Anugerah Juara Lagu ke-31


Anugerah Juara Lagu ke-31 (AJL31) merupakan konsert dan majlis penghargaan tahunan bagi karya muzik Malaysia yang diperkumandangkan dalam carta Muzik Muzik TV3 musim 2016. Tema untuk acara tahun ini ialah "Cerita Dalam Lagu" yang mana ia mengangkat konsep seni kata dan penciptaan lagu yang diinterpretasikan daripada sesebuah cerita.

Anugerah Juara Lagu
ke-31
Tarikh22 Januari 2017
TempatDewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur
PengacaraFarah Fauzana, Fizie Roslan, Sarimah Ibrahim & Awal Ashaari
PenerbitNurhul Huda Khalid
Tempoh Tayangan3 jam
Juara LaguLelaki Teragung
  • ← ke-30
  • ke-32 →

Lagu "Lelaki Teragung" nyanyian Dayang Nurfaizah (ciptaan Natasyah dan lirik oleh Iman Imran) mengungguli Anugerah Juara Lagu Ke-31 (hadiah RM50,000 + trofi).[1] Malah, Dayang Nurfaizah juga menerima anugerah Vokal Terbaik (hadiah RM12,000 + trofi) untuk 3 tahun berturut-turut. Lagu "Terimaku Seadanya" (Ajai) dan "Sudah Ku Tahu" (Razif) masing-masing memenangi tempat kedua (hadiah RM35,000 + trofi) dan tempat ketiga (hadiah RM20,000 + trofi). Manakala lagu "Hang Pi Mana" nyanyian Kumpulan Khalifah berjaya memperoleh anugerah Persembahan Terbaik (hadiah RM12,000 + trofi).

Separuh Akhir Muzik Muzik sunting

Setelah selesai program mingguan carta Muzik Muzik 31, acara Separuh Akhir Muzik Muzik 31 diadakan selama dua pusingan bagi memilih 12 lagu yang layak ke AJL daripada 29 buah lagu yang telah terpilih.

Finalis sunting

Untuk melihat senarai semi-finalis untuk Juara Lagu ke-31, sila lihat Separuh Akhir Muzik Muzik 31.

Untuk merujuk senarai penuh finalis sepanjang penganjuran AJL, sila lihat Senarai lagu finalis Anugerah Juara Lagu.

Berikut adalah senarai finalis mengikut turutan giliran persembahan yang berentap di AJL ke-31:

Giliran Tajuk Lagu Komposer Penulis Lirik Penyanyi Petikan Album Label Keputusan
1 "Obses" Akim Ahmad (Hang Nadim)
Zarimi Zahari (Laq)
Akim Ahmad dan
Kumpulan The Majistret
"Patriot" [2] NOVA Muzik - Astro Entertainment Finalis
2 " Ku Rela Dibenci" Yusri Ishak (A.C.K.) Hazelina Mat Ali (Riena) Aiman Tino [3];
kemudian dimuatkan dalam "Anugerah Terbaik" (2019) [4]
Aries Music
3 "Anugerah Terindah" Omar Khan Rahmattullah Khan (Omar K) Black Hanifah [5] Seventeen Eleven Music - Monkey Bone
4 "Setia" Faizal Tahir
Mike Chan
Ezra Kong
Elizabeth Tan
Faizal Tahir (diganti oleh Awi Rafael)
[6] Warner Music - Faithful Music
5 "Kalah Dalam Menang" Syamsul Yusof Mawi
Syamsul Yusof
"Runut Bunyi Filem Munafik" [7] Sony Music - Arteffects Productions
6 "Hang Pi Mana" Ahmad Sairi Haslan bin Mohd Redzwan (Harry Khalifah) Mohammad Qidam bin Abdullah (Yabang Khalifah) Kumpulan Khalifah "Cerita Kita" [8] MVM - Padu Records Persembahan Terbaik
7 "Terakhir" Sharman Daniel (Sirkhan)
Fadzrin Zulkurnain Yusoff (Rinkarnain)
Sharman Daniel (Sirkhan)
Sufian Suhaimi
Sufian Suhaimi [9] Aries Music Finalis
8 "Di Amaran Mama" Mohd Faizal Maas (Ajai) Ahmad Shahadrian Abdul Samad (Ad Samad) Hazama Azmi
The Penglipurlara
[10] NOVA Muzik - Astro Entertainment
9 "Lelaki Teragung" Natasyah Ahmad Rudy Imran Shamsudin (Iman Imran) Dayang Nurfaizah [11];
kemudian dimasukkan dalam "Dayang Nurfaizah" (2017) [12]
Indigital Music - DN&AD Juara
Vokal Terbaik
10 "Terima Ku Seadanya" Mohd Faizal Maas (Ajai) Misha Omar
Hafiz Suip
[13] Sony Music - Astro Entertainment Naib juara
11 "Sudah Ku Tahu" Razif Zainuddin (Razif) Kumpulan Projector Band [14];
kemudian dimuatkan dalam"Setia Menantimu" (2018) [15]
MAP Music Ketiga
12 "Selamanya Cinta" Nurshahila Amir Hamzah (Shila Amzah) Shila Amzah
Alif Satar
"My Journey 心旅" [16] Sony Music- Shila Amzah Entertainment / Shilala (HK) Ltd. Finalis

