Data (kumpulan muzik)

Data merupakan sebuah kumpulan rock yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rock Melayu.

Data
Album Tunduk Mengalah Kumpulan Data
Latar belakang
Juga dikenali sebagai
Dari Utara
Berasal dariPulau Pinang Pulau Pinang, Malaysia Malaysia
GenreSlow rock, balada, pop rock
PekerjaanKugiran
Tahun aktif1992–kini
Syarikat rakaman
Happy Records, MVM
Pengkarya berkait
Eddie Hamid, Afiq Shyami
AhliShidi (vokal)
Ayie (gitar utama)
Haniff (gitar kedua)
Shahril (bes)
Matt (dram)

Latar belakang sunting

Berasal dari Pulau Pinang[1], Data (singkatan kepada "Dari Utara") pada awalnya dianggotai enam orang tetapi yang kekal hanya empat saja iaitu Rashidi Rashid selaku penyanyi, Matt selaku pemain dram, Shahril Kuzairi selaku pemain bes dan Mohd Hanif (gitar utama).[2]

Data mula menempa nama di persada muzik tanah air setelah berjaya melahirkan album hit Sayu, diikuti album kedua Tunduk Mengalah, Kasihku Tetap Abadi album ketiga dan Rahsia Kesabaranku album keempat.

Meskipun kugiran ini kurang menonjol dan jarang diangkat sebagai personaliti hiburan yang popular disebabkan kesibukan mereka sebagai penghibur kelab malam, namun lagu-lagu mereka mendapat tempat secara meluas. Antara lagu-lagu hit Data dan popular sehingga ke hari ini seperti Nyanyian Rindu Buat Kekasih, Tunduk Mengalah, Permaisuri, Mengulit Kenangan, Ku Menanti Ku Menangis, Sayangku dan yang paling terbaru Bila Sudah Sayang (2019).

Data kini sedang merancang untuk menghasilkan album penuh terbaru di bawah label syarikat rakaman MVM yang dinaungi mereka dan dijangkakan akan tetap mengekalkan konsep lagu-lagunya yang terdahulu.

Barisan keanggotaan sunting

  • Shidi (penyanyi)
  • Ayie (gitar utama)
  • Haniff (gitar kedua)
  • Sharil (bes)
  • Matt (dram)

Diskografi sunting

Album-album studio sunting

  1. Sayu (1994)
  2. Tunduk Mengalah (1997)
  3. Kasih Ku Tetap Abadi (1998)
  4. Rahsia Kesabaran Ku (2002)
  5. Syasyalyana (2012)

Album-album kompilasi sunting

  1. Best Of Data (1999)
  2. Lagi Best Data 5 (2000)
  3. Tunduk Mengalah (Special Edition) (2006)
  4. Satu Persoalan (2007)
  5. Nangis Beb! (2010)
  6. Sayangku (2015)
  7. Bila Sudah Sayang (2019)

Rujukan sunting

  1. ^ "Kompilasi terbaru Data mengancam". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-13. Dicapai pada 2018-09-13.
  2. ^ Usaha popularkan Sayangku

Pautan luar sunting