Syahda Berdendang adalah sebuah album berkonsepkan Pop Tradisional yang memuatkan rangkaian lagu-lagu bernuansa zapin, ghazal, melayu deli, dangdut, joget, keroncong & pop melayu terbitan komposer terkenal Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah. Album ini dirakamkan oleh penyanyi pop tradisional popular Syura dan dipasarkan pada 21 Mei 2006.

Syahda Berdendang
Album studio oleh Syura
Dikeluarkan pada21 Mei 2006
GenrePop, Tradisional, Zapin, Keroncong & Ghazal
SyarikatFantasia Music City
PenerbitPak Ngah
S. Atan
Eddie Hamid
Kronologi Syura
"Balaghah"
(2004)
"Syahda Berdendang"
(2006)
"Khazanah Pujangga"
(2008)

Album ini memuatkan lagu hits seperti Candak & Syurga Perindu. Album ini terjual 15,000 unit selepas setahun dipasarkan.

Penerbit Eksekutif : William Lim Penolong Penerbit Eksekutif : C.F Ho Penerbit : Pak Ngah / Idzhar Azwa / Rosli Selasih Penyelaras Produksi : C.F Ho Susunan Muzik : Pak Ngah / Yassin / Belle / S.Atan Studio Rakaman : Pro Studio Jururakam / Juruadun : Vincent / Koh Rekabentuk Kulit Album : Ajoei Fotografi : Bustaman

Senarai laguSunting

  1. Joget Gadis Melayu *4.24
    Pak Ngah / Siso
  2. Dendang Berinding *4.18
    Rosli Selasih / Tok Wan
  3. Candak *4.23
    Pak Ngah / Lokmanghani
  4. Mahligai Mawar (duet bersama Siti Nordiana) *4.14
    LY / Baiduri
  5. Syurga Perindu &4.38
    Eddie Hamid / Ku Seman Ku Hussein
  6. Nakasari *4.03
    Rosli Selasih / Lokmanghani
  7. Ada Bagai Tiada *5.15
    Omar Taib / Siso
  8. Nasib Melukut *5.13
    S.M Nor / Siso
  9. Bukan Aku Tak Cinta *4.29
    Adinda Amiro / Rosyid Somantri
  10. Kamaruzzaman *3.36
    Copyright Control

PencapaianSunting

Antara kejayaan album ini ialah meraih anugerah 'Album Pop Etnik Terbaik serta dicalonkan untuk kategori Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik Malaysia ke 14. Lagu Candak pula berjaya layak ke Anugerah Juara Lagu ke 21 untuk kategori Etnik Kreatif.