Noorkumalasari
NoorKumalasari (lahir Noor Kumalasari binti Mohamed Taib; 11 April 1956) merupakan salah seorang peragawati dari Malaysia sejak 1960-an, yang kemudian bergelar pelakon dan penyanyi yang terkenal pada 1970-an[nota 1] hingga 1990-an. Beliau juga merupakan anak kepada Datuk S. Roomai Noor dan Datin Umi Kalthum.[1] Beliau juga merupakan adik seayah Anita Sarawak.
Noorkumalasari | |
---|---|
![]() | |
Kelahiran | Noor Kumalasari binti Mohamed Taib 11 April 1956 |
Pekerjaan | Pelakon, penyanyi, peragawati |
Tahun aktif | 1960–1998, 2016–kini |
Pasangan |
|
Anak-anak | 4 |
Ibu | Datin Umi Kalthum |
Bapa | Datuk S. Roomai Noor |
Saudara |
|
Beliau telah berkahwin dengan Roslan Onn dan dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Abdul Qayyum.[2] Tetapi, perkahwinan itu tidak bertahan lama apabila mereka bercerai 10 tahun kemudian. Pada tahun 1990 pula, beliau telah bertemu dengan Wan Mohamad Yusof dan mereka telah bernikah walaupun timbul sedikit kontroversi ketika itu.[3] Mereka juga telah dikurniakan tiga orang anak iaitu Wan Amin Nurrashid, Wan Amni Nuruddin dan Wan Irfan Nurul Atiq.[4]
Selain berlakon dan menyanyi, beliau juga turut menjadi seorang pengacara seperti di Anugerah Juara Lagu 1987.
Kehidupan awal dan kerjayaSunting
Ibu beliau, Datin Umi Kalthum telah mendapat ilham untuk menamakannya sebagai "Noor Kumalasari" selepas memegang watak dengan nama tersebut dalam filem "Tangisan Ibu". Ketika Umi Kalthum sedang berlakon dalam filem tersebut, beliau masih lagi di dalam kandungan. Sebenarnya, Noor telah berlakon sewaktu usianya masih kecil dalam filem "Tunang Pak Dukun" pada tahun 1960 sebagai watak sampingan. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Perempuan Taman Petaling. Beliau juga bersifat pendiam tetapi amat suka bersolek. Perkara itu juga yang menyebabkan beliau menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang peragawati. Ketika di sekolah, beliau amat gemar untuk menyertai pertandingan ratu cantik dan pernah memenangi gelaran "Teen Princess" pada tahun 1974 bagi seluruh sekolah di Petaling Jaya serta gelaran "Ratu" bagi Sekolah Menengah Perempuan Taman Petaling. Beliau juga secara rahsia telah menjadi peragawati sambilan tanpa memberitahu ibu bapanya. Akhirnya, perkara itu diketahui oleh ibu dan bapanya serta telah diberi kata putus samada mahu meneruskan kerjayanya di bank atau menjadi seorang peragawati secara serius.
Ternyata keputusannya tetap untuk menjadi seorang peragawati. Beliau juga telah mendapat tawaran untuk memegang watak utama sebagai "Rohayu" dalam filem Menanti Hari Esok (OST dipopularkan oleh rakan seperjuangannya, Uji Rashid yang turut membuat penampilan istimewa dalam filem yang sama). Ini merupakan satu-satunya filem di mana Noor dan Uji berkongsi skrin yang sama di zaman kegemilangan mereka- era 70an; satu kenangan manis buat peminat-peminat kedua-dua bintang lagenda bermata galak dan cantik ini. [5]
DiskografiSunting
Album StudioSunting
- Kau Dalam Ingatanku (1978)
- Noor (1979)
- Aku Dan Dunia Seni (1980)
- Ke Mana Kubawa Diri (1981)
- Jangan Kau Kembali (1981)
- Mata (1982)
- Aku Di Sini ! (1984)
- Wajah (1985)
- Inilah Noor (1988)
Album PelbagaiSunting
- Album Hari Raya (1981)
- Anita & Noor (2000)
Album KompilasiSunting
Lagu-lagu PopularSunting
- Mata
- Selamat Pagi Sayang
- Aku Di Sini
- Terpikat
- Terpedaya
- Aku Dan Perasaan
- Istilah Cinta
- Lagu Dari Kamar
- Hati Seorang Kekasih
- Pulang Di Hari Raya
Selain menyanyi secara solo, Noor sering berduet dengan pasangan duetnya yang serasi iaitu Allahyarham Sudirman Haji Arshad. Mereka juga sering muncul bersama dalam rancangan hiburan seperti Puspawarna RTM di sekitar 1980-an. Antara lagu duet mereka yang popular ialah Bimbang Terluka Lagi, Melangkah Seiringan dan sebuah lagu Inggeris bertajuk Eat It. Menariknya, lagu Eat It merupakan lagu saduran daripada lagu Beat It oleh Michael Jackson. Selain itu, liriknya diubah sedikit dan berunsur komedi.
