Paul Moss yang berasal daripada New Zealand, pernah menyandang jawatan sebagai pembantu pengarah A&R syarikat rakaman Positive Tone sejak penubuhannya pada tahun 1994 sehinggalah tahun 2003. Selama tempoh beliau bertugas di sana, beliau telah memerhati perubahan dalam persada muzik Malaysia yang mendirikan pasaran-pasaran baru untuk artis-artis yang mempersembahkan lagu bahasa Inggeris dan genre-genre muzik yang baru.

Paul Moss
Paul Moss sebagai seorang juri Malaysian Idol.
Kelahiran
Paul Raymond Moss

Nama lainPaul Moss
Kerjaya muzik
PekerjaanPenerbit lagu, Komposer lagu dan Penggubah muzik
Tahun aktif1988-kini
Pengkarya berkait

Asal-usul sunting

Sebelum menetap di Malaysia, Moss pernah menjadi penulis lagu, pemain gitar dan pengarah muzik untuk kumpulan pop antarabangsa Aishah and The Fan Club.

Kumpulan ini berasal daripada New Zealand dan dianggotai oleh lima ahli kumpulan, iaitu Moss sebagai pemain gitar, Malcolm Smith sebagai pemain keyboard, Glenn Peters sebagai pemain gitar bass, Dave Larsen sebagai pemain dram dan seorang anak Malaysia yang bernama Aishah sebagai penyanyi utama.

Aishah and The Fan Club amat popular pada tahun 1990. Album pertama mereka "SENSATION" telah berjaya menaikkan tiga buah single pada kedudukan #1 di carta New Zealand dan Malaysia: "Sensation", "Paradise" dan "Call Me".

Album seterusnya "RESPECT THE BEAT", juga berjaya menaikkan tiga single hit, iaitu "I Feel Love", "Never Gave Up On You" dan juga "Don't Let Me Fall Alone" yang juga merupakan satu-satunya single yang muncul di dalam Carta Billboard Hot 100 di AS. Versi remix bagi lagu tersebut juga menjadi antara lagu-lagu yang paling popular diputarkan dalam kelab malam pada masa itu.

Setelah berpecahnya kumpulan ini pada tahun 1993, Aishah meneruskan kerjayanya sebagai penyanyi solo, sementara ahli-ahli kumpulan yang lain kemabali ke New Zealand kecuali Paul Moss yang membuat keputusan untuk menetap di Malaysia pada tahun 1995 hingga kini. Beliau bersama Ahmad Izham Omar (Ketua Pegawai Operasi 8TV) menubuhkan syarikat rakaman Positive Tone di bawah label edaran EMI.

Paul Moss bertanggungjawab dalam menandatangani kontrak artis, pengarahan artistik, rakaman muzik, penerbitan album dan perkembangan kandungan semasa bertugas di Positive Tone. Paul Moss juga merupakan seorang penerbit, penulis dan penggubah muzik yang telah berjaya menyandang banyak memenangi anugerah muzik. Beliau pernah menerbitkan sebilangan besar album bagi artis tempatan yang bertaraf emas dan platinum, yang juga telah memenangi Anugerah Industri Muzik (AIM). Antara artis-artis tempatan yang pernah menjadi naungan Paul Moss termasuklah kumpulan OAG, Innuendo dan Juliet the Orange. Moss juga pernah bekerjasama dengan artis-artis tempatan lain, seperti Too Phat, Ella dan Nice Stupid Playground.

Juri dan pengkritik sunting

Paul Moss menyandang tugas sebagai pengkritik di Malaysian Idol, rancangan realiti yang dijadikan sebahagian francais pertandingan menyanyi "Idol" yang berasaskan rancangan UK Pop Idol. Bersama Roslan Aziz and Fauziah Latiff, Paul Moss meluahkan pandangan beliau terhadap peserta-peserta Malaysian Idol dengan komen-komen yang pedas, menyebabkan beliau sering dibandingkan dengan Simon Cowell, pengkritik American Idol.

Beliau juga memegang peranan sebagai juri tetap dalam program realiti One in a Million (Malaysia) di samping Syafinaz Selamat. Gandingan Paul Moss dan Syafinaz Selamat selaku juri tetap bagi program One in a Million (OiAM) pernah dicalonkan untuk anugerah Best On Screen Chemistry Award dalam Anugerah Shout! pada tahun 2009[1].

Pautan Luar sunting

  1. ^ Tan, Jessica (17 Julai 2010). "Shout! Awards Tonight". News. Dicapai pada 13 Ogos 2018.