One in a Million (musim 2)

(Dilencongkan dari One in a Million (Musim 2))

One in a Million 2 ialah sebuah pertandingan nyanyian realiti TV Malaysia pertama yang menawarkan hadiah RM 1 juta kepada juaranya. Musim kedua program ini telah mulai disiarkan pada 16 November 2007 di 8TV. Dihoskan oleh Awal Ashaari dan Marion Caunter dan diadili oleh dua juri tetap iaitu Syafinaz Selamat dan Paul Moss.

One in a Million
Musim 2
Oneinamillion.jpg
One in a Million
Dihoskan olehAwal Ashari
Marion Caunter
JuriSyafinaz Selamat Paul Moss
Bil. peserta12
JuaraAyu Damit
Naib juaraShila Amzah
Negara asal Malaysia
Bil. episod18
Keluaran
Rangkaian8TV
Tarikh siaran16 November 2007 –
22 Februari 2008
Maklumat tambahan
Laman web[2]
Kronologi musim
← Sebelumnya
Musim 1
Seterusnya →
Musim 3

UjibakatSunting

Ujibakat musim kedua bermula pada bulan Ogos.[1] Dua lagi lokasi ujibakat ditambah pada jadual rancangan (Sungai Petani dan Johor Bahru) bersama Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur. Jelajah kota One in a Million turut diadakan di lokasi-lokasi terpilih, menampilkan finalis-finalis musim pertama dan artis-artis tempatan yang lain. Hasil pengambaran tiga acara ujibakat pertama disunting menjadi satu episod permulaan selama sejam.

Kota KinabaluSunting

Ujibakat dimulakan di Le Meridien Hotel di Kota Kinabalu, Sabah pada 19 Ogos 2007. Antara 400 orang yang menyertainya, hanya 12 orang yang layak ke peringkat seterusnya. Antara mereka yang berjaya yang disiarkan termasuk:

  • Shone Eric Jr. Majimbun, 27, tukang masak dari Kota Kinabalu, bekas peserta musim kedua Malaysian Idol;
  • Norayu binti Damit, 18, dari Sabah, pernah mencuba nasib di musim lalu;
  • Mark Glenn Malim, 23, dari Sabah;
  • Zaidi bin Tuah.

Sungai PetaniSunting

Kemudian, ujibakat beralih ke Cinta Sayang Resort, Sungai Petani, Kedah pada 25 Ogos, disertai 391 orang tetapi hanya melayakkan tujuh orang, termasuk (seperti yang disiarkan):

  • Simon Christopher dari Pulau Pinang;
  • Nur Izareena;
  • Joni Tham Chi Won, 22, dari Ipoh;
  • Siti Hajar;
  • Daniel Boone;
  • Khairullah Ezuan "Iz" bin Sulaini, 24, penuntut dari Kuala Lumpur.

Johor BahruSunting

Bangunan Persada Johor, Johor Bahru, Johor menjadi lokasi ujibakat ketiga pada 2 September, di mana 394 orang mencuba nasib namun hanya sepuluh oranglah yang paling bertuah, termasuk:

  • Shahron "Rony" Hussein, 27, penyanyi kelab dari Johor;
  • Tunku Tiara Yasmin Sofia, 20, peragawati/pelakon sambilan dari Johor Bahru;
  • Farhana binti Mohd, bekas peserta musim pertama;
  • Mohd Hanif.

Kuala LumpurSunting

Lokasi terakhir ujibakat berlangsung selama dua hari (8 dan 9 September) di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Apa yang menarik ialah penyertaan artis rakaman yang menjejak langkah Dayang Nurfaizah dari tahun lepas. Mereka yang berjaya termasuklah

Para peserta yang gagal termasuk Muhammad Iqbal dan DJ Hot FM Muhammad Fikhri.

Di kalangan orang biasa yang layak termasuklah:

  • Abraham "Ab" Edwin, 24, dari Ranau, Sabah;
  • Nor Azrinna Azahar, 24, dari Seremban;
  • Ben Alim, cacat penglihatan
  • Muhammad Aizat dan Gregory Giting, pemain gitar
  • Mohd Edham, menarik kerana membawa papan nada lama
  • Abd Hakim Imran.

