Falsafah Cinta
"Falsafah Cinta" ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh M. Nasir dan Rahim Maarof, dikeluarkan pada 1989 sebagai single ketiganya untuk album solo pertamanya, S.O.L.O (1989).[1][2]
"Falsafah Cinta" | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Single oleh M. Nasir dan Rahim Maarof | ||||||||
daripada album S.O.L.O | ||||||||
Dikeluarkan pada | 1989 | |||||||
Format | ||||||||
Genre | Tradisional, nusantara | |||||||
Panjang | 5:16 | |||||||
Syarikat | BMG Music, PMC | |||||||
Penulis | M. Nasir, Bob Lokman | |||||||
Penerbit | M. Nasir | |||||||
Kronologi single M. Nasir | ||||||||
| ||||||||
|
PenerbitanSunting
Melodi untuk "Falsafah Cinta" digubah sepenuhnya oleh M. Nasir dengan liriknya ditulis oleh Bob Lokman. Untuk lagu ini, beliau berduet bersama Rahim Maarof.[1][2]
Ulasan kritisSunting
Dalam ulasan retrospektif mengenai S.O.L.O., Riadz Radzi dari Harian Metro berkata pengaruh folk rock yang dibawakan oleh M. Nasir ketika bersama Kembara tidak lari dalam "Falsafah Cinta".[2] Menurut satu ulasan daripada URTV, lagu ini mempunyai kunci suara "yang hampir sama yang mengajak kita mencintai keindahan dan kedamaian".[1]
Dalam mediaSunting
Lagu ini menjadi lagu tema drama Alina arahan Aziz M. Osman yang bersiaran di TV3, dibintangi oleh M. Nasir.[1]
Senarai runutSunting
No. | Tajuk | Masa |
---|---|---|
1. | "Falsafah Cinta" | 5:16 |
RujukanSunting
- ^ a b c d "Menilai kejujuran M. Nasir dalam karya". URTV. 1 Jun 1990. Dicapai pada 14 April 2020 – melalui Prahara Seni.
- ^ a b c Riadz Radzi (10 Januari 2021). "Penuh mesej tersurat, tersirat". Harian Metro. Dicapai pada 12 April 2021.