Black Dog Bone

Kumpulan Pop Singapura

Black Dog Bone (juga dikenali sebagai BDB) ialah sebuah kumpulan pop Singapura, yang ditubuhkan pada 1973.[1][2] Kumpulan ini banyak mengiringi artis-artis Cina dari Singapura, Malaysia, Hong Kong juga Taiwan. Mereka menjadi terkenal oleh masyarakat Melayu setelah hanya menerbitkan album pada tahun 1977.[3] Lagu yang menjadi hit ketika itu ialah "Bila Rindu", "Releks", "Joget Hati Jujur" dan "Jangan Lukakan Hati-Ku" sehingga dapat memikat hati dan menarik peminat serata Asia seperti di Singapura, Brunei Darussalam, Malaysia, Taiwan malah di Belanda.

Black Dog Bone
Juga dikenali sebagai
  • BDB
  • The Black Dog Bone
  • Black Dog
Berasal dariSingapura
Genre
Tahun aktif1973–kini
Syarikat rakaman
Ahli
Bekas ahliMasron Ali (meninggal dunia)

Sejarah sunting

Black Dog Bone (BDB) ditubuhkan pada 1973 sebagai duo yang terdiri daripada Hamid Ahmad dan Izzar Masrom, yang bercita-cita tinggi untuk membuat rakaman piring hitam. Nama mereka diilhamkan oleh kumpulan heavy blues British, Black Cat Bones. Hamid mencadangkan supaya nama mereka ditukar dari "cat" (kucing) kepada "dog" (anjing).[4] Pada tahun 1975, mereka berdua merekrut empat ahli baru - Jatt, Masron, James dan Michael bagi melengkapkan BDB sebagai sebuah kugiran. Di awal penglibatan, kumpulan ini menyanyikan lagu-lagu berbahasa Melayu, Inggeris, India dan Cina klasik di Hotel Apollo.[5]

Sewaktu mengiringi persembahan penyanyi Taiwan di Restoran Jumbo, mereka bertemu dan menerima dorongan dan bimbingan daripada pengurus mereka ketika itu, Sonny Goh. Di bawah bimbingan Goh, Black Dog Bone mula muncul di hotel-hotel terkemuka dalam tahun 1975. Mereka mendapat peluang beraksi di Hotel Hyatt, seterusnya diundang untuk menjayakan persembahan di Penang Merlin, Pulau Pinang selama beberapa tempoh.[5] Setahun kemudian, iaitu pada 1976, mereka menandatangani kontrak rakaman bersama syarikat rakaman bebas, Tony Wong Co. Pte. Ltd dan muncul bersama album pertama mereka, Sindir-Sindir Sayang pada 1977. Kebanyakan lirik lagu dalam album ini ditulis oleh Haron Abdul Majid.[6] Dalam tahun yang sama, kumpulan ini mengadakan konsert pertama mereka di Stadium Negara, Kuala Lumpur.[7]

Pada tahun 1978, mereka menandatangani kontrak bersama label rakaman antarabangsa, EMI[8] dan muncul dengan album kedua di bawah EMI, Si Gadis Ayu.[9] Kumpulan ini kemudian berangkat ke Belanda untuk bekerja sebagai penyanyi di sebuah kelab malam di sana selama lima bulan. Sepanjang tempoh ini, mereka berpeluang mempelajari cara merakamkan suara termasuk kaedah mengawal tinggi dan rendah suara. Mereka turut berkenalan dengan beberapa penyanyi dari pelbagai negara, yang mengajar mereka serba sedikit cara menyanyi di pentas di kelab malam mahupun rakaman piring hitam.[10] Album ketiga mereka, Khayalan dikeluarkan pada hujung tahun yang sama. Lagu yang bertajuk sama dikeluarkan sebagai single utama dan merupakan versi Bahasa Melayu daripada lagu berbahasa Inggeris bertajuk "Fantasy" nyanyian asal kumpulan pop Amerika Syarikat, Earth, Wind & Fire.

Pada tahun 1979, Black Dog Bone telah mengadakan konsert mereka yang diadakan pada 7 Januari di Panggung Negara Singapura. Konsert itu diadakan bagi mempromosikan album ketiga mereka, Khayalan.[11][12] Kemudian, pada 29 Jun, mereka berlepas ke Taiwan bagi memenuhi tawaran menyanyi di sebuah hotel selama 2 bulan.[13] Mereka merupakan antara artis-artis yang membuat persembahan di Funky Festival 79 anjuran Le Mann's Fashion. Berlangsung pada 3 November, antara artis yang membuat persembahan ialah Sweet Charity.[14] Populariti mereka mula melonjak naik apabila mereka telah menjadi juara Penyanyi Pilihan Minggu Ini (PPMI) kelolaan Radio Televisyen Singapura (RTS) selama 11 minggu berturut-turut menerusi lagu "Aku Mengerti".[15] Salah seorang ahli kumpulan itu James Chai meninggalkan kumpulan itu atas sebab peribadi pada awal 1980, tempatnya kemudian digantikan oleh Sazali Mohd yang merupakan bekas ahli kumpulan Glass Onion.[16] Pada tahun yang sama juga, BDB muncul dengan dua album serentak, iaitu Diganggu Kenangan dan Bahagia dan Derita.[17]

