Mamat Exists
Mohd Ali bin Kamarudin atau lebih dikenali dengan nama pentasnya Mamat ataupun Mamat Exist adalah seorang penyanyi Malaysia yang berasal dari Johor. Beliau adalah bekas vokalis kumpulan Exists sekitar tahun 1991 sehingga 1994. Beliau bergerak secara solo pada tahun 1995 dan popular dengan lagu Salju Di Danau Rindu dan Hanya Engkau Kekasih.
Mamat | |
---|---|
![]() | |
Kelahiran | Mohd Ali bin Kamarudin 23 April 1978 |
Nama lain | Mamat Exist, Mamat |
Pekerjaan | Penyanyi |
Tahun aktif | 1991 - kini |
Pasangan | Marshila Mustapha Kamal (k. 2001; c. 2009) |
Anak | Aleeya Mysara Mohd Eiki Daniel Dylea Mysara |
Ibu bapa | Kamarudin Samad (bapa) Jawiyah Hamid (ibu) |
Kerjaya muzik | |
Genre | Rock, Balada, Pop Rock |
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman | Bersama Exists:
|
Pengkarya berkait | Ajai, Exists, Ezad Lazim |
Beliau pernah menyepi seketika dari industri muzik sekitar tahun 1998 - 2002. Tetapi pada tahun 2003, beliau muncul kembali dengan sebuah album baru berjudul Dulu...Sekarang yang menggunakan nama pentasnya iaitu 'Mamat' di bawah label FMC yang popular menerusi lagu Aleeya Mysara.
KerjayaSunting
Beliau memulakan kerjaya dalam bidang nyanyian ketika berusia 13 tahun bersama kumpulan remaja Exists pada tahun 1991. Beliau meninggalkan Exists pada 1994 dan meneruskan kerjaya seni muziknya secara solo.[1] Pada tahun 1995, Mamat muncul dengan album solo pertamanya berjudul Mamat yang diterbitkan oleh Mat Penang di bawah label Jojo's Production. Lagu hit dalam album ini ialah Salju Di Danau Rindu.
Kehidupan peribadiSunting
Beliau telah berkahwin dengan Marshila Mustapa Kamal pada 2001 dan dikurniakan tiga anak, iaitu Aleeya Mysara, Mohd Eiki Daniel dan Dylea Mysara. Perkahwinan mereka hanya bertahan selama 9 tahun apabila mereka bercerai pada 2009.
DiskografiSunting
Album studioSunting
Tahun | Tajuk | Nama Pentas | Jualan |
---|---|---|---|
1995 | Mamat
|
Mamat Exist | |
1996 | Pasrah
|
Mamat Exist | |
2003 | Dulu...Sekarang
|
Mamat | |
2004 | Seminit Bagiku
|
Mamat | |
2006 | Naluri Kasih
|
Mamat |
Album bungkusanSunting
- Salju Di Danau Rindu (1997)
Lagu PopularSunting
- Salju Didanau Rindu
- Hanya Engkau Kekasih
- Pasrah
- Indah
- Aleeya Mysara
- Hempedu
- Hanya Tinggal
- Dewi Sukma
- Satu Wajah
FilemografiSunting
TelefilemSunting
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2003 | Tiga Dara Pingitan | Pengarah filem | Astro Prima |
TelevisyenSunting
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2020 | Super Spontan Megastar | Dirinya sendiri / peserta | Astro Warna |
PencapaianSunting
Muzik-MuzikSunting
Muzik Muzik | Judul Lagu | Kategori | Komposer | Penulis lirik |
---|---|---|---|---|
Separuh Akhir Muzik Muzik 19 | Yang Tinggal | Pop rock | Mael | Tam Spider |