Ideal Sisters merupakan sebuah kumpulan penyanyi wanita Singapura. Kumpulan ini terkenal menerusi single hits mereka, "Hanya Sekali" yang menjulang nama mereka pada era 1980-an.

Ideal Sisters
Berasal dariSingapura
GenrePop, balada
Tahun aktif1978–1985
Syarikat rakaman
PolyGram
Bekas ahli

Ahli kumpulan ini terdiri daripada pasangan beradik kembar Junaidah dan Junainah Johari serta sepupu mereka iaitu Hazizah Ibrahim.[1] Junaidah ialah isteri kepada penulis lirik terkenal S. Amin Shahab manakala Junainah ialah isteri kepada seniman ternama M. Nasir.

Sejarah sunting

Ideal Sisters ditubuhkan pada 1978 setelah mereka memenangi pertandingan pencarian bakat di sekolah mereka, Sekolah Menengah Outram, kemudian ditawarkan membuat persembahan di beberapa majlis.[2] Kumpulan ini pertama kali muncul di khalayak ramai ketika kugiran The Mercy dari Indonesia membuat persembahan di Panggung Negara pada Disember tahun yang sama. Kumpulan itu dianggotai oleh dua bersaudara – Junaidah dan Junainah Johari serta sepupu mereka, Hazizah Ibrahim. Persembahan mereka mendapat perhatian beberapa promoter dan pihak Perbadanan Penyiaran Singapura (SBC).[2]

Mereka kemudian berkongsi pentas bersama penyanyi wanita Indonesia, Diana Nasution di konsert penyanyi itu yang berlangsung pada 8 September 1979 di Stadium Jurong.[1] Selain itu, trio itu juga diberi peluang mengiringi persembahan Donnie & Marie Show. Bakat mereka berjaya dihidu oleh PolyGram, yang kemudian menawarkan mereka peluang merakamkan piring hitam (LP).[2] Album sulung Ideal Sisters, Mempersembahkan dikeluarkan pada Januari 1981 dalam format piring hitam dan kaset. Antara lagu yang dikeluarkan sebagai single ialah "Patah Hati", "Joget Gadis Sekarang" dan "Pencarian".[3][4]

Di bawah bimibingan M. Nasir, Ideal Sisters merakamkan album kedua yang mana Nasir berkhidmat sebagai penerbit album.[5] Album kedua mereka, Angin dikeluarkan pada Mei 1982.[6] Single pertama yang dikeluarkan untuk album ini ialah "Hanya Sekali" yang berjaya menjulang nama Ideal Sisters sekaligus mendapat putaran meluas di stesen-stesen radio Malaysia.[7] Ideal Sisters kemudian melancarkan album ketiga, Cinta Spontan pada awal 1984, sekali lagi mengekalkan M. Nasir sebagai penerbit album. Album ini merupakan album terakhir mereka bersama PolyGram sebelum dibubarkan setahun kemudian.[8][9] Trio ini juga dipelawa menjayakan persembahan di Malaysia termasuk beraksi dalam rancangan Puspawarna terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Selepas tujuh tahun mencipta kejayaan di industri muzik, Ideal Sisters mengambil keputusan untuk berehat dari bidang muzik. Biarpun mengumumkan akan kembali aktif pada tahun berikutnya, kumpulan itu bagaimanapun, menumpukan perhatian kepada komitmen kerjaya dan keluarga. Sejak itu, nama Ideal Sisters mula hilang dari industri muzik dan tidak aktif lagi.[10][11] Junainah meninggal dunia di usia 36 tahun pada Ogos 1998.[12]

Diskografi sunting

 
Kulit album pertama Ideal Sisters, Mempersembahkan (1981).

Album studio sunting

Tajuk Butiran album
Mempersembahkan
Angin
  • Dikeluarkan: Mei 1982
  • Label: PolyGram
  • Format: CD, kaset
Cinta Spontan
  • Dikeluarkan: Februari 1984
  • Label: PolyGram
  • Format: CD, kaset

Album kompilasi sunting

Tajuk Butiran album
Bintang Polygram
  • Dikeluarkan: Mac 1981
  • Label: PolyGram
  • Format: CD, kaset
Pemberian Di Hari Raya
  • Dikeluarkan: September 1981
  • Label: PolyGram
  • Format: CD, kaset

Lagu dan single sunting

Tajuk Tahun
"Patah Hati" 1981
"Joget Gadis Sekarang"
"Pencarian"
"Angin" 1982
"Hanya Sekali"
"Impian Remaja" 1984
"Tinggalkan Curigamu"

Rujukan sunting

  1. ^ a b Mohd Maidin (2 September 1979). "'Ideal Sisters' punya dua matalamat..." Berita Harian Singapura. m/s. 7. Dicapai pada 22 Oktober 2014.
  2. ^ a b c A. Kadir Pandi (3 September 1980). "The Ideal Sisters ditawar rakam p-hitam". Berita Harian Singapura. m/s. 5. Dicapai pada 22 Oktober 2014.
  3. ^ "Cita2 'Ideal Sisters' kini tercapai". Berita Harian Singapura. 22 Januari 1981. m/s. 2. Dicapai pada 22 Oktober 2014.
  4. ^ "Ideal Sisters ke arah menjadi bintang piringhitam terkemuka". Berita Harian Singapura. 1 Februari 1981. m/s. 7. Dicapai pada 22 Oktober 2014.
  5. ^ "Ideal Sisters sibuk semula". Berita Minggu. 27 Disember 1981. m/s. 7. Dicapai pada 22 Oktober 2014.
  6. ^ "Junaidah (Ideal Sisters) pula sedang dibelai 'angin' cinta". Berita Harian Singapura. 16 Mei 1982. m/s. 7. Dicapai pada 22 Oktober 2014.
  7. ^ "LP baru Ideal Sisters tanpa lagu2 saduran". Berita Harian Singapura. 31 Januari 1982. m/s. 7. Dicapai pada 22 Oktober 2014.
  8. ^ "Sebab2 Ideal Sisters 'menghilang' diri". Berita Minggu. 29 Januari 1984. m/s. 7. Dicapai pada 22 Oktober 2020.
  9. ^ Saodah Ismail (17 Mac 1985). "Ke mana perginya Ideal Sisters?". Berita Harian Singapura. m/s. 8. Dicapai pada 22 Oktober 2020.
  10. ^ Azman Siraj (26 Mei 1985). "Ideal Sisters nafi sudah 'terkubur'". Berita Harian Singapura. Dicapai pada 22 Oktober 2014.
  11. ^ Bang Didi (23 Julai 1986). "Ideal Sisters sibuk". Berita Harian Singapura. m/s. 5. Dicapai pada 22 Oktober 2014.
  12. ^ Ku Seman Ku Hussein (13 Ogos 1998). "Apabila irama terhenti seketika". Utusan Malaysia. Dicapai pada 12 Mei 2015.

Pautan luar sunting