Central EliminationsSunting

80 orang peserta sudah terpilih dari keempat-empat lokasi ujibakat lalu menuju ke Kolej SEGi, Kota Damansara, untuk emngharungi pusingan Central Eliminations. Mereka terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu 40 lelaki dan 40 perempuan. Kumpulan lelaki mula dulu, setiap seorang berlatih dan menyanyi salah sebuah daripada empat lagu berikut di hadapan dua orang juri: Dewi (Dewa 19), Lelaki Ini (Anuar Zain); My Wish (Rascal Flatts); dan Once in a Lifetime (Keith Urban). Pada hari berikutnya, barulah kumpulan wanita beraksi melalui prosedur yang sama dengan kumpulan lelaki, kali ini dengan Terlalu Istimewa (Adibah Noor); Satu Harapan (Jaclyn Victor); When You're Gone (Avril Lavigne); atau Never Again (Kelly Clarkson).

Cuma 40 orang yang layak ke cabaran seterusnya yang juga diadakan di kampus. Pada hari penyingkiran, para peserta dibahagi lagi menjadi beberapa kumpulan dan gambar foto para peserta dalam setiap kumpulan ini dipaparkan dalam skrin lalu sebilangannya dipadamkan, manandakan sama ada peserta yang gambar mereka masih tinggal itu layak ke peringkat seterusnya atau terpaksa pulang ke rumah.

Para peserta yang layak termasuk:

Lelaki
  • Anas
  • Addy
  • Shone
  • G.D.
  • Eddz
  • Abraham
  • Edham
  • Rex
  • Azmir
  • Joel

  • Izz
  • Mior
  • Ewan
  • Mark
  • Hanif
  • Bryan
  • Rony
  • Firdaus
  • Rizal
  • Simon

Perempuan
  • Nana
  • Shaney
  • Baby
  • Elya
  • Eila
  • Haida
  • Auni
  • Ayu
  • Joni
  • Sarah

  • Rinie
  • Kaka
  • Farah
  • Dewi
  • Nas
  • Shahila
  • Shikin
  • Tiara
  • Azrinna
  • Sarafina

Pada hari berikutnya, 40 orang peserta yang tinggal menyahut ujian Blind, yang mana mereka menyanyi di sebalik tabir lutcahaya, iaitu hanya bayang mereka dapat dilihat di hadapan. The judges evaluated their performances based primarily on their vocals.

Pada hari seterusnya, dua orang juri undangan, iaitu bekas Miss Malaysia Elaine Daly dan penghibur ternama Zainal Alam Kadir, dijemput untuk Ujian Gaya dan Personaliti untuk membantu dua juri tetap. Antara kriteria yang dinilai keempat-empat orang juri ini termasuk tujuan penyertaan para peserta, cara mereka membawa diri di atas pentas dan juga penampilan estetik mereka. Para juri mengeluh bahawa sungguhpun ujian blind amat menonjolkan, namun mereka masih bersegan-segan dan makin menonjol kelemahan mereka berbanding kekuatan mereka.[2] Walaupun begitu, para juri tetap melayakkan 20 orang seperti biasa (sila rujuk [[#Separuh akhir|Separuh akhir

Peringkat AwalSunting

Berbanding dengan dua lokasi pada musim lalu, ujibakat OIAM2 diadakan di empat lokasi iaitu Kota Kinabalu, Sungai Petani, Johor Bahru dan Kuala Lumpur, dan hasilnya 80 orang kesemuanya layak ke peringkat Central Eliminations, Ujian "Blind" dan Personaliti di SEGi College. Kemudian, 20 orang peserta layak ke peringkat separuh akhir dan dari situ, 12 orang sahaja yang memasuki pusingan meraih undian penonton.