Pada April 1981, mereka mendapat undangan untuk mengadakan jelajah di seluruh Malaysia bersama-sama dengan kumpulan The Queens, Sakura dan beberapa artis lain.[18] Pada Oktober, kumpulan ini muncul dalam rancangan televisyen yang dikendalikan oleh mereka sendiri unuk siaran di Perbadanan Penyiaran Singapura (SBC) selepas lebih setahun tidak muncul dengan sebarang rakaman bersama SBC.[19] Kemudian mereka muncul dengan album ketujuh, Diskorama yang bergenre disko pada November tahun itu.[5] Dalam tahun yang sama, gitaris dan ketua kumpulan, Izzar Masrom mengumumkan telah meninggalkan BDB untuk meneruskan kerjaya muzik secara solo sekaligus bergiat aktif sebagai penggubah lagu untuk piring hitam.[20] Pada awal 1982, kumpulan ini telah dipelawa untuk membintangi filem Pertentangan arahan Salleh Ghani setelah menerima tawaran daripada penerbit filem itu, Sham Tun Salleh.[21] Pada Mei tahun yang sama, vokalis BDB, Jatt pula mengundurkan dirinya dari kumpulan itu. Beliau dilaporkan berkata pengundurannya dari kumpulan itu "bukan kerana ada krisis dengan BDB" sambil menyifatkan "ingin bebas" dan "tidak mahu terikat dengan mana-mana kumpulan".[22] Ahli-ahli kumpulan BDB kemudian memutuskan untuk menghentikan sementara aktiviti muzik mereka susulan pengunduran Izzar dan Jatt dari kumpulan itu.

Kumpulan ini telah mengambil seorang ahli baru, Sulaiman bagi menggantikan Hadi yang menghadiri Perkhidmatan Negara.[23] Pada tahun 1986, barisan 6 ahli asal Black Dog Bone bersatu semula untuk merakamkan rakaman terbaru mereka di bawah LIFE Records. Album kelapan mereka, Kembali Lagi telah dilancarkan.[24][25][26] Pada tahun 1995, album kompilasi pertama kumpulan ini telah dikeluarkan dengan tajuk Balada Cinta.[27] Dua tahun kemudian, mereka kembali aktif dalam industri muzik dengan membuat kemunculan khas dalam sebuah rancangan khas Hari Raya di televisyen Singapura.[28]

Pada tahun 2003, setelah 22 tahun membawa haluan,[29] BDB kembali aktif dalam industri muzik dengan melancarkan album Reunion. Album ini memuatkan 12 lagu lama kumpulan ini yang dirakamkan semula serta dua lagu baru iaitu "Bagai Kelkatu" dan "Nyalakanlah (Obor Seni Kita)".[30] "BDB ditubuhkan semula kerana adanya banyak permintaan daripada para peminat kami. Ramai peminat yang mahu melihat kami aktif bermain muzik seperti dulu. Sebenarnya kami telah merancang untuk bergabung semula dalam BDB sejak lima tahun lalu. Selepas melalui pelbagai rintangan, akhirnya semua enam orang bekas anggota dapat disatukan semula," vokalis dan pemain dram, Jatt dalam temubual bersama Utusan Malaysia.[31] Kemudian, pada 4 dan 11 Januari 2004, Black Dog Bone membuat persembahan sebagai pembukaan siri Sunday Nite Live di Planet Hollywood pada jam 10.30 malam selama 45 minit.[32][33] Pada tahun 2005, mereka melancarkan album bertajuk Andai.[34]

4 tahun kemudian, Black Dog Bone mengadakan persembahan mereka di Istana Budaya selama 3 hari 3 malam dari 8 hingga 10 Mei 2009. Pada konsert tersebut, mereka mempersembahkan 26 buah lagu terpilih bersama-sama dengan Jay Jay dan Rahim Othman serta diiringi oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK).[35][36][37][38]

Pemain trumpet kumpulan ini, Masron meninggal dunia pada 21 Mac 2015 akibat radang paru-paru pada usia 71 tahun.[39][40][41] Bersempena meraikan ulang tahun penubuhan kumpulan ini yang ke-45, BDB telah mengadakan konsert khas yang berlangsung pada 6 November 2018 di The Grand Ballroom, Orchid Country Club, dianjurkan oleh LILIN dan disokong oleh Siti Events. Kali terakhir BDB membuat persembahan ialah pada Januari 2015 di Esplanade. Kumpulan ini turut merancang untuk mengadakan konsert menjelajahi bandar-bandar seluruh Malaysia.[42]

