Mohd Azmir bin Muhammad Yusof yang lebih dikenali dengan nama penanya, Amir Ukays (lahir 4 Februari 1969)[perlu rujukan] ialah seorang penyanyi lelaki Malaysia. Beliau terkenal sebagai vokalis kumpulan Ukays.[1]

Amir Ukays
KelahiranMohd Azmir bin Muhammad Yusof
(1969-02-04) 4 Februari 1969 (umur 51)
Lenggong, Perak, Malaysia
Nama lainAmir U.K.’s
Kerjaya muzik
GenrePop, Pop rock, Balada, Rock
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif1989–kini
Pengkarya berkait
Ukays

Kehidupan peribadiSunting

Amir mengalami kecederaan setelah kereta yang dinaikinya terbabas di Kilometer 114, Lebuh Raya Utara- Selatan berhampiran Yong Peng, Johor pada 3 Februari 2001. Beliau ditempatkan di Hospital Melaka selama dua hari sebelum dipindahkan ke Hospital Selayang, Selangor.[2]Beliau yang sebelum itu merancang untuk membuat konsert jelajah indonesia terpaksa membatalkan perancangan tersebut diatas sebab sebab yang tertentu selepas kecelakaan jalanraya yang menimpanya.

Anak lelaki beliau, Muhammad Imran (1997-2012) menghidap komplikasi jantung sejak lahir[3] dan meninggal dunia pada 22 Februari 2012.[4]

Kerjaya muzikSunting

AnalisaSunting

Rencana utama: Analisa (kugiran)

Sebelum menyertai Ukays, Amir merupakan vokalis kumpulan Analisa selama dua tahun, dari 1989 hingga 1991. Analisa hanya sempat menerbitkan satu album, Palestin yang diterbitkan pada 1991 di bawah label Antarctic Sound Production Sdn Bhd (ASP).

UkaysSunting

Rencana utama: Ukays

Pada tahun 1991, selepas Analisa dibubarkan, Amir telah join kumpulan Ukay seterusnya mereka menukar nama kepada nama Ukays bawah bimbingan Saari Amri.

Kerjaya soloSunting

Amir meneruskan kerjaya muziknya secara solo dan telah menerbitkan tiga album solo.

DiskografiSunting

  • Kencana (1998)

RujukanSunting

Pautan luarSunting