Seperti biasa, para penonton berpeluang mengundi untuk mengekalkan peserta kegemaran dan/atau menyingkirkan peserta paling kurang digemari melalui SMS atau talian tetap. Mula-mulanya, pertandingan meraih undian bersiaran langsung dan para penonton juga boleh berinteraksi dengan juri melalui bilik sembang Internet, tetapi insiden perlakuan sumbang naib juara musim pertama Faizal Tahir di sebuah konsert siaran langsung bukan OIAM di 8TV menyebabkan 8TV dilarang mengadakan rancangan hiburan siaran langsung selama tiga bulan, maka OIAM2 terpaksa dirakam dua hari sebelum penyiarannya mulai minggu keenam persembahan.

Grand Final OIAM2 diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam, pada 29 Februari 2008, disiarkan secara siaran tertunda 30 minit kerana larangan siaran langsung terhadap 8TV. Norayu binti Damit dari Sabah merangkul kejuaraan musim ini dengan hadiah tunai RM1 juta yang "dijamin akan digunakan untuk tujuan memajukan kerjaya muzik beliau".

Finalis Top 12Sunting

Mengikut susunan penyingkiran.

(Umur dicatat sewaktu pertandingan)

Peserta Umur Asal Ranking
Norayu binti Damit (Ayu) 19 Putatan, Sabah Juara
Nur Shahila binti Amir Amzah (Shila) 18 Kuala Lumpur Naib Juara
Siti Sarah binti Raisuddin (Sarah) 23 Kuala Lumpur Tempat Ketiga
Abraham Edwin Dungot (Ab) 24 Ranau, Sabah Ke-4
Mark Glenn bin Malim (Mark) 23 Kota Kinabalu, Sabah Ke-5
Shone Jr. Eric Majimbun (Shone) 27 Kota Kinabalu, Sabah Ke-6
Joni Thaim Chi Won (Joni) 22 Ipoh, Perak Ke-7
Ungku Intan Sarafina binti Ungku Yahya (Intan) 26 Stulang Darat, Johor Ke-8
Khairullah Ezuan bin Sulaini (Iz) 24 Kuala Lumpur Ke-9
Tunku Tiara Yasmin Sofia binti Tunku Hassan (Tiara) 20 Johor Bahru, Johor Ke-10
Shahron bin Hussein (Rony) 27 Johor Bahru, Johor Ke-11
Nor Azrinna binti Azahar (Rina) 24 Seremban, Negeri Sembilan Ke-12

Central EliminationSunting

20 peserta yang tinggal ini dibahagi kepada sepuluh pasangan, dan dalam setiap pasanan kedua-dua peserta berentap untuk merebut satu daripada 12 tempat di pusingan akhir. Tidak seperti musim lalu di mana setiap seorang daripada sepuluh peserta terbaik dipasangkan dengan seorang daripada sepuluh peserta tercorot, kali ini tidak dinyatakan bagaimana para peserta dibahagikan dan dipasangkan.

Pemilihan peserta yang layak ditentukan sepenuhnya oleh para juri. Dari setiap pasangan, seorang sahaja yang didapati lebih baik akan mengambil tempat di peringkat seterusnya. Maka tinggalnya dua tempat lagi yang mana setiap seorang juri mengumumkan pilihan sendiri, tidak seperti pada musim dahulu apabila satu lagi rancangan "peluang kedua" disiarkan untuk membolehkan rakyat memilih seorang peserta untuk layak dan seorang lagi pilihan juri.

Sepuluh peserta yang menang dari pasangan masing-masing ditandai warna kuning, manakala dua lagi ditandai warna jingga.

