Mazlila binti Mazlan, lebih dikenali sebagai Maz (lahir di Johor Bahru, Johor, 21 April 1972; umur 48 tahun) merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia. Beliau mula meraih kemasyhuran dalam bidang muzik pada 1990-an selepas bakatnya dicungkil oleh komposer ternama, Adnan Abu Hassan seterusnya mengikat kontrak bersama Suria Records dan telah menerbitkan empat album solo dan satu album kompilasi.

Mazleela
Nama lahirMazlila binti Mazlan
Juga dikenali sebagai
Maz
Kelahiran (1972-04-21) 21 April 1972 (umurĀ 48)
Johor Bahru, Johor, Malaysia
GenrePop
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif1995-kini
Syarikat rakaman
Suria Records (1995-2005)

Kerjaya muzikSunting

Mazleela, mesra dengan panggilan Maz memulakan kerjaya muzik pada 1995 apabila Adnan Abu Hassan (yang menjadikan Siti Nurhaliza dan Nora antara nama besar dalam industri muzik) menggilap bakatnya kerana Adnan yakin dengan bakat yang dimiliki oleh Maz.

Di bawah bimbingan Adnan, beliau mengikat kontrak bersama Suria Records dan seterusnya muncul bersama album pertama, Deraan Kasih (1995) dan merakamkan empat lagi album di bawah SRC. Namanya mula melonjak naik menerusi lagu "Tabah" yang dimuatkan dalam album kompilasi pertamanya, The Best Of Mazleela (2002). Beliau meninggalkan SRC pada 2005 dan sejak itu beliau pernah menyanyi di Istana Johor.

Gegar Vaganza (Musim 6)Sunting

Beliau menjadi salah seorang peserta dalam program realiti Astro, Gegar Vaganza musim keenam pada tahun 2019, turut disertai oleh Noorshila Amin, Nur Fatima, Tahir "Jatt" Ali dan Sham Visa antara peserta lain.[1][2] Beliau menjadi peserta pertama yang tersingkir.[3] Berikut di bawah ialah senarai persembahan beliau di Gegar Vaganza 6:

Konsert Tema Lagu Penyanyi asal #
Minggu 1 Lagu Ke Artis? "Tabah" Mazleela Ke-13

(Terselamat)

Minggu 2 CarMa (Cari Makan) "Apa Khabarmu Di Sana" Ramlah Ram Tersingkir

Kehidupan peribadiSunting

Beliau telah berkahwin dengan mempunyai dua anak.[4] Mazleela mendedahkan bahawa beliau pernag berdepan masalah kesihatan apabila injap jantung tersumbat pada 2016, bagaimanapun penyakitnya itu tidak serius dan terkawal dengan bantuan ubat-ubatan. Berikutan itu, susuk tubuh beliau mula menyusut mengakibatkan beliau boleh menyanyikan lagu bernada tinggi.[5][6][7]

DiskografiSunting

Album studioSunting

Album kompilasiSunting

Album bersama artis-artis SRCSunting

  • SRC Syok (1997)
  • Srikandi (1999)
  • Seleksi Hari Raya (1999)
  • Aidilfitri Di Alaf Baru (2000)
  • Gema Hari Raya (2000)
  • Fiesta Aidilfitri (2002)
  • Riang Ria Aidilfitri (2003)

RujukanSunting

  1. ^ Mungkinkah Jatt Black Dog Bone, Deja Moss dan Sham Visa peserta Gegar Vaganza ke-6? Astro Awani (19 September 2019). Dicapai pada 26 Oktober 2019.
  2. ^ Sham Visa, Mazleela & Feeza antara peserta Gegar Vaganza 6, ini barisan lengkap para pesertanya Media Hiburan. Dicapai pada 24 November 2019.
  3. ^ Qarami Hashim (20 Oktober 2019). Mazleela peserta pertama tersingkir GV6 mStar Online. Dicapai pada 24 November 2019.
  4. ^ Syafil Syazwan Jefri (28 Julai 2018). Mazleela tumpu keluarga Harian Metro. Dicapai pada 24 November 2018.
  5. ^ Farihad Shalla Mahmud (22 Oktober 2019). Injap jantung Mazleela tersumbat Berita Harian. Dicapai pada 24 November 2019.
  6. ^ Rudy Imran Shamsudin (21 Oktober 2019). Mazleela derita lemah injap jantung Harian Metro. Dicapai pada 24 November 2019.
  7. ^ Fadhli Sulaiman (17 Oktober 2019). Alami injap jantung lemah, Mazleela tetap berentap di pentas GV6 Malaysiakini. Dicapai pada 24 November 2019.

Pautan luarSunting