"Mustika" ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh penyanyi dan penulis lagu Malaysia, M. Nasir, dikeluarkan pada November 1989 sebagai single kelimanya untuk album studio kedua beliau, S.O.L.O (1989).[1] Ia dicipta dan ditulis sendiri oleh beliau yang turut berkhidmat sebagai penerbit.[2]
"Mustika" |
---|
|
|
Dikeluarkan pada | November 1989 |
---|
Format | |
---|
Genre | Tradisional, nusantara |
---|
Panjang | 6:00 |
---|
Syarikat | BMG Music, PMC |
---|
Penulis | M. Nasir |
---|
Penerbit | M. Nasir |
---|
|
"Yang Bertakhta Akhirnya" (1989)
|
"Mustika" (1989)
|
"Di Balik Cermin Mimpi" (1992)
|
|
colspan="3" scope="col" style="text-align: center; background:
- B0C4DE;" | Senarai runut S.O.L.O
|
---|
"Tari Rimba Cinta Mistikal" (Trek 1)
|
"Mustika" (Trek 2)
|
"Rajawali Terbang Tinggi" (Trek 3)
|
|
|
"Mustika" ialah sebuah lagu berentak balada nusantara yang berdurasi selama 6 minit, dicipta dan ditulis oleh M. Nasir sendiri. Lirik lagu ini berkisarkan tentang rasa cinta seorang kekasih kepada kekasihnya, seorang suami kepada isterinya atau sebaliknya, dan melambangkan rasa cinta manusia kepada Tuhannya.[1]
Melodi muzik "Mustika" diadun dengan muzik asli Jawa, diiiringi oleh bunyian alat muzik seperti angklung gamelan dan gong.[1][3]
"Mustika" dikeluarkan sebagai single kelima M. Nasir untuk album studio keduanya, S.O.L.O yang dikeluarkan pada 1989. Lagu ini juga berjaya menjadi juara rancangan radio Pujaan 10 di Radio 1 (kini Nasional FM) selama 7 minggu berturut-turut dan menjadi juara rancangan Muzik Muzik di TV3.[1]
Anugerah dan pencalonanSunting