Top 20 (9 November 2007)Sunting

Peserta 1 lawan Peserta 2
Simon - "It's My Life" (Bon Jovi) Shila - "Tak Ada Logika" (Agnes Monica)
Ayu - "Mencintaimu" (Krisdayanti) Azmir - "Cintakan Membawamu Kembali" (Dewa 19)
Tiara - "Angel" (Sarah McLachlan) Joel - "Fever" (Peggy Lee)
Bryan - "Everyday I Love You" (Boyzone) Intan - "If I Ain't Got You" (Alicia Keys)
Shone - "Play That Funky Music" (Wild Cherry)
(Pilihan Paul)
Iz - "Time" (Billy Porter)
Rony - "Wild World" (Cat Stevens) G.D - "Jangan Bersedih Lagi" (Anuar Zain)
Sarah - "Cinta Di Akhir Garisan" (Ziana Zain) Rina - "Kali Pertama" (Fairuz Hussein)
(Pilihan Syafinaz)
Mior - "Semua Untukmu" (Anuar Zain) Joni - "Only In The Dark" (Juwita Suwito)
Mark - "Solitaire" (Neil Sedaka) Nana - "Big Girls Don't Cry (Fergie)
Ab - "I Live My Life For You" (Firehouse) Ryzal - "Ain't No Mountain High Enough" (Marvin Gaye)

PersembahanSunting

Bermula dengan minggu Top 12 ini, penonton boleh mengundi peserta kegemaran mereka dan juga mengundi terhadap mereka yang mereka mahu keluar daripada pertandingan. Keputusan setiap sesi pengundian, yang berlangsung dari saat selepas persembahan untuk malam itu berakhir sehingga Isnin berikutnya pada jam 8 malam, akan diumumkan pada permulaan persembahan seterusnya. 12 Terbaik dengan kod undian dan umur masing-masing) ialah:


Minggu 1: Top 12 - Pop (21 Disember 2007)Sunting

Tema minggu pertama persembahan ialah Pop, dalam erti kata popular, muzik arus perdana. Di bawah ialah 12 teratas dan persembahan masing-masing mengikut susunan penampilan:

No Peserta Lagu (penyanyi asal)
1 Ab "Naluri Lelaki" (Samsons)
2 Tiara "How To Touch A Girl" (JoJo)
3 Sarah "Listen" (Beyoncé Knowles)
4 Joni "Tatoo" (Jordin Sparks)
5 Rony "Aku Mau" (Once Mekel)
6 Iz "Wait For You" (Elliot Yamin)
7 Intan "Sampai Menutup Mata" (Acha Septriasa)
8 Ayu "Samudera" (Nora)
9 Mark "No Promises" (Shayne Ward)
10 Rina "Hurt" (Christina Aguilera)
11 Shila "Too Little Too Late" (JoJo)
12 Shone "Itu Kamu" (Estranged)

Para finalis mendengar kebanyakan komen yang tidak diingini daripada dua juri, dengan Sarah, Iz dan Shone diberi yang paling baik.


Minggu 2: Top 10 - My Hero (28 Disember 2007)Sunting

Malam itu dimulakan dengan mengumumkan keputusan pusingan pertama pengundian awam, yang telah menyingkirkan Rony dan Rina. Ia juga menyatakan bahawa Sarah menerima undian ketiga paling sedikit.

Tema malam ini ialah My Hero, di mana setiap peserta menyanyikan lagu daripada penyanyi kegemaran mereka.

  • Tersingkir: Nor Azrinna binti Azahar (Rina) & Shahron bin Hussien (Rony)
  • Rony - "Aku Mau" (Once)
  • Rina - "Hurt" (Christina Aguilera)
No Peserta Lagu (penyanyi asal)
1 Shila "Stuck" (Stacie Orrico)
2 Intan "Pilihlah Aku" (Krisdayanti)
3 Shone "Kasih Berubah" (Ferhad)
4 Ayu "Langit Ke-7" (Sharifah Zarina)
5 Iz "When I Get You Alone" (Robin Thicke)
6 Joni "My Happy Ending" (Avril Lavigne)
7 Tiara "Andaikan Kau Datang Kembali" (Ruth Sahanaya)
8 Mark "Wonderful World" (James Morrison)
9 Ab "Picture Of You" (Boyzone)
10 Sarah "Lady Marmalade" (LaBelle)

Pendapat juri tentang persembahan mereka agak lebih dimahukan juri berbanding minggu sebelumnya, dan Ayu menerima komen yang paling baik daripada mereka. Para hakim juga mengingatkan mereka tentang hal tersebut.


