Suhaimi Mohd Zain
Datuk Suhaimi Mohd Zain atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah (26 September 1958 – 25 September 2018)[1][2] merupakan seorang penggubah lagu dan penerbit rakaman Malaysia. Beliau terkenal dengan memperjuangkan muzik Irama Malaysia setelah diperkenalkan oleh Bidunita Negara Datuk Sharifah Aini ke arus perdana melalui lagu Nostalgia Aidilfitri (1993). Setelah itu karya beliau banyak dipersembahkan oleh penyanyi terkenal termasuk Noraniza Idris, Datuk Jamal Abdillah, Dato' Sri Siti Nurhaliza dan Syura Badron.[3]
Datuk Pak Ngah PJN JSM | |
---|---|
Latar belakang | |
Nama lahir | Suhaimi bin Mohd Zain |
Kelahiran | Kampung Baru, Kuala Lumpur, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) | 26 September 1958
Meninggal dunia | 25 September 2018 Tanjung Pinang, Indonesia | (umur 59)
Pekerjaan | Penggubah lagu, penerbit rakaman |
Instrumen | Akordion |
Tahun aktif | 1986–2018 |
Pengkarya berkait | Sharifah Aini, Noraniza Idris, Siti Nurhaliza, Syura Badron |
Beliau telah meninggal dunia di Tanjung Pinang, Indonesia pada 25 September 2018 akibat serangan jantung, sehari sebelum ulang tahun kelahirannya yang ke-60.[4]
Kehidupan awal
suntingPak Ngah dilahirkan pada 26 September 1958 di Kampung Baru, Kuala Lumpur dan merupakan anak kedua dan anak lelaki tunggal dalam keluarga dari lima adik-beradik. Setelah tamat peperiksaan MCE ketika itu, Pak Ngah telah ditawarkan sebagai pemuzik sepenuh masa di Kompleks Budaya Negara (KBN) sekitar tahun 1977 iaitu ketika berumur 19 tahun. Semasa di KBN, beliau mengambil peluang untuk mempelajari seni muzik dengan lebih mendalam. Ketika inilah beliau berpeluang menyertai pelbagai kelas muzik tradisional.[1]
Kerjaya muzik
suntingPak Ngah memulakan kerjaya awal sebagai pereka bunyi pada 1987. Beliau menubuhkan syarikat rakaman sendiri Pak Ngah Production Sdn. Bhd. pada 26 Oktober 1995.[5] Pak Ngah mencipta sejarah tersendiri apabila muncul sebagai komposer dan penulis lirik pertama yang layak dalam kategori Irama Malaysia apabila tiga lagunya—"Hati Kama", "Samrah Mentari" dan "Dondang Dendang" dipertandingkan menerusi Anugerah Juara Lagu 1999 yang melayakkan beliau memenangi kategori itu.
Beliau juga menerbitkan album Ala Dondang nyanyian Noraniza Idris pada tahun 1997. Pak Ngah kemudian menerbitkan album ketiga Siti Nurhaliza, Cindai yang dikeluarkan pada 17 November 1997. Album itu mendapat mendapat pengiktirafan lima platinum pada tahun 2000 atas penjualan melebihi 250,000 unit.[6]
Allahyarham juga pencipta lagu patriotik "Jalur Gemilang". Pak Ngah juga merupakan penerbit album Seri Balas oleh Noraniza Idris dan Siti Nurhaliza.[7] Beliau kembali bekerjasama dengan Siti menerusi lagu "Hari Kemenangan" yang dikeluarkan pada Jun 2016, semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri.[8][9] Pada tahun 2017, Pak merupakan juri yang mewakili Malaysia dalam D'Academy Asia musim ketiga.[10]
Kematian dan legasi
