Anak Sena
Anak Sena ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 arahan oleh Bahri Uma, di bintangi oleh Ben Amir, Ruzaidi Abdul Rahman dan Hadi Putra. Siri ini memulakan tayangan di Slot Lestary, TV3 26 Ogos 2021 menggantikan Hello, Jangan Tapau Cintaku. [1][2]
Anak Sena | |
---|---|
Genre | |
Ditulis oleh | MF Kencana Irdeena Nur Humaira |
Pengarah | Bahri Uma Bajuri |
Dibintangi oleh |
|
Lagu pembukaan | Bukan Aku - Daniel Chuer |
Lagu penutup | Teguh Mimpi - Lakaa Idris |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 8 Episod |
Penerbitan | |
Penerbit | Jaja Ishak |
Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | Kembara Sufi Production |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 (Slot Lestary) Disney+ Hotstar Malaysia |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 26 Ogos 2021 – 8 September 2021 |
Kronologi | |
Mengikuti | Hello, Jangan Tapau Cintaku |
Diikuti oleh | Kekasih Hati Mr Bodyguard (sambungan) |
Siri ini juga turut ditayangkan menerusi laman penstriman Disney+ Hotstar pada 12 jam awal sebelum penayangan di saluran yang dinyatakan.
Sinopsis
suntingMengisahkan tentang Sena, tok batin keturunan orang asli yang tinggal di pedalaman hutan. Sebagai ketua kampung, selain mempelajari ilmu hutan, Sena mahukan keturunannya bersekolah dan berpendidikan. Impiannya untuk melihat anak orang asli berjaya dan dia cuba membuktikannya melalui anaknya Wadi. Setiap hari Sena akan memandu bot membawa anaknya dan sejumlah murid-murid dari kampungnya meredah sungai Hulu Tembeling ke sekolah. Selesai waktu persekolahan, Sena akan membawa Wadi masuk ke hutan untuk memburu binatang dan mencari makanan, tumbuhan, akar kayu, rotan dan belajar ilmu hutan. Bagi Sena, anak-anaknya dan anak anak orang asli di bawah jagaannya perlu mendapat ‘ilmu hutan’ dan ‘ilmu sekolah’.
Cikgu Amir merupakan guru baharu di sekolah tempat Wadi bersekolah. Cikgu Amir rasa tercabar dengan sikap Wadi yang sambil lewa dan tidak berminat dalam pelajaran. Namun minat dan bakat Wadi terhadap bola sepak berjaya mengubahnya. Namun, selepas berlakunya insiden salah faham dengan Cikgu Amir, Wadi tidak mahu pergi ke sekolah lagi. Setelah dipaksa oleh Sena, Wadi berpura-pura pergi ke sekolah sehinggalah terjadinya insiden yang mengakibatkan dia bertindak melarikan diri dari rumah. Kehilangannya merisaukan Sena dan ibunya Kiambang sehinggalah Sena nekad untuk mencarinya.
Pelakon
sunting- Ruzaidi Abdul Rahman sebagai Sena
- Ben Amir sebagai Cikgu Amir
- Hadi Putra sebagai Wadi
- Shasha Abedul sebagai Fatin
- Nadia Aqilah sebagai Kuntum
- Farah Ahmad sebagai Kiambang
- Danial Mustaqim sebagai Tembusu
- Bazruzainizam Abu Bakar sebagai Pipit
- Danish Zamri sebagai Akar
- Lan Siro sebagai Jati
- Norshahira Malik sebagai Cikgu Amira
- Syarafi Sudarmaji sebagai Fitri
- Sera Melissa Sebagai Syahirah
- Danish Iskandar sebagai Karim
- Akmal Ahmad sebagai Apai
- Edaman Othman sebagai Che Mat
- Adzim Hariz sebagai Hamid
- Muhammad Habeeb Syafuan sebagai Wadi (Dewasa)
- Azwan Ali sebagai Abu Seman
- Rashidah Jaafar sebagai Joyah
Penerbitan
suntingAKHIR bulan lalu tular sebuah produksi drama Angkara Cinta yang didakwa merosakkan fosil berusia jutaan tahun serta bahagian dinding Gua Matsoorat, Ipoh ketika sedang menjalani penggambaran.
Belum pun reda isu terbabit, produksi Kembara Sufi Production pula terkena tempias isu yang sama apabila drama terbitan pihaknya iaitu Anak Sena didakwa telah melakukan kerosakan hutan di Taman Negara, Pahang.
Walau bagaimanapun, penerbit drama berkenaan, Jaja Ishak menafikan sekeras-kerasnya dakwaan terbabit dan memaklumkan sepanjang 12 hari kru produksi ‘berkampung’ di lokasi, mereka turut dipantau pihak agensi kerajaan di lokasi berkenaan. [3]
Rujukan
sunting- ^ Drama Anak Sena. MyInfoTaip. Dicapai 25 Ogos 2021
- ^ Siti Athirah Dzulkifli (2 September 2021). "Anak Sena papa sisi berbeza". Utusan. Dicapai pada 10 September 2021.
- ^ Anna Mohammad (19 April 2021). "Giliran produksi Drama Anak Sena pula dituduh rosakkan hutan, ini jawapan penerbit". UtusanTV. Dicapai pada 10 September 2021.