Minggu 3: Top 9 - Rock (4 Januari 2008)Sunting

Seperti yang dijangkakan oleh juri, Tiara telah disingkirkan daripada pertandingan, sebelum persembahan bertemakan Rock dimulakan, di mana peserta mempersembahkan lagu bergenre rock, atau mengubah suai lagu bukan rock agar sesuai dengan tema malam seperti yang dilakukan oleh Joni dan Shila.

  • Tersingkir: Tunku Tiara Yasmin Sofia binti Tunku Hassan (Tiara)
  • Tiara - "Andaikan Kau Datang Kembali" (Ruth Sahanaya)
No Peserta Lagu (penyanyi asal)
1 Shone "It's Alright Now" (The Beloved)
2 Ayu "Aku Dia dan Kamu" (D-Va)
3 Sarah "Fantasia Bulan Madu" (Search)
4 Joni "Umbrella" (Rihanna)
5 Iz "Suci Dalam Debu" (Iklim)
6 Intan "Wake Up Call" (Maroon 5)
7 Mark "Tapi Bukan Aku" (Kerispatih)
8 Ab "Time Is Running Out" (Muse)
9 Shila "Oops!.. I Did It Again" (Britney Spears)

Dalam kalangan sembilan teratas ini, Ab dan Shila menerima komen paling positif daripada kedua-dua juri, yang ditegaskan Syafinaz apabila pengacara bertanyakan kepada juri siapa yang paling kuat dan lemah dalam kalangan finalis; Paul menyatakan bahawa Intan adalah yang paling lemah.


Minggu 4: Top 8 - R&B (11 Januari 2008)Sunting

Pusingan penyingkiran menyaksikan Iz terlepas acara malam bertemakan R&B

  • Tersingkir: Khairullah Ezuan bin Sulaini (Iz)
  • Iz - "Suci Dalam Debu" (Iklim)
No Peserta Lagu (penyanyi asal)
1 Sarah "Penasaran" (Emilia Contessa) + "Deja Vu" (Beyoncé Knowles)
2 Ab "Keabadian Cinta" (Anuar Zain)
3 Shila "Di Bawah Pohon Asmara" (Jaclyn Victor)
4 Mark "Everytime I Close My Eyes" (Babyfaces)
5 Ayu "Ceritera Cinta" (Jaclyn Victor & Rio Febrian)
6 Shone "Let's Stay Together" (Al Green)
7 Joni "Belaian Jiwa" (Carefree)
8 Intan "Semusim" (Marcell)

Sarah dipuji kerana menggabungkan lagu dangdut dan lagu R&B menjadi satu; yang lain yang dinilai paling dipuji oleh hakim termasuk Shila, Mark dan Ayu, manakala Ab, Shone, Joni dan Intan menerima penghujung lidah tajam hakim yang salah. Che'Nelle yang berasal dari Sabah, Amerika Syarikat membuat penampilan istimewa pada penghujung persembahan, menjemput Top 8 untuk menari bersamanya ketika dia menyanyikan Hurry Up. Paul Moss menggesa Top 8 untuk mencontohi Che'Nelle dengan menjadikan persembahan mereka lebih ajaib dan "meningkatkan rasa merinding".



Minggu 5: Top 7 - 50an-70an (18 Januari 2008)Sunting

Intan Sarafina adalah artis rakaman pertama yang diundi musim ini, meninggalkannya daripada persembahan bertemakan 50-an hingga 70-an. Pelawak dan artis rakaman satu kali Afdlin Shauki menjadi juri jemputan pertama sejak persembahan kompetitif dimulakan.

