Yantzen Juniwan (lahir 2 Disember 1958) merupakan seorang penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura. Beliau terkenal sebagai vokalis kumpulan rock Rusty Blade.[1] Pada tahun 2020, beliau merupakan salah seorang daripada 14 peserta Gegar Vaganza musim ketujuh.[2]

Yantzen
J Yantzen.jpg
Album solo pertama Yantzen
Latar belakang
Nama lahirYantzen bin Juniwan
Juga dikenali sebagai
Yantzen
Kelahiran (1958-12-02) 2 Disember 1958 (umur 61)
Singapura
GenreRock / Heavy metal
PekerjaanPenyanyi / Pelakon
InstrumenVokal
Tahun aktif1978–kini
Pengkarya berkait
Rusty Blade / May

KerjayaSunting

Yantzen dikatakan pernah pernah tinggal dikawasan Jurong. Beliau merupakan penyanyi utama Rusty Blade akhir 1980-an. Kumpulan yang berasal dari Singapura itu pernah muncul dengan album 786 Ikrar Perwira (1986), Rintangan Hidup Dunia (1987), Berat (1988) dan Awas (1989). Album terakhir mereka sebelum menyepi dari industri muzik tempatan adalah album Awas pada 1989. Yantzen dikatakan pernah membuka sebuah kedai jualan kaset di Joo Chiat Complex (Singapura).

Meneruskan kerjaya sebagai penyanyi selepas Rusty Blade tidak lagi aktif, Yantzen menghasilkan album solo pertamanya berjudul Lain Dulu Lain Sekarang pada tahun 1991. Lagu hit dari album ini berjudul Insan ciptaan Nathan dan lirik oleh Allahyarham Juwie menjadi siulan ramai, sekali gus melonjakkan namanya sebagai antara penyanyi rock solo yang diminati hingga kini.

Pada tahun 1992 hingga tahun 1995 Yantzen menganggotai May sebagai vokalis menggantikan tempat Mus yang menubuhkan kumpulan baru, Strangers.[3]

Nama Yantzen menjadi popular semula pada 2005 apabila beliau menyertai album projek Semangat Zaman bersama lima vokalis rock ternama lain iaitu Rahim Maarof, Aris Ariwatan, Joey Bumiputra Rockers, Mus May dan Nash. Hubungan Yantzen dengan kumpulan May juga terjalin semula pada 2005 apabila beliau diundang membuat persembahan bersama kumpulan itu di Planet Hollywood, Kuala Lumpur.

Pada tahun 2009, Yantzen merupakan salah seorang penyanyi yang muncul dalam album kompilasi Rock Rohani yang turut menampilkan pelakon Razak Ahmad.[4]

Gegar Vaganza 2020Sunting

Yantzen ialah salah seorang daripada 14 peserta Gegar Vaganza musim ketujuh yang turut disertai oleh Mus May, Haslinda, Noraniza Idris dan lain-lain. Beliau sebelum ini telah menolak untuk menyertai rancangan itu sebanyak dua hingga tiga kali. Berikut ialah senarai persembahan beliau:

Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza 2020
Konsert Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 Grand Konsert "Tiada Lagi Aku" & "Insan" Dirinya sendiri Ke-3
Minggu 2 Sama Naik "Duit" Kembara Ke-14
Minggu 3 Cuba Try Best "Malam Ini Kita Punya" Bunkface Ke-2

Kehidupan peribadiSunting

Yantzen pernah bernikah dengan seorang dramatis, Sharifah Haslinda (Lynn), di kediaman pelakon tersebut di Taman Setia, Gombak, Selangor pada 9 Julai 1994.[5] Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Aliff Ronan.[6] Yantzen dan Lynn akhirnya bercerai pada 2004 setelah lebih kurang 10 tahun hidup bersama.[7]

DiskografiSunting

Rusty BladeSunting

  • 786 Ikrar Perwira (1986)
  • Rintangan Hidup Dunia (1987)
  • Berat (1988)
  • Awas (1989)

MaySunting

  • Ziet Geist (1992) - lagu hit "Meniti Suratan"
  • Wira Cyborg (1994) - lagu hit "Suci" dan "Tiada Lagi Berseri"
  • Ideologi (1995)
  • Layar (1995)
  • Rock Klasik (2008)

Album soloSunting

  • Lain Dulu Lain Sekarang (1991)
  • Impian (1994)

Album lainSunting

  • Semangat Zaman (2005) - bersama Aris Ariwatan, Rahim Maarof, Joey Bumi Putra Rockers, Mus May dan Nash Lefthanded
  • Rock Rohani (2009)

FilemografiSunting

Yantzen bersama May pernah membintangi filem Penyu pada tahun 1994. Watak mereka adalah sekumpulan anak muda yang bekerja di chalet tepi laut. Turut berlakon ialah aktres Susan Manen dan pelawak Jaafar Onn.

RujukanSunting

  1. ^ Mohd Al Qayum Azizi (2 September 2014). Yantzen terima hakikat sudah tidak popular mStar Online. Diarkib daripada yang asal pada 18 Disember 2016. Dicapai pada 23 Oktober 2014.
  2. ^ Dua, tiga kali tolak sertai Gegar Vaganza, Yantzen akhirnya masuk Berita Mediacorp. 4 Oktober 2020. Dicapai pada 23 Oktober 2020.
  3. ^ Abd Aziz Itar dan Mohd Ifqdar Abd. Rahman (7 Jun 2011). Bangga teruskan vokal MAY Utusan Malaysia. Diarkib daripada yang asal pada 23 Februari 2015. Diperoleh pada 23 Oktober 2011.
  4. ^ Shazryn Mohd Faizal (16 April 2009). Perjuangan rohani Yantzen, Razak Utusan Malaysia. Diarkib daripada yang asal pada 31 Mac 2016. Diperoleh pada 23 Oktober 2009.
  5. ^ Perkahwinan Yantzen & Sharifah Haslinda (1994) Arkib Negara X. Diperoleh pada 23 Oktober 2011.
  6. ^ Wahiduzzaman (23 Januari 2012). Yantzen sudah terbiasa menduda mStar Online. Dicapai pada 23 Oktober 2012.
  7. ^ Khadijah Ibrahim (12 Oktober 2004). LYNN - Bercerai bukan berakhir kehidupan Utusan Malaysia. Diarkib daripada yang asal pada 23 Februari 2015. Diperoleh pada 23 Oktober 2011.

Pautan luarSunting