Pancawarna

Pancawarna[5] merupakan album studio kelima Siti Nurhaliza, dilancarkan pada 7 Mei 1999 oleh Suria Records. Pancawarna merupakan kesinambungan kepada Adiwarna. Antara single yang menjadi perhatian ramai adalah "Nian di Hati", "Engkau Bagaikan Permata", "Kau Kekasihku", dan "Seribu Kemanisan".

Pancawarna
Bsrcd23473.jpg
Album studio oleh
Dilancarkan pada
7 Mei 1999 [1]
Dirakamkan pada
1998-1999
GenrePop
Panjang49:00
Bahasabahasa Melayu
SyarikatSuria Records
PenerbitAzmeer, Zulkefli Majid, Helen Yap, Adnan Abu Hassan, Siso, Mark Wong, Ajai, Ross Ariffin, Alfa/Rummie & Salman
Kronologi Siti Nurhaliza
Seri Balas
(1999)
Pancawarna
(1999)
Sahmura
(2000)
Single dari album Pancawarna
  1. "Kau Kekasihku"
    Tarikh keluaran: 7 Februari 1999
  2. "Nian di Hati"
    Tarikh keluaran: 9 Jun 1999
  3. "Engkau Bagaikan Permata"
    Tarikh keluaran: 16 September 1999
  4. "Seribu Kemanisan"
    Tarikh keluaran: 4 Oktober 1999
Penarafan profesional
Markah ulasan
Sumber Taraf
Discogs 4/5 stars[2]
Harian Metro 3/5 stars[3]
New Straits Times 3.5/5 stars[4]

Dalam album ini juga termuatnya lagu bertajuk "Lelaki (warkah seorang anak)" yang didedikasikan kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad atas sumbangannya kepada negara. Album ini telah terjual melebihi 100,000 unit.[1]

PenerbitanSunting

Pancawarna amat kuat dipengaruhi oleh Siti, yang turut terlibat dalam penulisan lagu dalam album kelimanya. Hampir semua lagu yang di dalam album ini benar-benar mencabar persembahan vokal Siti dan lagu yang paling ketara ialah “Kurniaan dalam Samaran” dan “Nian di Hati”. Di dalam lagu Lembaran Cinta Pudar, Siti memuatkan monolog ringkas yang memberikan intrig kepada pendengar.

KeluaranSunting

Pancawarna dikeluarkan pada 7 Mei 1999 dan mendapat sambutan positif dengan jualan tertinggi sebanyak 100, 000 unitndan ia juga menduduki tangga pertama di carta album RIM.[6] Di samping itu, muzik video untuk lagu “Nian di Hati”, “Kau Kekasihku” dan “Engkau Bagaikan Permata” dikeluarkan.

Sepertimana empat album Siti Nurhaliza sebelum ini, album Pancawarna juga diterbitkan dalam versi alternatif dengan kulit album berbeza.

Ulasan kritisSunting

Menurut Marina Abdul Ghani dari The Malay Mail, Pancawarna merujuk kepada kepelbagaian gaya muzik yang dimuatkan di dalam album ini.[7] Album ini menerima ulasan bercampur daripada pengkritik. Saniboey dari Harian Metro memberikan tiga bintang untuk album ini.[3] Beliau mengulas album itu ketinggalan sasarannya, tidak konsisten dengan melodinya, dan terlalu licik.[3] Zainal Alam Kadir dari New Straits Times memberikan tiga separuh bintang.[4] Beliau mengulas pendapat Saniboey berhubung kemunculan genre balada meruntun jiwa di dalam album, tetapi tidak berasa ragu-ragu dengan vokal Siti.[4] Dalam ulasan positif oleh Marina dari The Malay Mail, beliau mengulas vokal Siti dan bagaimana Siti membawakan vokalnya di dalam album.[7]

Karya seni albumSunting

Kulit album Pancawarna menampilkan empat slaid gambar Siti Nurhaliza yang mana beliau menggayakan kemeja-t panjang berwarna kuning. Fotografi bagi kulit album ini dirakamkan oleh Bustamam.[8]

Senarai runutSunting

No. TajukPenulis Masa
1. "Nian di Hati"  Azmeer, Azam Dungun 5:21
2. "Seribu Kemanisan"  Zulkefli Majid, Azlan Abu Hassan 4:59
3. "Engkau Bagaikan Permata"  Helen Yap, Sham Amir Hussain & Siti Nurhaliza 5:09
4. "Salju Kasih-Nya"  Adnan Abu Hassan, Hani MJ 4:37
5. "Lelaki (warkah seorang anak)"  Siso Kopratasa, Habsah Hassan 4:37
6. "Kedamaian"  Mark Wong, Hani MJ 4:54
7. "Kau Kekasihku"  Ajai, Alam Maya 5:24
8. "Kurniaan Dalam Samaran"  Ross Ariffin, S. Amin Shahab 4:21
9. "Langkah Di Persada"  Rickie Koes, Tisya 4:36
10. "Lembaran Cinta Pudar"  Salman, Habsah Hassan 5:33