  • Tersingkir: Ungku Intan Sarafina Ungku Yahya (Intan)
  • Intan - "Semusim" (Marcell)
No Peserta Lagu (penyanyi asal)
1 Ayu "Tari Tualang Tiga" (Saloma)
2 Shila "I'll Be There" (Jackson 5)
3 Shone "Mustang Sally" (Wilson Picket)
4 Joni "Somewhere Over The Rainbow" (Judy Garland)
5 Mark "You Make Me Feel Brand New" (The Stylistics)
6 Sarah "Always On My Mind" (Willie Nelson)
7 Ab "Crazy Little Thing Called Love" (Queen)

Secara keseluruhannya, kritikan juri mencerminkan penyampaian hambar daripada lima daripada tujuh peserta, meninggalkan Sarah dan Ab dengan komen paling positif, walaupun masih menunjukkan kelemahan. Ini adalah rancangan OIAM terakhir yang disiarkan secara langsung untuk musim ini, kerana 8TV telah dilucutkan hak penyiarannya secara langsung dan ditangguhkan selepas aksi lucah Faizal Tahir, naib juara musim pertama OIAM dalam konsert "langsung" minggu sebelumnya.



Minggu 6: Top 6 - Hits Filem Terhebat (25 Januari 2008)Sunting

Dalam persembahan rakaman pertama OIAM (yang diambil dua hari sebelum disiarkan) Joni telah diundi keluar dari pertandingan itu, meninggalkan enam yang lain dalam pertarungan dalam menyanyikan Hit Filem Terhebat.

  • Tersingkir: Joni Thaim Chi Won (Joni)
  • Joni - "Yue Liang Sai Biao De Xin" (Teresa Teng) + "Fly Me To The Moon" (Frank Sinatra)
No Peserta Lagu (penyanyi asal) Filem
1 Ab "That Thing You Do" (The Wonders) That Thing You Do
2 Sarah "I Have Nothing" (Whitney Houston) The Bodyguard
3 Ayu "My Heart Will Go On" (Celine Dion) Titanic
4 Shila "Car Wash" (Christina Aguilera & Missy Elliot) Shark Tale
5 Shone "I'ris" (Goo Goo Dolls) City Of Angels
6 Mark "Hujung Dunia" (Nitrus) Goodbye Boys

Secara keseluruhannya, persembahan itu mendapat pujian daripada para hakim, kecuali Mark yang didapati oleh hakim sebagai "kehilangan X Factor." Walaupun secara emosi terganggu di belakang pentas sebelum gilirannya, Ayu menerima teguran paling positif daripada Syafinaz dan Moss, yang mengatakan ia berasa "organik".



Minggu 7: Top 5 - Duet (1 Februari 2008)Sunting

Sebelum pusingan penyingkiran, pengacara bertanya kepada juri siapa yang diharapkan untuk berada di Top 3; Syafinaz menjangkakan Sarah, Ab dan Ayu; manakala Paul menyindir bahawa semua akan menjadi peserta wanita.

Shone menjadi peserta pertama dari Sabah yang meninggalkan pertandingan itu yang menyaksikan keempat-empat peserta asal Sabah kekal bertanding sehingga ke tahap ini. Dia mempersembahkan Sewaktu Dulu bersama Andy Flop Poppy, penghibur asal lagu itu, menandakan bermulanya cabaran "Duets", di mana finalis menyanyi bersama beberapa artis Malaysia, sama ada baru dan mapan.

Berikut adalah Top 5 dengan pasangan duet masing-masing, sebagai penyanyi asal lagu yang dipersembahkan (kecuali dinyatakan)

  • Tersingkir: Shone Eric Jr. Majimbun (Shone)
  • Shone & Andy Flop Poppy - "Sewaktu Dulu" (Flop Poppy)
No Peserta Artis Duet Lagu (penyanyi asal)
1 Sarah Damian Mikhail "Janji Manismu" (Aishah)
2 Mark Farah Asyikin "Sempurna" (Farah Asyikin)
3 Shila Alif Satar "Khayal" (Alif Satar)
4 Ab Nurul Wahab "Keliru" (Ajai & Nurul)
5 Ayu Jaclyn Victor "Cinta" (Melly Goeslaw & Krisdayanti)

Mark ditegur kerana tidak menunjukkan peningkatan yang ketara, manakala Sarah dipuji kerana menjadi finalis terkuat setakat ini. Tiada pertandingan pada minggu 8 Februari untuk memberi laluan kepada Tahun Baru Cina. Sebaliknya, 8TV menerbitkan dan menyiarkan rancangan khas Tahun Baru Cina One in a Million di mana kebanyakan Top 12 bersedia untuk lawatan khas ke rumah kanak-kanak untuk perayaan itu.


