Nur Muhammad Alieff Ayub atau lebih dikenali sebagai Nomad (lahir 9 Mac 1988) ialah seorang penyanyi, pelakon dan penulis lagu lelaki Malaysia.[1][2] Kerjayanya bermula selepas menyertai rancangan Keynote di Astro Ria. Selain itu, beliau juga terkenal dengan lagunya "Tetap Menantimu" dilancarkan pada April 2013 dan jadi OST drama Love You Mr. Arrogant pada September pada tahun sama.[3][4] Pada tahun 2020, beliau merupakan salah seorang daripada 14 peserta Gegar Vaganza musim ketujuh.[5]

Nomad
Nama lahirNur Muhammad Alieff bin Ayub
Kelahiran (1988-03-09) 9 Mac 1988 (umur 36)
Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
GenrePop, balada
PekerjaanPenyanyi, komposer, penulis lirik, penerbit rakaman, pelakon
InstrumenVokal
Tahun aktif2010–kini
Pengkarya berkait
Dayah Bakar
PasanganFarah Wahidah Hassan (k. 2023)

Kerjaya sunting

Nomad memulakan kerjaya muziknya dengan menjadi salah seorang peserta rancangan Keynote yang bersiaran di Astro Ria pada 2010. Beliau mula meraih kemasyhuran dalam industri muzik menerusi single sulungnya, "Tetap Menantimu" yang dijadikan sebagai lagu tema drama Love You Mr. Arrogant yang dibintangi oleh Azlee Khairi dan Zara Zya.[6]

Beliau juga pernah berlakon dalam telefilem Salah Susuk Raya (2015) yang dibintangi oleh Bocey, Kilafairy dan Syatilla Melvin. Pada tahun 2016, Nomad berduet bersama Dayah Bakar menerusi lagu "Lebih Dari Terindah".[7][8][9]

Gegar Vaganza 2020 sunting

Nomad ialah salah seorang daripada 14 peserta Gegar Vaganza musim ketujuh yang turut disertai oleh Muss, Yantzen, Ashira, Cliff Umar dan Noraniza Idris.[10] Beliau hanya bertahan selama lima minggu apabila tersingkir selepas mendapat markah paling terendah.[11] Berikut ialah senarai persembahan beliau:

Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza 2020
Konsert Tema Lagu Penyanyi asal Kedudukan
Minggu 1 Grand Konsert "Tetap Menantimu" Nomad Ke-5
Minggu 2 Sama Naik "Bila Tiba" Ungu Ke-3
Minggu 3 Cuba Try Test "Aku Skandal" Hujan Ke-8
Minggu 4 Lagu Berhantu "Rahasia Perempuan" Ari Lasso Ke-11
Minggu 5 Tahu Tahu Sampai "Kasih Latifah" Spider Tersingkir

Diskografi sunting

Single
Tahun Tajuk Catatan
2013
"Tetap Menantimu"
2014
"Menagih Cintamu"
2015
"Dia"
"Sorry, Sorry Sayangku"
2016
"Lebih Dari Terindah"
duet bersama Dayah Bakar
2020
"Tanda Setia"

Filemografi sunting

Drama
Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2015 Ema Emyliana (musim 3) Dirinya sendiri TV3
2023 Rindu Darul Iman Iman TV Okey
Telefilem
Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2015 Salah Susuk Raya Dirinya sendiri Astro Citra

Rujukan sunting

  1. ^ Khadijah Ibrahim (24 November 2015). "Nomad tidak menyesal". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-01-06. Dicapai pada 13 Disember 2015.
  2. ^ Syafil Syazwan Jefri (17 November 2020). "Nomad kian matang". Harian Metro. Dicapai pada 20 November 2020.
  3. ^ Norhayati Nordin (20 September 2015). "Nomad sudah sedia giat serius". Harian Metro. Dicapai pada 24 Oktober 2015.
  4. ^ "Kembali dengan semangat baharu". Berita Harian. 22 Julai 2018. Dicapai pada 16 November 2018.
  5. ^ Fiza Kamarudin (30 September 2020). "Rasa rugi hilangkan diri lima tahun dari industri, Nomad kembalikan keyakinan sertai GV7". Astro Gempak. Dicapai pada 24 Oktober 2020.
  6. ^ Nor Akmar Samudin (5 Disember 2015). "Nomad bunuh rasa takut". Harian Metro. Dicapai pada 5 Disember 2015.
  7. ^ Zaidi Mohamad (16 Julai 2018). "Nomad tidak pernah merajuk". Berita Harian. Dicapai pada 24 Oktober 2018.
  8. ^ Zaidi Mohamad (16 Oktober 2016). "Nomad hasilkan single baharu". Berita Harian. Dicapai pada 24 Oktober 2016.
  9. ^ Syafil Syazwan Jefri (29 Ogos 2016). "Nomad tampil berduet". Harian Metro. Dicapai pada 16 November 2016.
  10. ^ Nur Asyikin Mayudin (29 September 2020). "Nomad pendam hasrat kembali aktif bidang nyanyian, teruja sertai Gegar Vaganza - "Saya tak hilang, cuma tak aktif"". mStar Online. Dicapai pada 24 Oktober 2020.
  11. ^ Fiza Kamarudin (8 November 2020). "Nomad tinggalkan pentas GV7, 18% perbezaan markah dengan Yantzen". Astro Gempak. Dicapai pada 10 November 2020.

Pautan luar sunting