Hisyam Ahmad yang lebih dikenali sebagai Hisyam Inteam telah dilahirkan pada 1 Februari 1980 di Keramat, Kuala Lumpur dan merupakan salah seorang penyanyi nasyid yang popular di Malaysia. Beliau juga merupakan salah seorang anggota kumpulan Inteam (2000-2002, 2015-kini) yang dahulunya bernaung di bawah label Hijjaz Records. Beliau juga mempunyai latar belakang pendidikan agama yang tinggi sejak dari sekolah rendah lagi.

Hisyam Inteam
Kelahiran
Hisyam bin Ahmad

(1980-02-01) 1 Februari 1980 (umur 44)
Nama lainSyam, Syamer, Hisyam Inteam, Hisyam DeHearty
PekerjaanPenyanyi, komposer, penulis lirik, pegawai kerajaan
Tahun aktif1998–kini
Kerjaya muzik
GenreNasyid
Syarikat rakaman
Hijjaz Records (2000-2002)
NAR Records (2004-2007)
Inteam Records (2015-kini)
Pengkarya berkait
Inteam (2000-2002, 2015-kini)
DeHearty (2004-2007)
Laman web rasmihttps://instagram.com/hisyaminteam

Perjalanan karier sunting

1998-2002 : Kemunculan Awal Bersama In-Team sunting

Pada tahun 1998, Hisyam yang mula menyambung pengajiannya di pusat matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa (UIA) telah bergiat aktif dalam bidang nasyid di mana beliau merupakan anggota kumpulan nasyid rasmi UIA iaitu Husaini yang juga dianggotai oleh Abdul Rahim (Rahim Inteam) dan Amin Idris (kini pengacara & motivator) pada ketika itu. Beliau yang kemudiannya diberi peranan sebagai penyanyi solo dalam kumpulan Husaini telah mendapat tawaran daripada Hijjaz Records untuk masuk sebagai ahli kumpulan In-Team. Selang beberapa hari, Hisyam menyatakan persetujuan untuk mengikat kontrak bersama Hijjaz Records sekaligus melengkapkan kumpulan In-Team yang pada ketika itu telahpun dianggotai oleh Syah, Hazamin dan Allahyarham Suhaimi.

Dengan penyertaan beliau dalam In-Team, mereka kemudiannya menghasilkan album pertama yang berjudul Kasih Kekasih pada tahun 2000. Album yang hit dengan lagu judulnya itu ternyata telah memperkenalkan nama In-Team dalam industri muzik tanah air dan menjadi siulan ramai pada ketika itu. Biarpun pada awalnya timbul sedikit kontroversi yang mengatakan bahawa In-Team menggalakkan anak-anak muda untuk berpasangan dengan menggunakan istilah "Islamic Couple" sehingga menyebabkan mereka tidak dibenarkan untuk menyanyikan lagu tersebut di UIA, lagu ini ternyata menjadikan mereka lebih dikenali sehinggakan album tersebut terjual melebihi 80,000 unit.

 
Hisyam dalam video lagu '''In-Team - Impian Kasih''' pada tahun 2001

Setahun selepas, Hisyam bersama anggota In-Team yang lain telah menghasilkan album kedua mereka iaitu Impian Kasih. Sepertimana album pertama mereka, album ini turut terjual laris dengan menampilkan banyak lagu hit seperti Impian Kasih, Selamatkan Dunia, Lilin Seorang Guru dan Rabiatul Adawiyah.

2002-2007 : Keluar Dari In-Team & Kewujudan DeHearty sunting

Pada tahun 2002, Hisyam yang pada ketika itu berada di tahun akhir pengajian tidak dapat meluangkan banyak masa bersama peminat lantaran komitmen beliau yang semakin sibuk. Maka, Hisyam dengan berat hatinya menarik diri dari kumpulan In-Team untuk fokus dalam pengajiannya, tambahan pula timbul konflik antara beliau dengan pihak pengurusan Hijjaz Records. Tempat beliau dalam In-Team kemudiannya digantikan oleh Abdul Rahim yang juga sahabatnya ketika bersama Husaini sebelum ini.