FilemografiSunting
FilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1960 | Tunang Pak Dukun | Anak Lebai Din | Filem ini merupakan filem pertama yang dilakonkan oleh beliau sebagai pelakon kanak-kanak. |
1961 | Puteri Gunong Ledang | ||
1970 | Tuah Badan | ||
1971 | Putus Sudah Kaseh Sayang | Setiausaha Tuan Rostam | |
1975 | Paper Tiger | Ruby | Filem Hollywood bersama David Niven |
1977 | Menanti Hari Esok | Rohayu | Filem ini merupakan filem pertama beliau sebagai watak utama. |
1979 | Tuan Badul | Nor | |
Tiada Esok Bagimu | Noraimy | ||
1980 | Adik Manja | Cikgu Sharina | |
1981 | Abang | Mona | |
Mangsa | |||
1982 | Esok Untuk Siapa | Jamilah/Milah | |
Penentuan | Zuraidah | ||
1984 | Matinya Seorang Patriot | Yohanis | |
1987 | Rahsia | Ramlah | |
Misteri Rumah Tua | Salmi | Filem seram ini merupakan usahasama Malaysia-Indonesia. | |
1990 | Mira Edora | Hapipah | |
1991 | Bayangan Maut | Inspektor Farah | |
1992 | Penghujung Malam | Sofia | |
1998 | Silat Legenda | Mona (suara) | |
2018 | Arjana | Ibu Ezra | Filem pendek |
DramaSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1974 | Insaf | TV1 | ||
1984 | Berteduh Di Sebalik Wajahmu | |||
1988 | Primadona | Noorlia | Drama ini pernah ditayangkan di Indonesia | |
1991 | Duri-duri Bahagia | Andriana | ||
1992 | Pak Din K.K | Sitkom | ||
1993 | Tanah Manisah | TV3 | ||
2016 | Rumi & Jawi | Astro Prima | Penampilan khas | |
2017 | Kisah Dari Mekah | Umi Kalthum | Astro Oasis | Episod: "Pintu No. 9" |
TelefilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
1993 | Antara Dua Bayang | TV3 | |
2017 | Pintu No. 9 Masjid Nabawi | Umi Kalthum | Astro Citra |
TelevisyenSunting
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
1979 | Dwi Puspa: Sudirman & Noor Kumalasari | Dirinya sendiri | TV1 |
1984 | Puspawarna: Noor Kumalasari | ||
Puspawarna: Dari Sebuah Bilik | |||
1987 | Anugerah Juara Lagu ke-2 | Pengacara | TV3 |
1992 | Irasuria: Noorkumalasari | Dirinya sendiri | TV1 |
1994 | Mikroskop | Tetamu jemputan | TV3 |
2017 | JoMovie | Astro Citra | |
2019 | Tanya Cik Man | Astro Oasis | |
2020 | Next To Neelofa (Musim 1) | Astro Ria | |
2021 | Pung Pang Rizalman (musim 2) | ||
Melodi | TV3 |
Anugerah dan penghargaanSunting
Anugerah Seri AngkasaSunting
Tahun | Kategori | Karya | Hasil |
---|---|---|---|
1974 | Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Drama TV) | Insaf | Menang |
1984 | Pelakon Wanita Terbaik (Drama TV) | Berteduh Di Sebalik Wajahmu | Menang |
1991 | Duri-duri Bahagia | Menang |
Festival Filem MalaysiaSunting
Tahun | Kategori | Karya | Hasil |
---|---|---|---|
1980 | Pelakon Wanita Terbaik | Adik Manja | Tercalon |
1981 | Abang | Tercalon | |
1982 | Penentuan | Tercalon | |
1987 | Rahsia | Tercalon |
Anugerah Bintang Popular Berita HarianSunting
Tahun | Kategori | Keputusan |
---|---|---|
1987 | Pelakon Filem Wanita Popular | Tercalon |
1988 | Tercalon | |
1991 | Tercalon | |
2017 | Anugerah Sepanjang Hayat | Menang |
CatatanSunting
- ^ Beliau mula aktif pada tahun 1960 sejak berlakon dalam filem Tunang Pak Dukun.
RujukanSunting
- ^ Miraks (19 Julai 2007). "Noorkumalasari - Suka Bergaya Sejak Kecil". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-05. Dicapai pada 13 September 2012.
- ^ Miraks (19 Julai 2007). "Noorkumalasari - Memang Berbakat". Dicapai pada 29 September 2012.[pautan mati kekal]
- ^ Miraks (19 Julai 2007). "Noorkumalasari - Cinta Sejati". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-05. Dicapai pada 29 September 2012.
- ^ Wahida Asrani (28 Mac 2008). "Noor Kumalasari: Saya bukan Ustazah..." mStar Online. Dicapai pada 29 September 2012.
- ^ Miraks (19 Julai 2007). "Noorkumalasari - Derita Hati Ku Tanggung Sendiri". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-05. Dicapai pada 29 September 2012.