Siti Sarah Raisuddin
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. (Ketahui bagaimana dan bila untuk membuang pesanan templat ini) |
Jangan dikelirukan dengan Siti Sairah Tarudin, adik Datuk Siti Nurhaliza.
Siti Sarah binti Raisuddin atau lebih dikenali sebagai Siti Sarah dilahirkan pada penyanyi dan pelakon di Malaysia.f
15 September 1984 , merupakan salah seorangSiti Sarah | |
---|---|
Nama lahir | Siti Sarah binti Raisuddin |
Juga dikenali sebagai | Siti Sarah, Siti Sarah Raisuddin, Sarah Raisuddin |
Kelahiran | Ipoh, Perak, Malaysia | 15 September 1984
Kediaman | Kuala Lumpur |
Genre | Pop, Pop rock, balada, R&B |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon |
Tahun aktif | 2002 - kini |
Syarikat rakaman | NAR Records |
Pengkarya berkait | Jamal Abdillah, Zahid AF2, Ajai, Deja Moss |
Siti Sarah memulakan kerjayanya dalam bidang nyanyian apabila beliau berjaya menjadi peserta akhir untuk Bintang RTM 2001. Beliau juga berjaya menggondol anugerah "Artis Baru Terbaik", "Album Pop Terbaik" dan "Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM 2003)". Selain dari itu, beliau juga berjaya mendapatkan satu lagi pengiktirafan untuk "Anugerah Planet Muzik 2003 (APM2003)", iaitu dalam kategori "Artis Baru Wanita Terbaik". Beliau juga merupakan satu-satunya artis baru yang turut tercalon dalam kategori Artis Wanita Terbaik yang dimenangi oleh Datuk Siti Nurhaliza pada tahun tersebut.
Bapanya, Raisuddin Hamzah juga telah memulakan kerjayanya sebagai seorang penyanyi apabila beliau memasuki pertandingan yang sama pada tahun 1980-an dahulu.
Siti Sarah menyertai pertandingan realiti musim kedua One in a Million yang menyaksikan artis rakaman termasuk beliau bersaing dengan muka-muka baru untuk meraih RM1,000,000 sebagai pembiayaan kerjaya muzik. Beliau mendapat tempat ketiga. Persembahan beliau setiap minggu cukup bertenaga dan membanggakan.
Pada tahun 2009 Siti Sarah pernah menyertai pertandingan antarabangsa iaitu World Championship of Performance Arts ( WCOPA ) degan mnyumbang 3 emas kepada Malaysia .. Selain artist ketika itu Bob AF jugamenyumbang 5 emas buat negara.
Siti Sarah telah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011 bersama Shahmira Muhamad (Shuib) dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin.
Pada tahun 2016, nama Siti Sarah Raissuddin mula meniti kembali di bibir peminat apabila menyertai program realiti TV popular Gegar Vaganza 3. Siti Sarah menjadi juara pada minggu Pertama menerusi lagu hitnya, Jangan kau Mimpi dengan persembahan vokal dan tarian yang cukup bertenaga. Siti Sarah Raissuddin juga kekal sebagai TOP 2 pada 2 minggu selepasnya menerusi lagu Teratai layu di tasik Madu (Fauziah Latif) dan Joget Sayang-menyayang (Anita Sarawak). Diakhir pertandingan tersebut, Sarah dinobatkan sebagai naib juara Gegar Vaganza musim ketiga.
Pada Mei 2018 Beliau bertudung sepenuhnya.
Profil VokalSunting
Vocal Type: Soubrette Soprano/ Light-Lyric Mezzo Soprano
Voice range: (B2-Bb5) 2.5 octaves and 1 note
DiskografiSunting
Album studioSunting
- Sarah (2002)
- Mimpi Pun Sama (2003)
- Tiada Dikau Tiada Makna (2005)
Album kompilasiSunting
- Suatu Perjalanan (2008)
SingleSunting
Tahun | Judul Lagu | Kedudukan Tertinggi Carta | Album | |||
---|---|---|---|---|---|---|
Era | Muzik.fm | Baik Banget | Muzik-muzik | |||
2002 | "Kesetiaan" | 1 | — | — | 1 | Sarah |
"Ku Teruskan" | — | — | — | 6 | ||
"Ke Hujung Dunia" | — | — | — | — | ||
2003 | "Pesan Mamaku" | — | — | — | 4 | |
"Sandarkan Pada Kenangan" duet bersama Jamal Abdillah |
1 | — | — | — | Raja Pop | |
"Saat Hilang Cintamu" | — | — | — | 1 | Mimpi Pun Sama | |
2004 | "Jangan Kau Mimpi" | — | — | — | 1 | |
"Kenangi Daku" | — | — | — | — | ||
"Mimpi Pun Sama" | — | — | — | — | ||
"Tinggalkan Diriku" | — | — | — | 2 | ||
"Loka Logiknya" bersama Ajai & Deja Moss |
— | — | — | — | Terbaik Ajai | |
2005 | "Suluhkan Sinar" nyanyian bersama Misha Omar, Anita Sarawak, Erra Fazira, Dayang Nurfaizah, Ezlynn, Jaclyn Victor, Ning Baizura, Vince Chong, Zahid Baharuddin, Hazami, Fazley Yaacob, kumpulan Rabbani, Alleycats, Spider, Ruffedge, KRU dan Raihan dengan sokongan Waheeda, DJ Dave, Yana Samsuddin, AC Mizal, Azharina Azhar, Malissa Januddin, Ifa Raziah, Juliza Adzlizan, Salimah Mahmood, Sasi The Don, kumpulan Nitrus, Sofaz, Def Gab C, Phynne Ballerz, Pretty Ugly, Slam, Newboyz, By'U, D;Va, dan pelajar Akademi Fantasia |
— | — | — | — | CD Amal Tsunami |
"Malis Cinta" | — | — | — | — | Tiada Dikau Tiada Makna | |
"Bersamamu" | — | — | — | 1 | ||
2006 | "Menari Denganku" duet bersama Zahid Baharuddin |
— | — | — | 1 | |
"Cinta Usia Kita" | — | — | — | — | ||
2007 | "Pasti Berbeza" | — | — | — | — | Satu Kepastian |
2012 | "Cinta Itu Nyawa" duet bersama Shuib |
— | — | — | 20 | Non-album Single |
FilemografiSunting
FilemSunting
Tahun | Tajuk | Peranan | Catatan |
---|---|---|---|
2012 | Man Sewel Datang KL |