Minggu 8: Top 4 - Lagu Cinta (15 Februari 2008)Sunting

Hasil daripada persembahan dua minggu sebelumnya menyaksikan Mark meninggalkan pentas, meninggalkan baki empat untuk bertarung dengan lagu-lagu cinta.

  • Tersingkir: Mark Glenn Malim (Mark)
  • Mark - "If You Were My Baby" (Rick Price)
No Peserta Lagu (penyanyi asal)
1 Ab "Swear It Again" (Westlife)
2 Ayu "My All" (Mariah Carey)
3 Sarah "I Turn To You" (Christina Aguilera)
4 Shila "Contigo en la Distancia" (Luis Miguel)

Shila terkenal kerana menyanyikan lagu Sepanyol, oleh itu dikatakan oleh Moss sebagai akhirnya membuat dirinya diambil serius. Selebihnya, bagaimanapun, diberikan sedikit teguran yang kurang menghiburkan, dengan Sarah dan Ayu menegur kerana "boleh diramal" manakala Ab ditunjuk untuk pakaiannya yang mengingatkan Syafinaz tentang penguin dalam Happy Feet.



Minggu 9: Top 3 - Semi Final (22 Februari 2008)Sunting

OIAM telah bertukar menjadi pertarungan yang melibatkan semua wanita setelah penyingkiran Ab sebagai "lelaki terakhir yang bertahan". Memandangkan hanya tinggal tiga finalis, masing-masing perlu menyanyikan dua lagu: satu dipilih oleh peserta lain dan satu lagi oleh penganjur persembahan.

  • Tersingkir: Abraham Edwin Dungot (Ab)
  • Ab - "Salome" (Chayanne)

Pusingan Pertama

No Peserta Lagu (penyanyi asal)
1 Sarah "Sinaran" (Sheila Majid)
2 Ayu "Ketentuan" (Ramlah Ram)
3 Shila "Bukan Milikmu Lagi" (Agnes Monica)

Pusingan Kedua

No Peserta Lagu (penyanyi asal)
1 Sarah "Apologize" (Timbaland & One Republic)
2 Ayu "Dialah Dihati" (Dato' Siti Nurhaliza)
3 Shila "Love Like This" (Natasha Bedingfield & Sean Kingston)


Minggu 10: Top 2 - Grand Finale (29 Februari 2008)Sunting

Disebabkan sekatan yang dikenakan ke atas 8TV ekoran tindakan Faizal Tahir, Grand Final OIAM tidak dapat disiarkan secara "live", sebaliknya ditangguhkan 30 minit dari Stadium Melawati, Shah Alam. (Perhatikan bahawa sekatan pada asalnya juga melarang siaran tertunda.)

Konsert itu dimulakan dengan kemunculan semula lapan peserta lain yang tersingkir awal musim ini, untuk persembahan kumpulan: Joni, Rina, Tiara dan Intan mengalahkan Lady Marmalade diikuti Rony, Mark, Ab dan Iz dengan Alright Now, dan selepas itu, kesemua lapan digabungkan untuk mempersembahkan Itu Kamu. Persembahan pembukaan berakhir dengan Top 3 — Sarah, Shila dan Ayu — mempersembahkan Destinasi Cinta.

Seperti yang diumumkan, salah seorang daripada mereka akan tersingkir sebelum pertarungan, sekali gus terlepas mengejar habuan RM1 juta ke Top 2, dan orang itu ialah Sarah yang terpaksa memberi laluan kepada Ayu dan Shila. Setiap Top 2 menyanyikan tiga lagu setiap satu: satu pilihan juri, satu pilihan sendiri dan satu gubahan baharu oleh beberapa penulis lagu terkemuka Malaysia.