Ahli kumpulan sunting

Ahli terkini sunting

Bekas ahli sunting

  • Masron Ali - trumpet, horn, trombon, penyanyi (meninggal dunia)
  • wan azhar- main drum

Diskografi sunting

Album studio sunting

Album kompilasi sunting

Lagu dan single sunting

  • "Khayalan"
  • "Si Gadis Ayu"
  • "Cahaya Aidilfitri"
  • "Zai"
  • "Lupakan"
  • "Diganggu Kenangan"
  • "Nani Adikku Sayang"
  • "Nasi Goreng"
  • "Joget Hati Jujur"
  • "Joget Bujang Di Rantau"
  • "Malam Kenangan"
  • "Geram"
  • "Rilek"
  • "Bahagia dan Derita"
  • "Bila Rindu"
  • "Hatiku Luka Lagi"
  • "Anekaragam"[43]
  • "Bagai Kelkatu"
  • "Nyalakankah (Obor Seni Kita)"

Konsert dan jelajah sunting

  • Konsert Black Dog Bone di Stadium Negara (1977)[7]
  • Black Dog Bone Live di Istana Budaya (2009)[7]
  • Konsert Ulang Tahun ke-45 BDB (2018)

Rujukan sunting

  1. ^ "Latar, pencapaian silam BDB". Berita Harian Singapura. 2 Februari 1997. m/s. 7. Dicapai pada 3 September 2017.
  2. ^ Eunos Asah (3 Julai 1977). "The Black Dog Bone punya kebolehan setaraf dgn kugiran dari luar negeri". Berita Harian Singapura. m/s. 7. Dicapai pada 3 September 2017.
  3. ^ "Akhirnya impian Black Dog Bone jadi nyata". Berita Harian Singapura. 14 Mei 1978. m/s. 7. Dicapai pada 3 September 2017.
  4. ^ Rachel Chan (21 Mei 2015). "Black Dog Bone with enduring bite" [Black Dog Bone dengan gigitan terkuat] (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. Dicapai pada 3 September 2017.
  5. ^ a b c "BDB kumpulan perintis dlm beraneka segi". Berita Harian Singapura. 2 Disember 1981. m/s. 5. Dicapai pada 3 September 2017.
  6. ^ "Black Dog selesai rakam LP sulung". Berita Harian Singapura. 11 Disember 1977. m/s. 7. Dicapai pada 3 September 2017.
  7. ^ a b c Abdul Aziz Itar (12 Mei 2009). "BDB mengimbas nostalgia". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Disember 2017. Dicapai pada 3 September 2017.
  8. ^ "Sudirman, Black Dog Bone jadi artis2 EMI". Berita Harian Singapura. 26 Mac 1978. m/s. 7. Dicapai pada 3 September 2017.
  9. ^ Rosliah Rahmat (18 Jun 1978). "Rekod kedua Black Dog Bone satu rakaman yg terburu2". Berita Harian Singapura. m/s. 9. Dicapai pada 3 September 2017.
  10. ^ Zawiyah Salleh (26 November 1978). "Black Dog Bone bawa berbagai pembaharuan sejak pulang dari Holland". Berita Harian Singapura. m/s. 7. Dicapai pada 3 September 2017.
  11. ^ "'Black Dog Bone' adakan konsert yg pasti dikenang". Berita Harian Singapura. 7 Januari 1979. m/s. 7. Dicapai pada 3 September 2017.
  12. ^ Eunos Asah (28 Januari 1979). "Konsert Blackdog kembalikan zaman gemilang lagu pop". Berita Harian Singapura. m/s. 7. Dicapai pada 3 September 2017.
  13. ^ "BDB sempat rakam piringhitam LP baru sebelum ke Taiwan". Berita Harian Singapura. 8 Julai 1979. m/s. 7. Dicapai pada 3 September 2017.
  14. ^ Leo Emkay (28 Oktober 1979). "Black Dog Bone antara artis2 Funky Festival". Berita Harian Singapura. m/s. 7. Dicapai pada 3 September 2017.
  15. ^ Zakaria Buang (6 Januari 1980). "Black Dog Bone berazam utk menyaingi Carefree". Berita Harian Singapura. m/s. 7. Dicapai pada 3 September 2017.
  16. ^ "Black Dog Bone mempunyai anggota baru". Berita Harian Singapura. 9 Mac 1980. m/s. 7. Dicapai pada 3 September 2017.
  17. ^ "Kedudukan BDB tambah kukuh dgn 'sound' baru". Berita Minggu. 4 Januari 1981. m/s. 7. Dicapai pada 3 September 2017.
  18. ^ "20 konsert di tangan BDB". Berita Minggu. 12 April 1981. m/s. 7. Dicapai pada 3 September 2017.
  19. ^ "Pekerja angan2 ditonjol dlm jenakaria 'Black Dog Bone'". Berita Harian Singapura. 11 Oktober 1981. m/s. 2. Dicapai pada 3 September 2017.
