Abdul Rahim bin Osman

Abdul Rahim bin Osman atau lebih dikenali sebagai Rahim Inteam merupakan salah seorang anggota kumpulan Inteam yang terkenal di Malaysia. Beliau dilahirkan pada (1980-09-09) 9 September 1980 (umur 43) dan berasal dari Segamat, Johor.

Abdul Rahim Inteam
Kelahiran
Abdul Rahim bin Osman

(1980-09-09) 9 September 1980 (umur 43)
Nama lainRahim, Ayem, Yem
PekerjaanPenyanyi, komposer, penulis lirik, usahawan
Tahun aktif1998-kini
PasanganSiti Hajar Mat Angsar (k. 2004)
Anak-anak7
Ibu bapaAllahyarham Hj. Osman bin Sudin (bapa)
Kerjaya muzik
GenreNasyid
Syarikat rakaman
Hijjaz Records (2002-2005)
Inteam Records (2005-kini)
Pengkarya berkait
Inteam
Laman web rasmihttps://www.facebook.com/abdul.r.osman.3
https://instagram.com/rahiminteam

Keahlian Dalam In-Team sunting

1998-1999 : Peringkat Awal sunting

Pada tahun 1998, Rahim yang pada ketika itu sudah bergelar mahasiswa di Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa (UIA) telah mengenali anggota-anggota terawal In-Team termasuklah Syah dan Hazamin memandangkan mereka berada dalam batch yang sama. Pada masa yang sama, Rahim juga telah mengenali Hisyam disebabkan mereka sama-sama menganggotai kumpulan Husaini yang juga kumpulan nasyid rasmi di Pusat Matrikulasi UIA. Rahim yang pada ketika itu sangat akrab dengan anggota In-Team telah diajak oleh mereka berdua untuk membuat persembahan dalam satu konsert berskala besar iaitu Konsert Keranamu Kosovo di Stadium Negara, Kuala Lumpur pada tahun 1999. Setelah itu, Rahim telah dilamar oleh In-Team untuk menghadiri uji bakat yang dikendalikan oleh Hijjaz Music Entertainment. Namun, Rahim terpaksa menolak untuk bersama dengan In-Team disebabkan beliau telah berpindah ke kampus utama iaitu UIA Gombak satu semester lebih awal daripada anggota In-Team pada ketika itu. Namun begitu, beliau kekal menjadi peminat setia In-Team di mana beliau membeli majalah YES (Yang Elok-Elok Saja) selain turut mempunyai dua album pertama In-Team iaitu Kasih Kekasih dan Impian Kasih.

2002 : Menyertai In-Team sunting

Pada pertengahan tahun 2002, Rahim yang ketika itu tinggal di Mahallah (Kolej) Ali di UIA Gombak, telah bertemu dengan Syah di tangga kolej tersebut di mana Syah telah mengajak Rahim untuk menggantikan Hisyam yang keluar dari kumpulan In-Team. Tawaran tersebut membuatkan beliau berasa terkejut pada awalnya kerana beliau sedar bahawa bukan mudah untuk dirinya mengisi kekosongan yang ditinggalkan Hisyam dan melengkapi In-Team seperti sebelumnya.

Namun atas dasar persahabatan dan rasa tanggungjawab, Rahim akhirnya bersetuju untuk bersama In-Team di bawah label Hijjaz Records dan setahun selepas itu, lahirlah album pertama beliau bersama In-Team iaitu Damba Kasih. Sejak dari itu, Rahim menjadi tulang belakang untuk Inteam terus aktif berkarya sehingga kini.[1]

Latar Belakang Pendidikan sunting

Beliau telah mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Segamat (SMKAS) dan Sekolah Tinggi Segamat (High School Segamat). Kemudian, beliau telah menyambung pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 1998, juga seperti anggota-anggota asal kumpulan Inteam yang lain.

Album Rahim Bersama Inteam sunting

Tahun Judul Album Penerbit Label Edaran Jualan
2003 Damba Kasih Hijjaz Hijjaz Records NAR Records 50,000 unit
2004 In-Team '04 Hijjaz Hijjaz Records EMI Music Malaysia
2006 Tiada Lagi Kasih Inteam Inteam Records EMI Music Malaysia
2007 Nur Insani Inteam Inteam Records EMI Music Malaysia
2009 Allahu Rabbi Inteam Inteam Records Warner Music Malaysia
2010 Nur Muhammad (Bersama Kumpulan UNIQUE) Inteam Inteam Records Warner Music Malaysia
2010 Love Allah Love Rasul Inteam Inteam Records Inteam Records
2011 Inteam Kembara Sedekad Inteam Inteam Records Warner Music Malaysia
2013 Iman & Aman Inteam Inteam Records Warner Music Malaysia
2015 Miracle Hits Inteam Inteam Inteam Records Sony Music Malaysia
2017 Zikir Hati Inteam Inteam Records Inteam Records
2020 Inteam 20 Tahun Inteam Inteam Records Masyhur/Universal Music Malaysia

Rujukan sunting