suntingPada 21 September 2018, beliau bersama keluarganya Isteri Datin Sharifah Mahani Syed Kassim Barakhbah serta anak Siti Syafrina ,Megat Mohd Syahraini dan anak saudara Puteri Syazwani telah pergi ke Tanjung Pinang , Indonesia untuk bercuti.[4] Pada 25 September, beliau telah menghadapi serangan jantung lalu meninggal dunia pada jam 3:05 petang di Tanjung Pinang, Batam,[11] sehari sebelum ulang tahun kelahirannya ke-60 pada 26 September 2018.[1][12][4] Jenazah beliau selamat tiba di Terminal Feri Pasir Gudang, Pasir Gudang, pada 10.18 pagi 26 September sebelum tiba di Masjid Jamek Kampung Baru kira kira jam 3.10 petang untuk disembahyangi.[4][13] Kemudian, jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Ampang selepas solat Asar. Turut hadir ketika pengebumian jenazah Pak Ngah ialah Dato' Sri Siti Nurhaliza, Noraniza Idris, Syura, Nassier Wahab, Datuk Jalaluddin Hassan dan beberapa rakan artis.[4]
Pak Ngah merupakan individu yang amat dikenali dalam industri hiburan Malaysia terutamanya bagi penggiat Irama Malaysia. Pada 29 September 2018, Harian Metro menyenaraikan 10 karya unggul ciptaan beliau yang dinyanyikan oleh 10 penyanyi terkenal bagi menghargai sumbangan beliau dalam bidang muzik.[14]
Diskografi
suntingAlbum terbitan
sunting- Seraut Wajah Semerdu Suara - Sharifah Aini (1993)
- Ala dondang - Noraniza Idris(1997)
- Masyhur - Noraniza Idris (1998)
- Cindai - Siti Nurhaliza (1998)
- Yayadan - Sharifah Aini (1998)
- Samrah - Jamal Abdillah
- Seri Balas - Siti Nurhaliza & Noraniza Idris (1999)
- Bekaba - Noraniza Idris (1999)
- Konsert Live Siti Nurhaliza ( 1999)
- Iktiraf - Noraniza Idris (2000)
- Sahmura - Siti Nurhaliza (2000)
- Aidilfitri Di Alaf Baru - Suria Records (2000)
- Konsert Mega Siti Nurhaliza - (2001)
- Safa - Siti Nurhaliza - (2001)
- Sanggar Mustika - Siti Nurhaliza (2002)
- Anugerah Aidilfitri - Siti Nurhaliza (2003)
- Balaghah - Syura (2004)
- Syahda Berdendang - Syura (2007)
- Permata Irama - Siti Nurhaliza (2007)
- Zapin Suri - Haziq Rosebi (2008)
- Lentera Timur - Siti Nurhaliza (2008)
- Pewaris Lagu² Tradisional - Siti Nurhaliza (2012)
- Hari Kemenangan (Single Lagu Raya) -Siti Nurhaliza (2016)
Filemografi
suntingDokumentari
sunting- Siti Nurhaliza (2012)
Televisyen
sunting- D'Academy Asia musim pertama (2015) sebagai juri
- D'Academy Asia musim kedua (2016)
- D'Academy Asia musim ketiga (2017)
Anugerah
suntingTahun | Anugerah | Penerima | Karya tercalon | Anugerah | Keputusan |
---|---|---|---|---|---|
1997 | Anugerah Industri Muzik ke-4 | dipersembahkan oleh Noraniza Idris ;
Penerbit: S. Atan/Suhaimi Md. Zain |
Ala Dondang | Album Pop Etnik Terbaik | Menang |
1998 | Anugerah Juara Lagu ke-13 |
Komposer:Pak Ngah Lirik:Hairul Anuar Harun |
"Cindai" | Juara Kategori Irama Malaysia | |
Pemenang Keseluruhan | |||||
1998 | Anugerah Industri Muzik ke-5 | dipersembahkan oleh Noraniza Idris ;
Penerbit: Suhaimi Md. Zain |
Masyhur (album) | Album Pop Etnik Terbaik | |
1999 | Anugerah Juara Lagu |
Komposer:Pak Ngah Lirik:Hairul Anuar Harun
|