Tenaga kerjaSunting

Kredit diperoleh daripada sisipan buku kecil album Pancawarna.[8]

  • Ajai - penerbit
  • Alfa/Rummie - penerbit
  • Ross Ariffin - penerbit
  • Ariffin - unit promosi
  • Azmeer - penerbit
  • Bard - unit promosi
  • Bustamam - fotografi
  • CT - vokal
  • Daniel - vokal
  • Azam Dungun - penulis lirik
  • Jason Foo - koordinator produksi
  • Adnan Abu Hassan - penerbit
  • Hazlan Abu Hassan - penulis lirik
  • Sham Amir Hussain - pengurus A&R, penulis lirik
  • Habsah Hassan - penulis lirik
  • June - vokal
  • Ricky Koes - penerbit
  • Siso Kopratasa - penerbit
  • Genesis Mastering Lab - mastering
  • Lau - jurutera

  • Lin - unit promosi, vokal
  • Tan Su Loke - penerbit eksekutif
  • Zulkefli Majid - koordinator A & R, penerbit, vokal
  • Alam Maya - penulis lirik
  • Hani MJ - penulis lirik
  • Nan - unit promosi
  • Siti Nurhaliza - penulis lirik
  • Nurul - jurusolek
  • AS Design & Print - penciptaan
  • Rahayu - unit promosi
  • Salman - penerbit
  • Shon - vokal
  • S. Amin Shahab - penulis lirik
  • Alison Tee - pengurus projek
  • Tisya - penulis lirik, vokal
  • Vincent - jurutera
  • Mark Wong - penerbit
  • Wong - jurutera
  • Helen Yap - penerbit

PensijilanSunting

Negara Pensijilan Jualan/penghantaran
Malaysia (RIM) 2x Platinum 100,000[9]

Kedudukan cartaSunting

Album

Carta (1999) Kedudukan tertinggi
carta
Malaysia (Carta RIM) 1[10]

Single

Tahun Tajuk Kedudukan tertinggi
Radio Muzik ERA fm HOT fm Muzik Muzik
1999

Nian di Hati

3 2 - 1

Kau Kekasihku

1 1 - 1

Engkau Bagaikan Permata

15 - - 4

Seribu Kemanisan

17 14 - -

Anugerah dan pencalonanSunting

Anugerah Industri MuzikSunting

Tahun Penerima/Karya tercalon Kategori Keputusan
2000[11][12] Pancawarna Album Pop Terbaik Tercalon
Persembahan Vokal Terbaik di dalam Lagu (Wanita) Menang
Nian di Hati Lagu Terbaik Tercalon

Anugerah Juara LaguSunting

Tahun Penerima/Karya tercalon Kategori Keputusan
2000 Kau Kekasihku Lagu Balada Terbaik Menang
Nian di Hati Lagu Balada Terbaik Tercalon
Engkau Bagaikan Permata Lagu Pop Rock Terbaik Menang

Anugerah URSSunting

Tahun Penerima/Karya tercalon Anugerah Keputusan
2001 "Kau Kekasihku" Pilihan Kegemaran untuk Lagu Balada Menang

RujukanSunting

  1. ^ a b Pancawarna oleh Siti Nurhaliza di iTunes Malaysia
  2. ^ Pancawarna. Discogs.
  3. ^ a b c Saniboey (20 Julai 1999). "(Ulasan album)". Harian Metro. Dicapai pada 17 Disember 2014.
  4. ^ a b c Zainal Alam Kadir (19 July 1999). "Nadia working on a new album". New Straits Times. m/s. 4 (Life & Times). Dicapai pada 17 December 2017.
  5. ^ Siti Nurhaliza – Pancawarna Diarkibkan 2016-10-05 di Wayback Machine di Siti Sentral @ Weebly.com
  6. ^ Zul Husni Abdul Hamid (15 January 2001). "Jualan album solo Siti cecah sejuta unit". Berita Harian. Dicapai pada 26 November 2017.
  7. ^ a b Marina Abdul Ghani (11 August 1999). "Another winner from Siti!". The Malay Mail. Dicapai pada 17 December 2017.
  8. ^ a b Pancawarna (liner notes). Siti Nurhaliza. Suria Records. 1999.CS1 maint: others (link)
  9. ^ "Pancawarna". SitiZone. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-02-24. Dicapai pada 12 Jun 2010.
  10. ^ Hisham Harun's hit list Hisham Harun (8 October 1999). New Straits Times. Accessmylibrary.com. Diperoleh pada 6 Februari 2013.
  11. ^ "AIM 2000 tiada tempat untuk Siti Nurhaliza?". Utusan Malaysia Online. 9 April 2000. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-03. Dicapai pada 21 September 2010.
  12. ^ "Malam Sensasi AIM 2000". Utusan Malaysia Online. 24 April 2000. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-03. Dicapai pada 21 September 2010.

Pautan luarSunting