Sahmura

album ke-6 oleh Siti Nurhaliza

Sahmura[6] merupakan album studio keenam Siti Nurhaliza, dilancarkan tepat pada pukul 00:00, 1 Januari 2000. Pelancaran dibuat di KLCC ketika majlis menyambut alaf baru. Sahmura merupakan album tradisional bagi menyambung tradisi Malaysia, dan motto bagi album ini ialah, "Permulaan Untuk Seribu Tahun Lagi". Album ini telah terjual melebihi 50,000 unit.[7]

Sahmura
Album studio oleh
Dilancarkan pada1 Januari 2000 [1][2]
Dirakamkan padaJun 1999 - Disember 1999
GenrePop etnik, tradisional
Panjang48:54
BahasaBahasa Melayu Edit the value on Wikidata
SyarikatSuria Records
EMI Music Indonesia
PenerbitPak Ngah, S. Atan, To'Ki, Rosli Selasih
Kronologi Siti Nurhaliza
Pancawarna
(1999)
Sahmura
(2000)
Safa
(2001)
Single daripada Sahmura
  1. "Balqis"
    Dikeluarkan: 3 Januari 2000
  2. "Ya Maulai"
    Dikeluarkan: 21 April 2000
  3. "Mahligai Permata"
    Dikeluarkan: 8 September 2000
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Penarafan profesional
Markah ulasan
Sumber Taraf
Discogs 4/5 bintang[3]
Harian Metro 4/5 bintang[4]
New Straits Times 4/5 bintang[5]

Sahmura memuatkan beberapa sentuhan dari komposer terkenal, Pak Ngah, S. Atan, To'Ki dan Rosli Selasih. Antara single yang menyerlah ialah "Balqis" dan "Ya Maulai".

Latar belakang sunting

Selepas kejayaan album tradisional pertamanya, Cindai dan album tradisional duet Seri Balas bersama Noraniza Idris, pada Mei 1999, Siti Nurhaliza mengumumkan bakal muncul dengan album tradisional keduanya yang dijadualkan akan menjengah pasaran pada hujung 1999 atau sekurang-kurangnya pada awal sambutan Alaf Baru 2000.[8] Rakaman album Sahmura yang diterbitkan oleh To’Ki, Suhaimi “Pak Ngah” Zain (yang turut menjadi penerbit album Cindai) dan Rosli Selasih ini dijalankan pada Jun 1999 hingga Disember 1999.[8]

Tenaga kerja lain yang turut terlibat dalam pembikinan album Sahmura ialah Khir Rahman, S. Atan, Siso Kopratasa, Hairul Anuar Harun, Nurul Asyiqin dan Arid. Biarpun terkenal dengan lagu-lagu pelbagai genre seperti pop, R&B dan balada,ternyata Siti tidak pernah mengetepikan muzik tradisional dan etnik kerana beliau sememangnya dibesarkan oleh keluarga pencinta muzik tradisional.

Keluaran dan promosi sunting

Untuk mempromosikan Sahmura, lagu "Balqis", "Ya Maulai" dan "Mahligai Permata" telah dikeluarkan sebagai single. Ketiga-tiga lagu ini juga dipersembahkan oleh Siti untuk persembahannya di Konsert Mega Siti Nurhaliza pada 30 Jun 2001.[9] Pada Julai 2013, Siti menyanyikan "Balqis", "Ya Maulai" dan "Mahligai Permata" secara langsung yang diberikan gubahan baru oleh Yuzaifullah Mohd Yusof semasa persembahan beliau di konsert persembahan residensi beliau, Siti Nurhaliza in Symphony yang diadakan selama tiga hari di Dewan Filharmonik Petronas dan persembahannya menarik perhatian penonton yang hadir.[10]

Ulasan kritis sunting

Sahmura menerima ulasan dari pengkritik muzik. Marina Abdul Ghani dari The Malay Mail di dalam ulasan keseluruhan "Sahmura" mengulas "Seperti yang dijangkakan, Siti memberikan persembahan terbaiknya dalam album ini dan vokalnya semakin matang."[11] Zainal Alam Kadir dari New Straits Times memberikan taraf empat daripada lima bintang untuk album Sahmura.[5] Beliau berkata, "Sahmura adalah produk yang menggoda, hanya apa yang anda harapkan dari album pop yang baik, manis, hangat dan kaya."[5] Saniboey dari Harian Metro juga memberikan taraf empat bintang untuk Sahmura.[4] Beliau berkata mengenai ulasannya, "Secara keseluruhannya, saya dapati album ini mencabar kerana stilistiknya. Bahasa Melayu yang digunakan bukan bahasa arkaik, namun ia jarang diguna dan itu adalah cabaran utama kepada pendengar album ini."[4] Sahmura ialah satu lagi album yang berjaya secara komersial oleh Siti. Ia memuncak di puncak carta album tempatan RIM dan lebih daripada 100,000 unit telah dijual.[12]

