Ahli Fiqir

Ahli Fiqir merupakan sebuah kumpulan hip hop Singapura, terdiri daripada Samsolnahar Sibengat (Tukang Kata), Fadali Mohd Darif (Daly Filsuf), Noor Hidayati Mohamed Yusop (Mawar Berduri) dan Ceza Mutyara (DJ Cza).[1][2][3] Mereka dikenali dengan memperjuangkan bahasa Melayu menerusi karya muzik mereka, terkenal dengan lagu-lagu popular mereka seperti "Samseng", "Angguk-Angguk, Geleng-Geleng", "Tik Tok Simpati", "2x5", "Dia Datang" dan "Derita Merindu" serta telah menerbitkan 3 album.

Ahli Fiqir
Berasal dariSingapura
Genre
Instrumen
  • Vokal
  • meja pusing
Tahun aktif2002–2010, 2012
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait
Bekas ahli

SejarahSunting

Ahli Fiqir ditubuhkan pada 2002 dan dikemudi oleh tiga rakyat Singapura dan seorang rakyat Indonesia yang menyumbangkan vokal, serta seorang penggubah lagu rakyat Malaysia yang tidak bergiat aktif dalam vokal.[4][5][6] Ahli asalnya terdiri daripada Fadali Mohd Darif (Daly), Samsolnahar Sibengat (Tukang Kata) dan Noor Hidayati Mohamed Yusop (Mawar Berduri).[1][7] Pada awal penglibatan mereka, Ahli Fiqir mula bergerak secara aktif di Malaysia selepas bertemu dengan pengurusan mereka di Kuala Lumpur dan muncul sebagai artis undangan dalam beberapa projek muzik bersama kumpulan hip hop Malaysia seperti Too Phat, Teh Tarik Crew dan V.E.[6] Tidak lama selepas itu, sewaktu dalam proses mengembangkan muzik yang mereka ketengahkan, Ceza Mutyara (DJ Cza) menyertai kumpulan ini, menjadikan Ahli Fiqir sebagai sebuah kuartet.[8] DJ Cza berkebolehan besar dan mampu menyumbangkan bakat muziknya untuk kumpulan ini melalui sentuhannya yang unik.[6]

Ahli Fiqir melancarkan single pertama mereka, "Samseng" pada 2005,[9] diikuti oleh album sulung mereka, Hari Ini Dalam Sejarah.[10] Lagu lain yang turut dikeluarkan sebagai single ialah "Angguk-Angguk, Geleng-Geleng" dan "Tik Tok Simpati". Pada tahun 2006, kumpulan ini memenangi Artis Singapura Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2006, manakala album sulung mereka memenangi Album Terbaik di anugerah sama.[11][12]

Pada 16 Jun 2007, Ahli Fiqir melancarkan album kedua mereka, Rap Untuk Rakyat dengan dua lagu dikeluarkan sebagai single, iaitu "2x5" dan "Dia Datang". Juga pada tahun yang sama, mereka merupakan antara 58 artis tempatan yang menjayakan persembahan di Konsert Green Everyday anjuran Suria FM.[13][14][15]

Pada tahun 2008, mereka bersama-sama dengan Pop Shuvit (Malaysia), Saint Loco (Indonesia), Thaitanium, Silksounds dan M.E.M. (ketiga-tiganya dari Thailand) dan Slapshock (Filipina) menubuhkan sebuah projek muzik khas yang berupa sebuah adikumpulan yang dikenali sebagai Project E.A.R. (Project East Asian Revolution), yang merupakan gabungan daripada pemuzik handalan dari Asia Tenggara.[16]

EP sulung mereka, Irama Berima dikeluarkan pada Ogos 2009.[17] "Fiqir Fiqir" dan "Derita Merindu" dikeluarkan sebagai single utama. Ini menjadi rakaman terakhir Ahli Fiqir dalam kerjaya hip hop mereka. Dalam EP ini juga, mereka telah mempersembahkan sebuah lagu bertajuk "Jangan Pergi Mawar" yang ditujukan khas kepada salah seorang ahli kumpulan ini, "Jangan Pergi Mawar". Tukang Kata bagaimanapun tidak terlibat dalam album ini dan menjadi satu-satunya album Ahli Fiqir yang diterbitkan tanpa beliau.[18]

Pada April 2010, kumpulan ini mengumumkan akan dibubarkan secara rasmi.[19][20] Menurut mereka, keputusan untuk membubarkan Ahli Fiqir ialah jalan terbaik.[21] Mereka dipetik oleh Harian Metro sebagai berkata: "Sampai masanya untuk kami membawa haluan diri. Namun untuk mengatakan kami berpecah adalah agak kasar kerana hubungan kami terlalu erat sebagai teman dan keluarga. Mungkin kami lebih melihat keputusan ini sebagai tempoh berehat".[22] Ahli Fiqir juga tidak menolak kemungkinan akan bersatu semula di masa depan.[23]

Pada tahun 2012, dua tahun selepas dibubarkan, Ahli Fiqir bersatu semula untuk menjayakan konsert khas bagi mengubati kerinduan peminat. Konsert itu berlangsung pada September.[24]

Gaya muzikSunting

Kumpulan ini mempersembahkan muzik mereka dalam bahasa Melayu. Mereka juga dikenali kerana memainkan peranan yang penting dalam memajukan dan memartabatkan bahasa Melayu tidak luput ditelan zaman dengan cara menggabungkan seni bahasa ibunda mereka dengan iringan muzik masakini.[25] Mereka ingin menerapkan dan memelihara kesenian bahasa Melayu klasik dan moden dan juga ciri-ciri muzik tradisional dalam lagu-lagu mereka.[6] Visi Ahli Fiqir ialah untuk mewujudkan kesedaran baru terhadap muzik hip hip dan membuktikan bahawa ia bukan sekadar hiburan sahaja, namun sebagai cabang seni halus dari segi mesej, penyampaian, persembahan dan muzik.[26]

