Ahmad Imranullah bin Ahmad Husaini Ajmain (lahir di Singapura, 25 April 1981) atau lebih dikenali sebagai Imran Ajmain ialah seorang penyanyi dan penulis lagu Singapura.[1][2][3] Beliau meraih perhatian meluas dengan single hitsnya, "Seribu Tahun" yang dimuatkan dalam album pertamanya, Dengan Secara Kebetulan pada 2007.

Imran Ajmain
Imran semasa sidang media Anugerah Juara Lagu.
Latar belakang
Nama lahirAhmad Imranullah bin Ahmad Husaini Ajmain
Kelahiran (1981-04-25) 25 April 1981 (umur 43)
Hougang, Singapura
GenreR&B, Soul, Balada, Pop
PekerjaanPenyanyi, penggubah lagu
InstrumenVokal
Tahun aktif2002–kini
Syarikat rakaman
Universal Music Singapore
Pengkarya berkait
TripleNoize, Altimet, Diana Danielle
Laman sesawang
imranajmain.com

Kehidupan peribadi

sunting

Imran berdarah kacukan Jawa dan Belanda. Ayahnya, Ahmad Husaini Ajmain, merupakan penerbit rakaman dan juga penggubah serta penulis lirik yang popular di Singapura pada penghujung dekad 1970-an dan awal 1980-an. Sedangkan ibunya, Rietha Fatima Daliman, seorang suri rumah berdarah Jawa dan Belanda.

Imran merupakan anak bongsu dan mempunyai seorang kakak bernama Musliha.

Imran memulakan pendidikan peringkat rendahnya di Xinghua Primary School dan meneruskan pembelajarannya ke Siglap Secondary School.

Beliau meneruskan pendidikan peringkat tinggi di One Academy dan IBMEC. Imran sangat suka akan warna hijau dan biru. Hobi Imran ialah mendengar muzik, menonton wayang dan membaca majalah. Imran bezodiak Taurus dan juga berdarah O+.

Kerjaya

sunting

Sebelum mendapat perhatian dari media Singapura dan Malaysia, Imran pernah berkerjasama dengan artis underground Hip Hop Singapura. Beliau juga pernah berkerjasama dengan kumpulan Hip Hop Singapura yang terkenal, Triplenoize. Tiga buah lagu yang beliau pernah berkejasama dengan kumpulan itu ialah Third Eye, Fact or Fiction dan Happy Days.

Diskografi

sunting

Album studio

sunting

Single

sunting
  • "Dikalung Kasihan (OST Debunga Lalang)" (2012)
  • "Intan Dan Perak" (2019)
  • "SERIBU TAHUN (OST KERANA CINTAKU SAERAH TV3 (2008)

Rujukan

sunting
  1. ^ "'Diam-Diam Ubi Berisi' Imran Ajmain". mStar Online. 3 April 2017. Dicapai pada 28 April 2017.
  2. ^ Haryati Ismail (17 Februari 2020). "Imran Ajmain selepas Seribu Tahun". Berita Harian Singapura. Dicapai pada 28 April 2020.
  3. ^ Najiy Jefri (18 Mac 2019). "Imran Ajmain hadiahkan intan dan perak". Harian Metro. Dicapai pada 28 April 2019.

Pautan luar

sunting