Pemenang sunting

Jemaah Juri sunting

Untuk merujuk senarai penuh juri-juri yang pernah dilantik sepanjang penganjuran AJL, sila lihat Senarai Jemaah Juri Anugerah Juara Lagu.

Trivia sunting

  • Rata-rata penyanyi yang mara ke AJL edisi kali ini memperlihatkan barisan penyanyi baharu dan buat pertama kali melayakkan diri ke pentas Anugerah Juara Lagu, seperti Sufian Suhaimi, Projector Band, Alif Satar (duet bersama Shila Amzah), Aiman Tino, Syamsul Yusof dan Kumpulan Khalifah.
  • Dayang Nurfaizah merupakan artis senior memasuki Anugerah Juara Lagu. Dayang pertama kali menyertai semasa AJL-16 (2001) dan memenangi kategori balada dengan lagu "Seandainya Masih Ada Cinta".
  • Edisi kali juga memperlihatkan penyanyi yang pernah memenangi kategori Vokal Terbaik iaitu Misha Omar (2003 & 2004), Black Hanafiah (2009), Hafiz Suip (2010 , 2011 & 2012) dan Dayang Nurfaizah (2014 & 2015).
  • 3 band/kumpulan berjaya ke pentas akhir AJL iaitu Projector Band,Kumpulan Khalifah dan Kumpulan Akim & The Majistret.
  • Lagu "Kalah Dalam Menang" (Mawi & Syamsul Yusof) merupakan lagu tema (OST) filem Munafik. Lagu ini mengulangi sejarah lagu "Gelisah Mimpi" (AJL-17) yang merupakan OST filem "KL Menjerit", "Pulangkan" (AJL-19) yang merupakan OST filem "Pontianak Harum Sundal Malam" , "Ku Seru" (AJL-21) yang merupakan OST filem "Pontianak Harum Sundal Malam 2" dan "Ombak Rindu" (AJL-27) yang merupakan OST filem "Ombak Rindu".
  • Lagu "Lelaki Teragung" (Dayang Nurfaizah) merupakan lagu tema (OST) drama 7 Hari Mencintaiku yang masih dalam tayangan semasa Separuh Akhir Muzik-Muzik 31 dan berjaya meraih Juara Lagu dan Vokal Terbaik sekaligus menjadi lagu runut bunyi drama kedua yang memenangi Juara Lagu selepas lagu "Potret" (Akim & The Majistret) untuk drama Dia Isteri Luar Biasa.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting