Mohd Nizam Pechok

Mohd Nizam bin Pechok atau lebih dikenali sebagai Nizam Arjuna yang merupakan penyanyi yang terkenal sekitar era tahun 1990-an.[1]

Nizam Arjuna
Kelahiran
Mohd Nizam bin Pechok

(1967-11-30) 30 November 1967 (umur 54)
WarganegaraMalaysia
PendidikanSekolah Menengah Vokasional Seremban
PekerjaanPenyanyi
Terkenal keranaLaksamana
PasanganSalwati Zulkifli
Anak-anak4 orang

Kehidupan awalSunting

Mohd Nizam bin Pechok lahir pada tahun 1967. Beliau berasal dari Kampung Buyau, Seri Menanti, Negeri Sembilan. Beliau mendapat pendidikan sehingga tingkatan lima di Sekolah Menengah Vokasional Seremban.

Bakat dan pengaruhSunting

Nizam mula bermain muzik pada majlis orang kahwin pada tahun 1988. Atas galakan seorang sepupu beliau, Nizam kemudiannya terus menjinakkan diri dengan dunia nyanyian.

Kerjaya seniSunting

Nizam mengecap kejayaan dan kemasyhuran sepanjang kerjaya seni beliau bersama kumpulan Laksamana. Bersama kumpulan Laksamana, beliau telah menghasilkan dua buah album yang berjudul Syukur dan Resah. Beliau juga pernah tampil dengan sebuah album solo berjudul Memanah Bintang (1995).

Walau bagaimanapun, akibat pasaran album yang tidak menentu akibat masalah lanun cetak rompak, beliau memutuskan untuk mengundur diri daripada bidang nyanyian pada tahun 1995. Beliau kemudiannya bekerja di kedai makan milik saudara beliau di Menara Promet, Kuala Lumpur.

Selepas itu, Nizam bekerja sebagai pemandu lori dan penghantar barang sebelum ditawarkan kerja oleh isteri kepada bapa saudara beliau. Setelah menunjukkan kesungguhan tanpa berbelah bagi, akhirnya Nizam diberi tanggungjawab menguruskan salah satu syarikat milik bapa saudara beliau, Pestconst Services Sdn. Bhd.

Kehidupan peribadiSunting

Nizam merupakan bapa kepada empat orang anak iaitu Muhamad Aniq Adam, Muhamad Ali Shaifuddeen, Nur Ellis Adeeba dan Nur Elisa Adeera hasil perkahwinan beliau dengan Salwati Zulkifli sejak 30 Disember 1995.

RujukanSunting

  1. ^ "Nizam Laksamana serik jadi penyanyi". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-31. Dicapai pada 2015-11-25.

Pautan luarSunting