  • Tersingkir: Siti Sarah binti Raisuddin (Sarah)
  • Sarah - "Pasti Berbeza"
    (Lagu: Audi Mok / Lirik: Nur Fatima)

Pusingan Pertama

No Peserta Lagu (penyanyi asal)
1 Ayu "Samudera" (Nora)
2 Shila "Contigo en la Distancia" (Luis Miguel

Pusingan Kedua

No Peserta Lagu (penyanyi asal)
1 Ayu "Ceritera Cinta" (Jaclyn Victor & Rio Febrian)
2 Shila "Memori Tercipta" (Shila)
Lagu: Aubrey Suwito
Lirik: Tinta S

Pusingan Ketiga

No Peserta Lagu (penyanyi asal)0
1 Ayu "Hanya Di Mercu" (Ayu)
Lagu: Aubrey Suwito
Lirik: Habsah Hassan
2 Shila "Oops... I Did It Again" (Britney Spears) + "Stuck" (Stacie Orricco)
  • Naib Juara: Nur Shahila binti Amir Amzah
  • Juara: Norayu binti Damit (Ayu)


Kumpulan muzik bebas tempatan Hujan menjadi penghibur jemputan pada malam itu, mempersembahkan Pagi yang Gelap dan Empayarmu selepas kedua-duanya menamatkan persembahan pertarungan mereka. Walaupun sudah mengundi, namun Sarah diberi peluang untuk menyanyikan lagu baharunya daripada Audi Mok dan Nurfatima, Pasti Berbeza. Detik-detik menjelang pengumuman keputusan akhir Ayu dan Shila berduet dengan "Aku Bukan Untukmu".

Kira-kira jam 10:55 malam (waktu siaran), Awal mengumumkan juara bukan sahaja meraih RM1 juta, malah wang tunai itu akan dijamin oleh OIAM untuk kepentingan kerjaya muziknya. Selepas seketika tegang apabila satu cek animasi terpapar di skrin, perlahan-lahan memaparkan nama pemenang, akhirnya Awal dan Marion menobatkan Norayu binti Damit sebagai juara OIAM musim kedua.

Carta penyingkiranSunting

Mengikut susunan penyingkiran.

Ked Persembahan Mingguan
Peserta Top 10 (28/Dis) Top 9 (04/Jan) Top 8 (11/Jan) Top 7 (18/Jan) Top 6 (25/Jan) Top 5 (01/Feb) Top 4 (15/Feb) Semi Final (22/Feb) Grand Finale (29/Feb)
1 Ayu Selamat Selamat 3 tercorot Selamat Selamat Selamat Selamat Selamat Juara
2 Shila Selamat Selamat Selamat Selamat Selamat Selamat Selamat Selamat N. Juara
3 Sarah 3 tercorot 2 tercorot Selamat Selamat 2 tercorot 3 tercorot 3 tercorot 2 tercorot Ketiga
4 Ab Selamat 2 tercorot Tersingkir
5 Mark Selamat Tersingkir
6 Shone Selamat Tersingkir
7 Joni Selamat Tersingkir
8 Intan Selamat 3 tercorot 2 tercorot Tersingkir
9 Iz Selamat Tersingkir
10 Tiara Selamat Tersingkir
11 Rony Tersingkir
12 Rina Tersingkir
Klu
  •      Peserta berjantina lelaki
  •      Peserta berjantina wanita
  •      Peserta yang menjadi juara.
  •      Peserta yang menjadi naib juara.
  •      Peserta yang telah disingkirkan namun menduduki tempat ketiga.
  •      Peserta yang masih selamat dan kekal dalam pertandingan.
  •      Peserta yang berada dikedudukan tercorot.
  •      Peserta yang telah disingkirkan.

RujukanSunting

  1. ^ 8tv.com.my One in a Million Season Two auditions[1]
  2. ^ Terrina Hussain (10 December 2007). "One in a Million Season 2: Episode 4". gua.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-03-09. Dicapai pada 2007-12-12.

Pautan luarSunting