Separuh Akhir Muzik Muzik 27

Separuh Akhir Muzik Muzik 27 ialah sebuah program televisyen yang ditayangkan di TV3 sebagai sebahagian daripada proses penentuan juara dalam program mingguan Muzik Muzik di mana ia diadakan selama tiga pusingan bagi menentukan lagu mana yang layak bertanding di Anugerah Juara Lagu ke-27.

Sejarah sunting

Ia mula diperkenalkan pada edisi ke-7 pada tahun 1992 setelah kategori terbuka diubah kepada ktegori berasaskan genre muzik iaitu Balada, Pop Rock dan Etnik Kreatif. Ia bagi membolehkan 10 buah lagu mewakili setiap genre akan dipertandingkan bagi memenuhi empat kerusi yang layak ke peringkat akhir. Pada edisi ke- 24, penganjur kembali menggabungkan semua kategori menjadi terbuka namun separuh akhir masih dijalankan dengan memilih 30 buah lagu yang mempunyai merit yang cukup dalam carta untuk bersaing secara berperingkat selama tiga pusingan bagi merebut 12 (atau 14, bergantung kepada juri) kerusi yang layak ke peringkat akhir. Keputusan diumumkan pada minggu ketiga pertandingan. Kebiasaannya Separuh Akhir Muzik Muzik dijalankan pada pusingan mingguan ke-50 iaitu pada bulan November setiap tahun. Ia membolehkan finalis yang layak ke peringkat akhir membuat persiapan dalam tempoh hampir dua bulan sebelum acara Anugerah Juara Lagu.

Senarai Lagu Semi-finalis Muzik Muzik 27 sunting

Konsert Muzik-Muzik Separuh Akhir disiarkan pada tiga malam Ahad berturut-turut pada 11, 18 dan 25 November 2012, jam 9 malam, bersiaran langsung dari Sri Pentas 2Shah Alam.

Pusingan Pertama (11 November) sunting

Lagu Komposer Penulis Lirik Penyanyi
"Cerita Dia" Ammar Habir Aepul Drama Band
"Idola" Audi Mok Azlan Azlan & The Typewriter
"Watak" Aidit Alfian Ad Samad Hafiz Suip
"Aku Datang" Tomok Rafidah Abdullah Tomok
"Aku Suka Dia" Ainan Tasneem
"Pelangi Senja" Taja Tun Teja Stacy
"Jerrypah" Aizat Anas & Aizat Aizat Amdan
"Majnun" Audi Mok Audi Mok & Omar K Hazama Azmi
"Pencinta Terbaik" Edry Abdul Halim Kumpulan Sofazr
"Kasanova" Stacy
"Biar Sampai Ke Bintang" Ajai Ahmad Farid Abdul Jalal (Transformer Melayu) Asmidar

Pusingan Kedua (18 November) sunting

Lagu Komposer Penulis Lirik Penyanyi Nota
"Anak Kampung" Jimmy Palikat One Nation Emcees & Jimmy Palikat One Nation Emcees & Jimmy Palikat
"Terukir Di Bintang" Yuna Zarai Pada malam Juara Lagu, Aizat Amdan akan menggantikan Yuna sebagai penyanyi
"Angkasa" Diandra Arjunaidi
"Tanpamu" Amir Jahari
"Sesaat Kau Datang" ID Mifzal Zie Syafruddin Ramlah Ram & Sleeq
"Ombak Rindu" Zaidi Hafiz Suip & Adira
"Terlalu Mencintaimu" Ajai Jeremy Chong Suki Low
"Hatimu Milikku" Kuncidemak Siti Nurulain Nera
"Tapi Bagaimana" Tam Spider M.Nasir Kumpulan Spider
"Sebelah Jiwaku" Edry Abdul Halim Jaclyn Victor
"Lagu" Bo Amir Iqram Kumpulan Bedroom Sanctuary

Pusingan Ketiga (25 November) sunting

Lagu Komposer Penulis Lirik Penyanyi Nota
"Teman Pengganti" Malique Black & Malique Pada malam Juara Lagu, rapper RJ akan menggantikan Malique
"Harapan" Frozen Kumpulan Hyper Act
"Panik" Sam Baharom Bunkface
"Simetri" Audi Mok Zel Firdhaus Haduan Hazama Azmi & Amy Search
"Mesti Ada Cinta" Kuncidemak Akim Ahmad & Fiq
"Andaiku Bercinta Lagi" Edry Abdul Halim Kumpulan Mojo
"Patah Seribu" Shila Amzah
"Ku Akui" Ajai Hafiz Suip

Lain-lain sunting

Nota;

Lihat juga sunting