  20. ^ Haron Abdul Majid (23 Ogos 1981). "Izzar tarik diri dari BDB". Berita Harian Singapura. m/s. 7. Dicapai pada 3 September 2017.
  21. ^ "BDB dipelawa bintangi 'Pertentangan'". Berita Minggu. 7 Februari 1982. m/s. 7. Dicapai pada 3 September 2017.
  22. ^ Haron Abdul Majid (2 Mei 1982). "Jatt keluar dari BDB". Berita Harian Singapura. m/s. 7. Dicapai pada 3 September 2017.
  23. ^ "Pemain trompet baru BDB". Berita Harian Singapura. 19 Ogos 1984. m/s. 7. Dicapai pada 3 September 2017.
  24. ^ "Black Dog Bone kembali". Berita Harian Singapura. 11 Mei 1986. m/s. 8. Dicapai pada 3 September 2017.
  25. ^ "Anggota2 lama Black Dog Bone sepakat untuk bersatu semula". Berita Harian Singapura. 19 Januari 1986. m/s. 8. Dicapai pada 3 September 2017.
  26. ^ A R. Budiman (25 Jun 1986). "'Ubat rindu' dari Black Dog Bone". Berita Harian Singapura. m/s. 5. Dicapai pada 3 September 2017.
  27. ^ "Album koleksi lagu Black Dog Bone". Berita Harian Singapura. 5 April 1995. m/s. 6. Dicapai pada 3 September 2017.
  28. ^ Hanim Mohd Saleh (2 Februari 1997). "Black Dog Bone kembali aktif". Berita Harian Singapura. m/s. 7. Dicapai pada 3 September 2017.
  29. ^ "BDB kembali ke studio rakam semula lagu lama". Berita Harian Singapura. 26 Mac 2003. m/s. 18. Dicapai pada 3 September 2017.
  30. ^ "Lagu-lagu BDB bersifat malar segar". Berita Harian Singapura. 7 September 2003. m/s. 16. Dicapai pada 3 September 2017.
  31. ^ Abdul Aziz Itar (23 Oktober 2003). "Black Dog Bone - Kembali selepas 22 tahun". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 November 2003. Dicapai pada 3 September 2017.
  32. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (25 Disember 2003). "Giliran Black Dog Bone di Planet Hollywood". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Disember 2003. Dicapai pada 3 September 2017.
  33. ^ Zul Husni Abdul Hamid (8 Januari 2004). "Black Dog Bone masih berbisa". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Januari 2004. Dicapai pada 3 September 2017.
  34. ^ Zainuri Misfar (30 Disember 2005). "Nostalgia: Black Dog Bone sentiasa berhantu". Berita Harian. Dicapai pada 3 September 2017.
  35. ^ Syed Mussaddad Syed Mahdi (19 April 2009). "Black Dog Bone janji kelainan". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Disember 2017. Dicapai pada 3 September 2017.
  36. ^ Syed Mussaddad Syed Mahdi (10 Mei 2009). "Kenangan manis Black Dog Bone". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Disember 2017. Dicapai pada 3 September 2017.
  37. ^ "Black Dog Bone akhiri konsert tiga malam". Utusan Malaysia. 11 Mei 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Disember 2017. Dicapai pada 3 September 2017.
  38. ^ Jessabel Soo (11 Mei 2009). "BDB masih panas". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Disember 2017. Dicapai pada 3 September 2017.
  39. ^ Zaidi Mohamad (21 Mac 2015). "Pemain trumpet Black Dog Bone, Masron Ali meninggal". Berita Harian. Dicapai pada 3 September 2017.
  40. ^ "Pemain trumpet Black Dog Bone meninggal dunia awal pagi ini". Astro Awani. 22 Mac 2015. Dicapai pada 3 September 2017.
  41. ^ Wahi Aziz (22 Mac 2015). "Pemain trumpet Black Dog Bone meninggal". Harian Metro. Dicapai pada 3 September 2017.
  42. ^ "Black Dog Bone buat konsert ulang tahun ke-45 pada 6 November ini". Berita Mediacorp. 16 Oktober 2018. Dicapai pada 3 September 2019.
  43. ^ "Salah satu lagu BDB janggal liriknya". Berita Harian. 7 Jun 1980. m/s. 4. Dicapai pada 3 September 2017.

Pautan luar sunting