Triplenoize

(Dilencongkan dari TripleNoize)

TripleNoize merupakan sebuah kumpulan hip hop Singapura, terdiri daripada Iswady Idris (Dusty-Dii), Ramachandran Srigadan (128Ram) dan Shahfii Ali (F2).[1][2] Single pertama mereka, "Mak Minah" yang dimuatkan dalam album sulung mereka, From Where We Sit telah melonnjakkan nama kumpulan ini, bukan sahaja di negara kelahiran mereka, malah juga di Malaysia.[3]

TripleNoize
Berasal dariSingapura
GenreHip hop, rap
Tahun aktif2000–2014, 2021–kini
Syarikat rakaman
Mouse Records
Pengkarya berkait
Imran Ajmain, Taufik Batisah
Ahli
  • Ramachandran Srigadan (128Ram)
  • Shahfii Ali (F2)
Bekas ahli
  • Iswady Idris (Dusty-Dii)

Sejarah sunting

TripleNoize menjejak kaki ke dalam industri muzik Singapura dengan menyertai pertandingan Talentime pada tahun 2001.[4][5][6] Setelah diminati ramai anak anak muda Singapura ketika itu, mereka menghasilkan album pertama mereka yang berjudul From Where We Sit pada 22 Jun 2002, yang mana ia telah terjual sebanyak 3,500 unit.[7] Single pertama mereka yang berjudul "Mak Minah" telah mendapat perhatian di Malaysia, Indonesia dan Brunei. Dengan lagu itu juga, populariti mereka semakin dikenali di antara 3 negara itu.[8] Mereka juga terkenal menerusi lagu "Sway" nyanyian asal Michael Bublé, yang mana lagu itu dipersembahkan dalam versi hip hop.[9] Album kedua dan terakhir mereka, Noizy FM dikeluarkan pada 2004.[10][11][12][13] Setelah mereka berpisah, mereka kembali semula secara sambilan dengan lagu "Seruling Lebaran" pada 2012 dan "Bonda" pada 2014. Menerusi kedua-kedua lagu ini, mereka berduet bersama Aqustiqa dan Mawar Berduri, bekas ahli kumpulan Ahli Fiqir.[2]

Setelah 17 tahun tidak mengeluarkan album, TripleNoize kini kembali dengan single terbaru "I’m Sorry" tetapi mereka kini berdua tanpa Iswady atau lebih dikenali sebagai Dusty-Dii. Mereka akan mengeluarkan single demi single sehingga album terakhir mereka yang dinamakan The Grand Finale.

Diskografi sunting

Album studio sunting

Tajuk Butiran album Jualan
From Where We Sit 3,500[7]
Noizy FM
  • Dikeluarkan: 4 Disember 2004
  • Label: Beatboxx Music
  • Format: CD, kaset, muat turun digital
The Grand Finale
  • Dikeluarkan: 2022
  • Label: Pisrus Music
  • Format: Digital
"—" menunjukkan tiada jualan album diperoleh.

Single sunting

Tajuk Tahun
"Mak Minah" 2002
"Sway"
"Roc Ya Body" 2004
"Bonda" 2012
"Seruling Lebaran" 2014
“I’m Sorry” 2021

Rujukan sunting

  1. ^ Nazir Husain (13 Julai 2002). "Singing pretty" (dalam bahasa Inggeris). Billboard. Dicapai pada 28 November 2010.
  2. ^ a b Shahida Sarhid (9 Ogos 2014). "Triplenoize buat bising lagi". Berita Harian Singapura. Dicapai pada 30 November 2014.
  3. ^ Asif Ansar (15 Jun 2002). "Sitting pretty" (dalam bahasa Inggeris). TODAY. m/s. 33. Dicapai pada 29 Ogos 2010.
  4. ^ Hasleen Bachik (11 Disember 2002). "TripleNoize kini banyak senyum". Berita Harian Singapura. m/s. 12. Dicapai pada 29 Ogos 2010.
  5. ^ Eddy Norisman Ismail (4 Mac 2002). "Masih ada yang fikir Triple Noize no. 1". Berita Harian Singapura. m/s. 8. Dicapai pada 29 Ogos 2010.
  6. ^ Gail Wan (22 November 2001). "The star polish" (dalam bahasa Inggeris). TODAY. m/s. 22. Dicapai pada 29 Ogos 2010.
  7. ^ a b Hanim Mohd Saleh (21 Ogos 2002). "Album Triple Noize akan turut diedar di Malaysia". CyBerita. Dicapai pada 29 Ogos 2010.
  8. ^ "TripleNoize jadi 'Mak Minah'". Berita Harian Singapura. 31 Disember 2002. m/s. 10. Dicapai pada 29 Ogos 2010.
  9. ^ Paul Zach (21 Jun 2002). "Triple Noize's Sway is swell" (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. m/s. 15. Dicapai pada 29 Ogos 2010.
  10. ^ Hanim Mohd Salleh (19 Disember 2004). "Triple Noize kecewa". Berita Harian Singapura. m/s. 11.
  11. ^ Zul Othman (13 Januari 2005). "Noize on the airwaves" (dalam bahasa Inggeris). TODAY. m/s. 36. Dicapai pada 29 Ogos 2010.
  12. ^ "Make some Noize". The Straits Times. 18 Februari 2005. m/s. 11. Dicapai pada 29 Ogos 2010.
  13. ^ "Noise over Triple Noize video" (dalam bahasa Inggeris). The New Paper. 20 April 2005. m/s. 24.

Pautan luar sunting