Tam Mustafah

(Dilencongkan dari Rustam bin Mustafa)

Rustam Mustafah atau lebih dikenali sebagai Tam Spider (lahir 14 September 1973) ialah seorang penyanyi, pemuzik, komposer dan penerbit rakaman Malaysia. Beliau terkenal sebagai vokalis dan gitaris kumpulan Spider yang bernaung di bawah Luncai Emas milik M. Nasir. Selain itu, beliau juga menjadi pemain gitar untuk artis lain dan aktif mencipta lagu.[1]

Tam Spider
Nama lahirRustam bin Mustafah
Juga dikenali sebagai
Tam Mustafah
Kelahiran (1973-09-14) 14 September 1973 (umur 48)
Masjid Tanah, Melaka, Malaysia
GenreRock
PekerjaanPenyanyi, penggubah lagu, pelakon
InstrumenVokal, gitar
Tahun aktif1996–kini
Syarikat rakaman
Luncai Emas
Pengkarya berkait
Spider, M. Nasir
PasanganAida Mustafa (k. 2009)
Anak3

SpiderSunting

Tam mengasaskan bersama kumpulan Spider bersama Nafie (gitaris utama), Tony (pemain bes) dan Yem (dram, kemudian digantikan oleh Aie) semasa penubuhan kumpulan ini pada 1996. Kumpulan ini menandatangani kontrak bersama Luncai Emas milik M. Nasir, sejak itu Spider diambil sebagai kakitangan tetap Luncai Emas. Album pertama mereka Ngam Ho dikeluarkan pada 1999 dengan mempertaruhkan lagu "Mungkinkah Terjadi" sebagai single pertama. Sejak itu, Tam bersama kumpulan Spider menerbitkan lima lagi album yang kesemuanya meraih kejayaan komersial.[2]

Kehidupan peribadiSunting

Tam telah berkahwin sebanyak dua kali.[3] Beliau berkahwin dengan Aida Mustafa di Masjid Jamek Pekan Nanas, Pontian, Johor.[4] Anak beliau, Mohd Aliff hasil daripada perkahwinan sebelum ini turut berasa gembira dengan perkahwinan bapanya itu. Pasangan ini telah bertunang pada 15 Ogos 2009, selepas hampir lima tahun mengenali hati budi masing-masing dan berkahwin pada 8 November 2009. Majlis perkahwinannya telah diadakan di Dewan Komuniti, Pekan Nanas Pontian Johor dan dihadiri kira-kira lebih 1,000 tetamu yang terdiri daripada oleh ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan kedua-dua belah pihak termasuklah anggota-anggota kumpulan Spider dan komposer serta penyanyi terkenal, M. Nasir.[5]

DiskografiSunting

SingleSunting

  • "Sesat Dalam Gelita" (2006)

Lagu ciptaanSunting

RujukanSunting

  1. ^ Michelle Gun (18 September 2015). "Tam siap lagu dalam resort". Harian Metro. Dicapai pada 2 Julai 2016.
  2. ^ Zubir Mohd Yunos (12 Jun 2005). "Apabila Spider dah melaram..." Berita Minggu. Dicapai pada 2 Julai 2018.
  3. ^ Shakilawati Abd. Rahman (9 September 2012). "Keluarga bahagia Tam". Metro Ahad. Dicapai pada 2 Julai 2018.
  4. ^ Elrafaei Sapi (10 November 2009). "Pelengkap hidup Tam". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 November 2009. Dicapai pada 2 Julai 2010.
  5. ^ Fariq Zolkepli (8 November 2009). "Lebih 1,000 hadiri majlis perkahwinan Tam Spider-Aida". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-11-10. Dicapai pada 2 Julai 2010.

Pautan luarSunting