzi. Perkahwinan mereka tidak dikurniakan sebarang anak. Mereka hidup bersama dengan dua orang anak tiri beliau di kondominium terletak di Gombak. Perkahwinan mereka hanya berlangsung selama 7 tahun kerana Datuk Adnan menghembuskan nafas pada 18hb Mac 2016 . Sebelum itu, jenazah Adnan dimandi, dikafankan dan disembahyangkan di Masjid Al-Falah Sungai Ramal Dalam.


DiskografiSunting

Klink disini untuk senarai Diskografi Adnan Abu Hassan


 
Sony Music

Anugerah dan pencapaianSunting

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
1986
Festival Filem Malaysia ke-6
Skor Muzik Terbaik
Muzik untuk filem "Ali Setan" Menang
1987
Festival Filem Malaysia ke-8
Muzik untuk filem "Rahsia" Menang
1989
Festival Filem Malaysia ke-9
Muzik untuk filem "Ujang" Tercalon
1993
Anugerah Juara Lagu ke-7
Kategori Pop Rock
Komposer untuk lagu "Sudi Katakan Sudi" oleh Hasnol Menang
Anugerah Industri Muzik Pertama
Album Terbaik
Penerbit untuk album "Epilog Memori Gelita" oleh Fauziah Latiff Tercalon
Lagu Terbaik
Komposer untuk lagu "Laguku Untukmu" oleh Hasnol Tercalon
1994
Anugerah Industri Muzik ke-2
Album Tradisional Terbaik
Penerbit untuk album "Zapin Panglima" oleh M. Daud Kilau Tercalon
1996
Anugerah Juara Lagu ke-11
Juara Keseluruhan
Komposer untuk lagu "Jerat Percintaan" oleh Siti Nurhaliza Menang
Kategori Balada
Menang
1997
Anugerah Industri Muzik ke-4
Lagu Terbaik
Menang
Festival Filem Malaysia ke-13
Skor Muzik Terbaik
Muzik untuk filem "Iman Alone" Tercalon
1998
Anugerah Industri Muzik ke-5
Album Terbaik
Penerbit untuk album "Puncak Kasih" oleh Ziana Zain Tercalon
Album Pop Terbaik
Menang
Penerbit untuk album "Siti Nurhaliza" oleh Siti Nurhaliza Tercalon
Lagu Terbaik
Komposer untuk lagu "Puncak Kasih" oleh Ziana Zain Tercalon
Anugerah Juara Lagu ke-13
Kategori Balada
Menang
1999
Anugerah Industri Muzik ke-6
Album Terbaik
Penerbit untuk album "Adiwarna" oleh Siti Nurhaliza Menang
Album Pop Terbaik
Menang
2000
Anugerah Industri Muzik ke-7
Penerbit untuk album "Pancawarna" oleh Siti Nurhaliza Tercalon
2001
Anugerah Industri Muzik ke-8
Penerbit untuk album "Kirana" oleh Nora Ariffin Menang
Penerbit untuk album "Istimewa" oleh Liza Hanim Tercalon
Penerbit untuk album "Kembali" oleh Intan Sarafina Tercalon
2002
Anugerah Industri Muzik ke-9
Penerbit untuk album "Aku Cintakan Mu" oleh Ziana Zain Tercalon
Penerbit untuk album "Safa" oleh Siti Nurhaliza Tercalon
2003
Anugerah Industri Muzik ke-10
Lagu Terbaik
Komposer untuk lagu "Bunga-bunga Cinta" oleh Misha Omar Tercalon
Anugerah Juara Lagu ke-18
Juara Keseluruhan
Menang
Kategori Balada
Menang
2004
Anugerah Media Hiburan 2003
Lagu Sepanjang Tahun
Menang
Anugerah Era 2004
Anugerah Carta Era
Komposer untuk lagu "Dambaan Pilu" oleh Khai Wahi Menang
2005
Anugerah Industri Muzik ke-12
Album Pop Terbaik
Penerbit untuk album "Aksara" oleh Misha Omar Tercalon
Anugerah Era 2005
Lagu Pop Pilihan
Komposer untuk lagu "Tiada Lagi Tangisan" oleh Aishah Tercalon
2007
Anugerah Industri Muzik ke-14
Album Pop Terbaik
Penerbit untuk album "Kurnia" oleh Aishah Tercalon
2008
Anugerah Industri Muzik ke-15
Anugerah Wirama
Pencapaian Sepanjang Hayat Menang
2009
Anugerah Industri Muzik ke-16
Album Terbaik
Penerbit untuk album "Lantera Timur" oleh Siti Nurhaliza Menang
Album Pop Etnik Terbaik
Menang

Anugerah Juara LaguSunting

Penyertaan sebagai Komposer Lagu yang ditebalkan adalah juara keseluruhanSunting

Tahun Kategori Judul Lagu Keputusan Lirik Penyanyi
1986 Terbuka "Perjalananku" Tercalon Seri Bayu Jamal Abdillah
digantikan oleh Azman Abu Hassan
1993 Pop Rock "Sudi Katakan Sudi" Menang Anoe Hasnol
1995 Balada "Di Persimpangan Dilema" Tercalon Elyna Nora Ariffin
1996 Balada "Jerat Percintaan" Menang Hani MJ & Othman Zainuddin Siti Nurhaliza
1998 Balada "Wajah Kekasih" Tercalon Hani MJ Siti Nurhaliza
"Puncak Kasih" Menang Maya Sari Ziana Zain
"Getaran Cinta Di Jiwa" Tercalon Hani MJ Liza Hanim
2003 Etnik Kreatif "Hasrat Perindu" Tercalon Kumang Mas Idayu
Balada "Bunga-Bunga Cinta" Menang Adnan Abu Hassan Misha Omar
2007 Etnik Kreatif "Kasihnya Balqis" Tercalon Mohariz Yaakup Aishah

Penyertaan sebagai ArtisSunting

Tahun Kategori Judul Lagu Keputusan Muzik & Lirik Nota
1992 Etnik Kreatif "Selasihku Sayang" Tercalon Taib Othman / Kasajiza Adnan Abu Hassan & Syaliaty Wahab

RujukanSunting

  1. ^ "Adnan Abu Hassan". Murai.com.my. Dicapai pada 5 Februari 2013.
  2. ^ “Saya masih sihat” – Adnan Abu Hassan The Rakyat Post (21 Mei 2015). Dicapai pada 21 Mei 2015.
  3. ^ Nor Atieyah Yusoff (16 April 2013). Adnan Abu Hassan masih punya magis Sinar Harian. Diperoleh pada 29 Mac 2014.
  4. ^ https://www.instagram.com/aimanzamir.wav/
  5. ^ https://www.linkedin.com/in/aiman-zamir-adnan-9b172b111/?originalSubdomain=my
  6. ^ http://www.macp.com.my/membership-listing.asp
  7. ^ https://www.instagram.com/ainazamira/
  8. ^ https://www.instagram.com/stories/highlights/18010641583148894/
  9. ^ http://fmcmusic.com.my/store/group/sehati-sejiwa/
  10. ^ Wan Aishah binti Wan Ariffin
  11. ^ https://www.linkedin.com/in/sharmin-bachtiyal-dhbasia16/?originalSubdomain=my
  12. ^ http://dutagemilang.blogspot.com/
  13. ^ http://dutagemilang.blogspot.com/

Pautan luarSunting