Maya Matahari

Meyanaliza Ruslee atau lebih dikenali sebagai Maya Matahari atau Mya Ruslee (13 Mei 1976 – 18 Mac 2020) ialah seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia.[3] Beliau terkenal menerusi lagu "Matahari" dari album pertamanya dengan bertajuk sama. Pada tahun 2018, beliau membuat penampilan semulanya dalam rancangan TV realiti Gegar Vaganza musim kelima.

Maya Matahari
Nama lahirMeyanaliza binti Ruslee
Juga dikenali sebagai
Mya Ruslee[1][2]
Kelahiran(1976-05-13)13 Mei 1976
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Meninggal dunia18 Mac 2020(2020-03-18) (umur 43)
Hospital Sungai Buloh, Sungai Buloh, Selangor
Genre
PekerjaanPenyanyi, pelakon
InstrumenVokal
Tahun aktif1994–2020

KerjayaSunting

Beliau menceburi bidang seni apabila mula melancarkan album pertama beliau pada 25 Mac 1995 yang berjudul "Satu Jam Lagi" dengan lagu popular yang bertajuk Matahari. Dua buah album kemudian menyusul dalam kerjaya seni beliau iaitu "Diari Biru" dan "Mata".[4] Selain itu, beliau turut menceburi bidang lakonan sama ada layar perak dan pementasan. Selepas kejayaan beliau berlakon dalam filem Gemerlapan pada tahun 1997, diberi peluang berlakon teater Nyiur Gading Puncak Mahligai, Uda & Dara, Seruan Damai dan Hotel Malaya serta banyak lagi drama dan sitkom televisyen.[5] Beliau juga merupakan pelakon pengalih suara Bahasa Melayu bagi watak Sakura dalam siri animasi Jepun, iaitu Cardcaptor Sakura.

Pada tahun 2018, beliau membuat kemunculan kembali dengan lagu terbaru "Perlu Ada Setia" dan pada masa yang sama menjadi peserta Gegar Vaganza musim kelima.[petikan diperlukan]

Gegar Vaganza 2018Sunting

Maya merupakan salah seorang peserta Gegar Vaganza musim kelima pada 2018. Beliau telah memenangi tempat kelima sekaligus membawa pulang wang tunai sebanyak RM15,000. Beliau sebelum ini juga pernah memohon untuk menyertai Gegar Vaganza sebanyak 4 kali, namun ditolak sebelum diterima sebagai peserta musim kelima.[6][7][8] Berikut ialah senarai persembahan beliau:

Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza (musim 5)
Konsert Tema Lagu tugasan Penyanyi asal Kedudukan Keputusan
Minggu 1 Oh Dia Ke? "Matahari" Dirinya sendiri Ke-2 SELAMAT
Minggu 2 Dalam Diam Aku Mencintaimu "Hilangkan Segalanya" Farawahida Ke-8 SELAMAT
Minggu 3 Lain Macam "I Have Nothing" Whitney Houston Ke-6 SELAMAT
Minggu 4 Bergegar Bergabung "Bujang Senang" (duet bersama Tia Jinbara) Wings Ke-5 SELAMAT
Minggu 5 Lama Tak Dengar "Sekadar Di Pinggiran" Francissca Peter Ke-7 SELAMAT
Minggu 6 Terbaik, Bos! "Hatinya Tak Tertahan" Noraniza Idris Ke-5 SELAMAT
Minggu 7 Road To Final Pusingan 1: "Tiada Kepastian"
Pusingan 2: "Ikut Rentakku"
Ziana Zain
Jaclyn Victor
Ke-5 SELAMAT
Minggu 8 Final Round Duet Platinum: "Nisan Cinta" (duet bersama Ernie Zakri)
Battle (Hip Hop): "Teman Pengganti" (bersama Amelina)
Siti Nordiana & Jaclyn Victor
Malique & Black Hanifah
Pertama
Ke-2
TEMPAT KELIMA

Kehidupan peribadiSunting

Beliau telah berkahwin pada 26 Jun 2009 dengan Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz dan perkahwinan mereka hanya bertahan selama 6 tahun apabila bercerai Ogos 2015. Pasangan ini tidak mempunyai cahaya mata.[9]

KematianSunting

Beliau meninggal dunia pada 18 Mac 2020 di Hospital Sungai Buloh, Sungai Buloh, Selangor akibat penyakit kanser tisu pada usia 43 tahun. Beliau disahkan menghidap kanser tisu selepas menyertai Gegar Vaganza 5 dan pernah menjalani rawatan di China.[10][11][12][13]

DiskografiSunting

Album studioSunting

Album miniSunting

SingleSunting

  • "Satu Jam Lagi"
  • "Diari Biru"
  • "Matahari"
  • "Si Dia"
  • "Diari Biru 2"
  • "Perlu Ada Setia"

FilemografiSunting

FilemSunting

TelefilemSunting

  • Misteri Banglo Putih (2002)
  • Kordi & Kornah (2002)
  • Pusaraku Pelamin Ayah (2006)
  • Mek Salmah Dari Scotland (2007)
  • Kepok & Nisan (2010)
  • Menantu Saat Adik Supiat (2015)
  • Jatuh Cinta Buta (2016)

DramaSunting

AnimasiSunting

RujukanSunting

  1. ^ Najiy Jefri (8 Oktober 2018). ""Panggil saya Mya Ruslee"". Harian Metro. Dicapai pada 8 Oktober 2018.
  2. ^ Rafiq Mazlan (8 Oktober 2018). ""Tolong Panggil saya Mya Ruslee, Bukan Maya Matahari" - sebab ramai keliru nak panggil mana satu". Media Hiburan. Dicapai pada 17 Mac 2019.
  3. ^ Zaidi Mohamad (29 Mei 2015). "Maya Matahari pendam rasa". BH Online. Dicapai pada 29 Mei 2015.
  4. ^ "Biodata Penuh Maya Matahari". Iluminasi. 4 Oktober 2018. Dicapai pada 4 Oktober 2018.
  5. ^ "MAYA - Berserah pada nasib". Utusan Malaysia. 26 Januari 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-08. Dicapai pada 17 Mac 2013.
  6. ^ Zaidi Mohamad (12 Oktober 2017). "Maya tak pergi uji bakat GV4". Berita Harian. Dicapai pada 19 Jun 2018.
  7. ^ Zaidi Mohamad (15 November 2016). "Mya sokong Gegar Vaganza dari jauh". Berita Harian. Dicapai pada 19 Jun 2018.
  8. ^ Zaidi Mohamad (15 Oktober 2015). "Bukan rezeki saya masuk Gegar Vaganza: Maya". Berita Harian. Dicapai pada 19 Jun 2018.
  9. ^ "Digantung tak bertali". Utusan Malaysia. 7 Ogos 2015. Dicapai pada 7 Ogos 2015.
  10. ^ "Maya Matahari meninggal dunia". Harian Metro. 18 Mac 2020. Dicapai pada 18 Mac 2020.
  11. ^ "Maya Matahari meninggal dunia akibat kanser tisu". mStar Online. 18 Mac 2020. Dicapai pada 18 Mac 2020.
  12. ^ "Maya Matahari meninggal dunia". Astro Gempak. 18 Mac 2020. Dicapai pada 18 Mac 2020.
  13. ^ "Maya Matahari meninggal dunia akibat kanser". Free Malaysia Today. 18 Mac 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-03-19. Dicapai pada 18 Mac 2020.

Pautan luarSunting