Dr. Mohd Azam bin Sulong, dikenali dengan nama penanya Azam Dungun, merupakan seorang penggubah lagu, penulis lirik dan penerbit rakaman di Malaysia. Kini beliau merupakan seorang pensyarah di Fakulti Muzik & Seni Persembahan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak. Beliau Berkelulusan Sarjana Muda dalam bidang Pendidikan Muzik dan Ph.D dalam bidang Kesusasteraan Melayu.

Azam Dungun
Nama lahirMohd Azam bin Sulong
PekerjaanKomposer, penulis lirik, penerbit rakaman, pensyarah
Tahun aktif1990 hingga sekarang
Pengkarya berkait
Saari Amri M. Nasir

Antara lagu ciptaan beliau termasuklah Hakikat Sebuah Cinta dendangan Iklim, Bila Diri Disayangi dendangan Ukays, Salam Sejahtera dendangan Samudera, Mekar Di Jiwa dendangan X-Ray, Sayap Terluka, Semilir dan Kasih Yang Tak Pasti dendangan Panji, Ceria Dalam Gundah dendangan Liena dan lain-lain. Manakala lirik lagu antaranya ialah Tak Mungkin Berpaling, Manisnya Rindu dan Kembali Merindu dendangan Slam, Cinta Antara Benua dendangan Arni Nazira, Aku Masih Di Sini, Rasopariso, Aku Tetap Aku dan Talam Dua Muka dendangan XPDC, Matahari, Seakan Menguji, Jernih, Damai dan Akar dan Bumi dendangan Amuk, Kalam Jauhari dendangan Datuk Sharifah Aini, Nawaitu, Cahaya dan Suluh Budiman dendangan Rabbani, Nian Di Hati dan "Seloka Budi" dendangan Datuk Siti Nurhaliza.