Hashim Said atau lebih dikenali sebagai S. Atan ialah seorang komposer muzik dari Singapura. Antara penyanyi terkenal yang pernah mengalunkan muziknya yang mencecah melebihi 1,000 karya lagu ialah Datuk Siti Nurhaliza, Tan Sri SM Salim, Datuk DJ Dave, Jamal Abdillah, Carefree, Black Dog Bone dan Allahyarham Sudirman Haji Arshad.[1]

S. Atan
Nama lahirHashim Said
Juga dikenali sebagai
S. Atan
Berasal dariSingapura Singapura
PekerjaanPenggubah lagu
Tahun aktif1970-an
Syarikat rakaman
EMI

KerjayaSunting

Sebelum beliau bekerja dengan syarikat rakaman EMI sebagai penerbit bermula pada tahun 1972, beliau ada bekerja dengan Majlis Bandaran Shah Alam. Selepas 13 tahun bekerja dengan EMI, beliau telah berpindah ke syarikat rakaman Irama Malaysia selama 2 tahun. Bagaimanapun, beliau akhirnya berhenti bekerja di Irama Malaysia untuk menjadi komposer dan penerbit album bebas.[2]

Kehidupan peribadiSunting

Hasil perkongsian hidup bersama Norizan Yeob, beliau dikurniakan lima orang anak iaitu Rozdi, Rozainie, Rozairie, Rozaimie dan Norhafieza. Beliau sekarang menetap di Kajang.[2]

RujukanSunting

  1. ^ Mohd. Yusman Awang (21 April 2009). "Ditaja dermawan Cina". Kosmo!. Diarkib daripada yang asal pada 23 Februari 2014. Dicapai pada 19 Januari 2014. Parameter |dead-url= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  2. ^ a b Muzlina Abu Bakar (18 Julai 2006). "S. Atan hidup selesa hasil muzik". Utusan Online. Diarkib daripada yang asal pada 28 Julai 2017. Dicapai pada 19 Mei 2011. Parameter |dead-url= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)

Pautan luarSunting