Senarai runut sunting

No.TajukSeni kataGubahanMasa
1."Balqis"Hairul Anuar HarunPak Ngah4:42
2."Joget Kasih Tak Sudah"Nurul AsyiqinS. Atan5:07
3."Ya Maulai"Hairul Anuar HarunPak Ngah5:43
4."Pawana Sampaikan Salam"LokghaArid4:18
5."Mahligai Permata"MegamutiaraKhir Rahman4:21
6."Masri Manis"Khir RahmanKhir Rahman4:40
7."Berpantun Kasih"Siso KopratasaS. Atan4:45
8."Zapin Cinta Asmara"RozekTo'Ki4:36
9."Canggai"Tok WanRosli Selasih4:48
10."Keroncong Si Endang Endong"Raja KobatRaja Kobat5:32


Kedudukan carta sunting

Album

Carta (2000) Kedudukan tertinggi
carta
Malaysia (Carta RIM) 1[13]

Single

Tahun Tajuk Kedudukan tertinggi
Radio Muzik ERA fm HOT fm Muzik Muzik
2000

Balqis

1 1 - 1

Mahligai Permata

- - - -

Ya Maulai

10 17 - 2

Pensijilan sunting

Negara Pensijilan Jualan/penghantaran
Malaysia (RIM) 2x Platinum 100,000

Anugerah sunting

Anugerah Industri Muzik sunting

Tahun Penerima/Karya tercalon Kategori Keputusan
2001[14][15] Sahmura Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) Menang
Album Pop Etnik Terbaik Menang
Album Terbaik Tercalon
"Balqis" Gubahan Terbaik Di Dalam Lagu Tercalon

Anugerah Juara Lagu sunting

Tahun Penerima/Karya tercalon Kategori Keputusan
2000[16] "Balqis" Lagu Irama Malaysia dan Etnik Kreatif Terbaik Menang
Pemenang Keseluruhan Menang

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Sahmura di iTunes Malaysia.
  2. ^ Siti Nurhaliza – Sahmura di AllMusic.
  3. ^ Sahmura. Discogs.
  4. ^ a b c Saniboey (18 Januari 2000). "(Ulasan album)". Harian Metro. Dicapai pada 22 Disember 2017.
  5. ^ a b c Zainal Alam Kadir (10 Januari 2000). "'Formula' for success". New Straits Times. m/s. 5 (Life ... is). Dicapai pada 22 Disember 2017.
  6. ^ Sahmura (liner notes). Siti Nurhaliza. Suria Records. 2000. SRCD 00-23479.CS1 maint: others (link)
  7. ^ Akmal Abdullah (31 Disember 1999). "Sahmura sambut alaf baru". Berita Harian. Dicapai pada 12 Januari 2021.
  8. ^ a b Siti Nurhaliza rancang album terbaru Utusan Malaysia (23 November 1999).
  9. ^ Siti Nurhaliza -- Konsert Mega ketiga Jun Diarkibkan 2016-08-21 di Wayback Machine Utusan Malaysia (19 April 2001). Diperoleh pada 7 Julai 2016.
  10. ^ Sultan Muzaffar (16 Julai 2012). "Siti Nurhaliza Ke Dewan Filharmonik Petronas?". Gua.com.my. Dicapai pada 1 November 2013.
  11. ^ Marina Abdul Ghani (5 April 2000). "Pheaw, what a good effort". The Malay Mail. Dicapai pada 22 December 2017.
  12. ^ Hisham Harun (19 January 2000). "Hisham Harun's Hit List". New Straits Times. m/s. 5 (Life ... is). Dicapai pada 22 December 2017.
  13. ^ Hisham Harun’s hit list Hisham Harun (17 Februari 2000). New Straits Times. Accessmylibrary.com. Dicapai pada 6 Februari 2013.
  14. ^ "AIM 2001 -- Pencalonan lebih seimbang". Utusan Malaysia Online. 10 April 2001. Dicapai pada 21 September 2010.
  15. ^ "Senarai penuh pemenang AIM 2001". Utusan Malaysia Online. 30 April 2001. Dicapai pada 21 September 2010.
  16. ^ Juara Lagu 2000 -- Etnik kreatif terus bertakhta (21 November 2000) Utusan Malaysia Online. Diperoleh pada 24 Ogos 2010.

Pautan luar sunting