"Hati Kama" | Juara Kategori Irama Malaysia | |
2000 | Anugerah Juara Lagu ke-15 |
Komposer:Pak Ngah Lirik:Hairul Anuar Harun |
"Balqis" | Juara Kategori Etnik Kreatif
|
Menang |
2000 | Anugerah Industri Muzik ke-7 |
dipersembahkan oleh Noraniza Idris & Siti Nurhaliza ; Penerbit: Suhaimi Md. Zain |
Seri Balas | Album Terbaik & Album Pop Etnik Terbaik | Menang |
2001 | Anugerah Industri Muzik ke-8 | dipersembahkan oleh Siti Nurhaliza ;
Penerbit: Suhaimi Md. Zain,S Atan/To'ki/Rosli Selasih |
Sahmura | Album Pop Etnik Terbaik | Menang |
2002 | Anugerah Juara Lagu ke-17 |
Komposer:Pak Ngah Lirik:Che'kem |
Nirmala | Juara Kategori Etnik Kreatif
Juara Persembahan Terbaik |
Menang |
2007 | Anugerah Industri Muzik ke-14 | dipersembahkan oleh Syura ;
Penerbit: Pak Ngah, Eddie Hamid |
Syahda Berdendang | Album Pop Etnik Terbaik | Menang |
2009 | Anugerah Industri Muzik ke - 16 | dipersembahkan oleh Siti Nurhaliza ;
Penerbit: Siti Nurhaliza/Johari Teh/Johan Nawawi/Katon Bagaskara/M. Nasir/Khairil Johari Johar/Adnan Abu Hassan/Zul Mahat/S Atan/Fauzi Marzuki/Pak Ngah |
Lentera Timur | Album Pop Etnik Terbaik | Menang |
Rujukan
sunting- ^ a b c "Perjalanan terakhir Pak Ngah Suhaimi". Astro Awani. 28 September 2018. Dicapai pada 29 September 2018.
- ^ Ifqdar Rahman (25 September 2018). "Komposer Pak Ngah Suhaimi meninggal dunia". Utusan Malaysia. Dicapai pada 26 September 2018.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-12-12. Dicapai pada 2015-12-12.
- ^ a b c d e "Hasrat sambut hari lahir di tanah air tak kesampaian". Berita Harian. 26 September 2018. Dicapai pada 2 Oktober 2018.
- ^ "Pejuang irama Malaysia Pak Ngah meninggal dunia". Astro Awani. 25 September 2018. Dicapai pada 29 September 2018.
- ^ Zainal Alam Kadir (1 December 1997). "Group chalking up record sales". New Straits Times. m/s. 4 (Life & Times). Dicapai pada 3 March 2018.
- ^ "Album tradisional.... Siti dan Noraniza berduet". Utusan Malaysia. 20 Oktober 1998. Dicapai pada 10 Disember 2015.
- ^ My News Hub Staff (22 Mei 2016). "'Hari Kemenangan' Single Terbaru Hari Raya Datuk Siti". MyNewsHub.cc. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-06-26. Dicapai pada 2016-06-23.
- ^ Nurul Dayana Simangoon (21 Mei 2016). "Siti Nurhaliza keluarkan lagu Hari Raya baru, yang pertama dalam 10 tahun". Berita Mediacorp. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-06-22. Dicapai pada 2016-06-23.
- ^ Meen Tahrim (14 November 2017). "Pak Ngah tidak mahu campur tangan". Sinar Harian. Dicapai pada 26 September 2018.
- ^ Sudirman Mohd Tahir (25 September 2018). "Pak Ngah sudah tiada". myMetro. Dicapai pada 23 Disember 2018.
- ^ Kemalia Othman (25 September 2018). "Pak Ngah Suhaimi meninggal dunia, rebah di Batam". mStar Online. Dicapai pada 26 September 2018.
- ^ Nurul Amanina Suhaini (26 September 2018). "Jenazah Pak Ngah tiba di tanah air". Harian Metro. Dicapai pada 29 September 2018.
- ^ Sudirman Mohd Tahir (29 September 2018). 10 ciptaan unggul Pak Ngah Harian Metro. Dicapai pada 2 Oktober 2018.