Rozita Izlyn (lahir Rozita Azlin Mohd Radzi; 5 Disember 1975) merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia.[1][2] Beliau telah dicalonkan sebagai Artis Baru Terbaik (Wanita) di Anugerah Industri Muzik ke-4 pada tahun 1997, tetapi tewas di tangan Siti Nurhaliza yang ketika itu sedang berada di puncak populariti. Pada tahun 2020, beliau merupakan salah seorang daripada 14 peserta Gegar Vaganza musim ketujuh.[3]

Rozita Izlyn
Nama lahirRozita Azlin binti Mohd Radzi
Kelahiran (1975-12-05) 5 Disember 1975 (umur 48)
Kuala Kangsar, Perak, Malaysia
GenrePop, balada
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif1995-kini
Syarikat rakaman
NSR Records
Pengkarya berkait
Dayangku Intan, Aju Success

Kerjaya sunting

Beliau membina nama sebagai penyanyi dengan melancarkan album studio pertamanya, Dunia Kita Berbeza di bawah New Southern Records (NSR) dengan lagu bertajuk sama dikeluarkan sebagai single pertama sekaligus mendapat tempat di hati peminat seni tanah air.

Gegar Vaganza 2020 sunting

Rozita Izlyn ialah salah seorang daripada 14 peserta Gegar Vaganza musim ketujuh yang turut disertai oleh Mus May, Yantzen, Ashira, Cliff Umar dan Noraniza Idris. Bagaimanapun beliau tersingkir di konsert minggu keenam.[4] Berikut ialah senarai persembahan beliau:

Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza (musim 7)
Konsert Tema Lagu Penyanyi asal Kedudukan Keputusan
Minggu 1 Grand Konsert "Dunia Kita Berbeza" Dirinya sendiri Ke-6 SELAMAT
Minggu 2 Sama Naik "Hajat" Haida Ke-6 SELAMAT
Minggu 3 Cuba Try Best "Di Dadaku Ada Kamu" Amelina Ke-3 SELAMAT
Minggu 4 Lagu Berhantu "Ku Seru" Misha Omar Ke-3 SELAMAT
Minggu 5 Tak Tahu Sampai "Lelaki Idaman" Melly Goeslaw Ke-5 SELAMAT
Minggu 6 Double Special "Mengapa Sukar Melafazkan Maaf" Dirinya sendiri bersama Aju Success Ke-4 TERSINGKIR

Kehidupan peribadi sunting

Rozita merupakan anak ketiga daripada tujuh beradik. Beliau mendapat pendidikan dalam pengajian muzik di Institut Teknologi Mara (ITM; kini Universiti Teknologi MARA atau UiTM).[5][6]

Beliau mendirikan rumah tangga dengan Banyjin Abdul Rashid oleh Imam Rasa Martijo, juru nikah Zon 17, Shah Alam di surau Ir-Shaadiah selepas Maghrib, Sabtu, 28 Disember 2002.[7][8] Beliau dikurniakan dua anak.

Diskografi sunting

Album studio sunting

  • Dunia Kita Berbeza (1996)
  • Mengapa Sukar Melafazkan Maaf (1997)
  • Anggerik Rimba (1998)
  • Rozita Izlyn 99 (1999)

Album kompilasi sunting

  • Best of Rozita Izlyn (1999)
  • Memori Hitz (2013)

Lagu dan single sunting

  • "Angkara Cinta"
  • "Cabaran Cinta"
  • "Dunia Kita Berbeza"
  • "Hanya Satu Cinta"
  • "Kirimkan Senyum"
  • "Mimpi Di Musim Indah"
  • "Nostalgia Cinta"
  • "Sangkar Madu"
  • "Sedari Wujudku"
  • "Tak Seindah Mimpi"
  • "Kuala Deli"
  • "Kasihnya Ibu"
  • "Sirih Pinang"
  • "Air Mata Kasih"
  • "Mega Mendung"
  • "Sayang Sarawak"
  • "Anak Udang"
  • "Wajah Si Dia"
  • "Joget Melayu"
  • "Anggerik Rimba"
  • "Cintaku Mekar Selamanya"
  • "Mengapa Sukar Melafazkan Maaf" (bersama Aju Success)
  • "Berbalam Cintaku"
  • "Aku Ketinggalan"
  • "Selamat Jalan Kekasih"
  • "Berpaut Di Dahan Cinta" (nyanyian asal Dayangku Intan)

Filemografi sunting

Teater sunting

  • Tikar Mengkuang (2001)

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
1997 Anugerah Industri Muzik ke-4 Artis Baru Wanita Terbaik Dirinya sendiri Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ "Rozita Izlyn tukar kerjaya". Malaysians Artist. 29 Mei 2010. Dicapai pada 22 Oktober 2010.
  2. ^ Khai Azfar (23 Oktober 2018). "Throwback! 7 penyanyi ini pernah popular suatu ketika dahulu". Murai.my. Dicapai pada 23 Oktober 2018.
  3. ^ Khadijah Ibrahim (7 Oktober 2020). "Rozita Izlyn sertai GV7, penuhi hasrat peminat". Bebas News. Dicapai pada 22 Oktober 2020.
  4. ^ Wawann Mohd (16 November 2020). "Giliran Rozita Izlyn tinggalkan pentas GV7". SinarPlus. Sinar Harian. Dicapai pada 10 Mei 2021.
  5. ^ "Rozita Izlyn semakin berubah". Utusan Malaysia. 18 April 1999. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-29. Dicapai pada 19 Oktober 2009.
  6. ^ Tengku Khalidah Tengku Bidin (7 Julai 2001). "Rozita Izlyn - Prinsip diri diutamakan". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-29. Dicapai pada 29 Oktober 2013.
  7. ^ "Rozita Izlyn berkahwin dengan eksekutif IT". Berita Harian. 30 Disember 2002. Dicapai pada 10 Mei 2019.
  8. ^ "Rozita Izlyn belum mahu ucap `sayonara'". Utusan Malaysia. 1 Januari 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-29. Dicapai pada 19 Oktober 2007.

Pautan luar sunting