Setelah tamat pengajian, Hisyam telah mendapat lamaran daripada NAR Records Sdn. Bhd. untuk merakamkan album solo. Namun begitu, beliau yang lebih selesa untuk bergerak dalam kumpulan akhirnya mengajak tiga orang rakannya yang juga mahasiswa UIA iaitu Azrul Azlan (kini Dr Azrul Azlan), Zul dan Warie untuk membentuk kumpulan DeHearty pada tahun 2004. Bersama DeHearty, Hisyam berjaya menghasilkan dua album studio iaitu Di Hati (2004) dan Insan Istimewa (2005) ketika bernaung di bawah label NAR Records sebelum menyepikan diri lantaran kesibukan setiap anggotanya.

2007-kini : Nur Insani, Projek-Projek Bersama Inteam & Kembali Bersama Inteam (2015) sunting

Pada tahun 2007, Hisyam telah dijemput oleh kumpulan lamanya, Inteam sebagai penampilan istimewa dalam album Nur Insani pada tahun yang sama. Dua tahun selepas itu, beliau bersama Suhaimi telah diundang juga oleh kumpulan Inteam untuk bersama-sama merakamkan album yang berjudul Allahu Rabbi di mana album tersebut merupakan projek reunited pertama mereka sepanjang mereka bergiat aktif dalam industri nasyid tanah air. Pada tahun 2013, beliau sekali lagi terlibat dalam projek reunited yang kedua dengan album berjudul Iman & Aman oleh Inteam, juga sebagai undangan istimewa bersama Suhaimi.

Namun pada 21 Mei 2015, secara rasminya beliau telah kembali menganggotai Inteam untuk bersama sahabat-sahabatnya iaitu Syah, Hazamin dan Abdul Rahim. Kembalinya beliau ke pangkuan Inteam menjadikan kumpulan tersebut kini berjumlah 4 orang. Selain bersama Inteam, Hisyam juga mempunyai kerja hakiki di mana beliau bekerja sebagai pegawai di pejabat FELDA.

Pendidikan sunting

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Lembah Keramat, Kuala Lumpur pada tahun 1987, sebelum memasuki Madrasah Darul Falah, Melaka (1988-1990). Selepas itu, dia menyambung pengajian ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Rendah Agama Az-Zafirah (1991-1992).

Kemudian, beliau memasuki Sekolah Menengah Agama (Arab) Ar-Rahmah Kenali (1996-1997) dan melanjutkan pengajannya ke peringkat universiti di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam jurusan pengajian Ilmu Wahyu.[1]

Diskografi sunting

Kumpulan Tahun Judul Album Penerbit Label Edaran Jualan
In-Team/Inteam
2000 Kasih Kekasih Hijjaz Hijjaz Records NAR Records 80,000 unit
2001 Impian Kasih Hijjaz Hijjaz Records NAR Records 50,000 unit
2007 Nur Insani Inteam Inteam Records EMI Music Malaysia
2009 Allahu Rabbi Inteam Inteam Records Warner Music Malaysia
2010 Nur Muhammad (Bersama Kumpulan UNIQUE) Inteam Inteam Records Warner Music Malaysia
2013 Iman & Aman Inteam Inteam Records Warner Music Malaysia
2015 Miracle Hits Inteam Inteam Inteam Records Sony Music Malaysia
2017 Zikir Hati Inteam Inteam Records Inteam Records
2020 Inteam 20 Tahun Inteam Inteam Records Masyhur/Universal Music Malaysia
DeHearty
2004 Di Hati Musrad (Musa Exists) NAR Records NAR Records
2005 Insan Istimewa Musrad NAR Records NAR Records

Rujukan sunting