Along Exists

(Dilencongkan dari Azrul Nasir)

Azhrul Bin Nasir atau juga dikenali sebagai Along atau G-Nola merupakan pemain gitar utama kumpulan Exists yang ditubuhkan pada akhir Mac 1991.[1] Beliau merupakan nadi utama dalam kumpulan Exists bersama bapa saudaranya, Musa Radhi atau Musrad kerana banyak mencipta lagu-lagu untuk kumpulan tersebut. Beliau juga merupakan abang kepada pemain dram kumpulan Spider dan Gerilia iaitu Aie.

Along Exists
KelahiranAzhrul Bin Nasir
(1978-08-10) 10 Ogos 1978 (umur 41)
Mount Austin, Johor Bahru, Johor
WarganegaraMalaysia Malaysia
Nama lainG-Nola
PekerjaanPemuzik, penggubah lagu, penerbit album
Tahun aktif1991-kini
PasanganAzliza Hassan
AnakAriff Darwish
Akmal Firash
Lyra Rose Batrisya
Ibu bapaNasir Radhi (bapa)
Siti Aishah Poniran (ibu)
SaudaraMusrad (bapa saudara)
Aie Spider (adik)
Laman webhttp://instagram.com/alongexists
http://facebook.com/alongexists https://www.youtube.com/channel/UC9eRpto4llTqA_yFvzqmn7g
Kerjaya muzik
GenreRock, Balada, Pop Rock
InstrumenGitar, Piano, Keyboard
Syarikat rakaman
Ada Exists Sdn. Bhd.
Pengkarya berkait
Exists, Gerilia

Karier MuzikSunting

Pada awal pembabitan Along dalam industri muzik tanah air, beliau bergandingan dengan Shah sebagai gitaris kumpulan Exists (dahulunya dikenali sebagai Exist) sebelum menjadi satu-satunya gitaris Exists yang tinggal berikutan pengunduran Shah daripada kumpulan tersebut pada tahun 1992. Selain bermain gitar, Along juga berkebolehan dalam bermain piano dan papan nada (keyboard).

Kerjaya penerbitannya hanya bermula dengan album ketiga Exists yang berjudul Jangan Gentar pada tahun 1997. Selain menerbitkan album, beliau turut dikenali sebagai penggubah muda yang kian meningkat naik kerana selain mencipta lagu untuk kumpulannya sendiri, beliau juga banyak mencipta lagu untuk artis lain seperti Siti Nurhaliza, Kumpulan Antz dan Siti Sarah.[2] Beliau juga turut menjadi pilihan kebanyakan artis untuk menjadi sessionist dalam album-album mereka. Antara lagu ciptaannya ialah Anugerah, Julia dan Percayakan Siti. Ketiga - tiga lagu ini kemudiannya berjaya ke Anugerah Juara Lagu 1994,2002 dan 2003.

Beliau pernah dianugerahkan komposer muda berpotensi oleh MACP pada tahun 2002.

RujukanSunting

Pautan luarSunting