Ahli kumpulanSunting

DiskografiSunting

Album studioSunting

Tajuk Butiran album
Hari Ini Dalam Sejarah
Rap Untuk Rakyat
  • Dikeluarkan: Jun 2007
  • Label: Powder Records, Warner Music Malaysia
  • Format: CD, kaset, muat turun digital

EPSunting

Tajuk Butiran album
Irama Berima

SingleSunting

Tajuk Tahun
"Samseng" 2005
"Angguk-Angguk, Geleng-Geleng"
"Tik Tok Simpati" 2006
"2x5" 2007
"Dia Datang" 2008
"Fiqir Fiqir" 2009
"Derita Merindu"

Penampilan lainSunting

Tajuk Tahun Artis
"Alhamdulillah" 2004 Too Phat, Yasin Sulaiman, Daly Ahli Fiqir, Dian Sastrowardoyo
"Pop Yeh Yeh" V.E, Joe Flizzow, Daly Ahli Fiqir
"Sayang Sayang" 2007 Altimet, Mawar Berduri
"Suara Kaki Lima" Pop Shuvit, Ahli Fiqir
"A.E.I.O.U." 2008 Elliza Razak, Ahli Fiqir
"Usah" Suki Low, Daly Ahli Fiqir
"Zakiah" 2009 Jinbara, Ahli Fiqir
"Jangan Lama-Lama" 2010

Anugerah dan pencalonanSunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2006 Anugerah Planet Muzik 2006 Artis Singapura Terbaik Ahli Fiqir Menang
Album Terbaik Singapura Hari ini Dalam Sejarah Menang
Anugerah Industri Muzik ke-13 Artis Baru Terbaik Ahli Fiqir Tercalon
Video Muzik Terbaik "Angguk-Angguk, Geleng-Geleng" Tercalon
2010 Anugerah Industri Muzik ke-17 Album Hip Hop Terbaik Irama Berima Tercalon

RujukanSunting

  1. ^ a b "Kenali anggota Ahli Fiqir". CyBerita. 28 Julai 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Julai 2005. Dicapai pada 28 Ogos 2011.
  2. ^ Abdul Aziz Itar (2 Jun 2005). "Ahli Fiqir - Ajak berfikir melalui rap". Utusan Malaysia. Dicapai pada 28 Ogos 2011.
  3. ^ Zul Husni Abdul Hamid (17 April 2006). "Ahli Fiqir tidak mahu jadi jaguh kampung". Berita Harian. Dicapai pada 28 Ogos 2011.
  4. ^ Zubir Mohd Yunos (16 Oktober 2005). "Biar buta, jangan buta di hati". Berita Minggu. Dicapai pada 29 Ogos 2011.
  5. ^ Hanim Mohd Saleh (18 Julai 2002). "Ahli Fiqir ada potensi cipta nama di persada seni". Berita Harian Singapura. m/s. 12.
  6. ^ a b c d "Info kumpulan Ahli Fiqir". Buzzera. 15 Disember 2009. Dicapai pada 29 Ogos 2011.
  7. ^ "Chasing the dream" (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. 2 Ogos 2010. Dicapai pada 28 Ogos 2011 – melalui PressReader.
  8. ^ Zul Husni Abdul Hamid (16 Jun 2005). "Ahli Fiqir ada tiga perjuangan". Berita Harian. Dicapai pada 28 Ogos 2011.
  9. ^ Zul Husni Abdul Hamid (28 Mei 2005). "Samseng lonjak Ahli Fiqir". Berita Harian. Dicapai pada 28 Ogos 2011.
  10. ^ "S'pore band is a big hit in Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). The New Paper. 2 Ogos 2005. m/s. 17.
  11. ^ "Ahli Fiqir kian panas". CyBerita. 22 Mac 2006. Dicapai pada 28 Ogos 2011.
  12. ^ "Ahli Fiqir tidak melatah". CyBerita. 21 April 2006. Dicapai pada 28 Ogos 2011.
  13. ^ Radin Sri Ghazali (4 Julai 2007). "Rap Untuk Rakyat ubati rindu peminat Ahli Fiqir". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Februari 2012. Dicapai pada 28 Ogos 2011.
  14. ^ "Ahli Fiqir tinggal keluarga kerana hip hop". Utusan Malaysia. 24 Julai 2007. Dicapai pada 28 Ogos 2011.
  15. ^ "Ahli Fiqir thrilled to perform for green cause" (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. 5 Julai 2007. Dicapai pada 29 Ogos 2011.
  16. ^ "Gempak habis... Gabungan pemuzik handalan Asia dalam Project E.A.R". XTRA. 8 Ogos 2019. Dicapai pada 4 Februari 2020.
  17. ^ Zaharian Osman (19 September 2009). "Ahli Fiqir lebih matang dan bersedia". Berita Harian Singapura. m/s. 25.
  18. ^ Shahril Adzrin Jamil (19 Ogos 2009). "Ahli Fiqir teruskan perjuangan tanpa tukang kata". mStar Online. Dicapai pada 29 Ogos 2011.
  19. ^ "CAK: Ahli Fiqir berpecah". Harian Metro. 21 Februari 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-06. Dicapai pada 22 April 2010.
  20. ^ Afifi Hafiz Mohd Nor (29 April 2010). "Tiada lagi Ahli Fiqir". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 April 2010. Dicapai pada 28 Ogos 2011.
  21. ^ Hanim Mohd Saleh (4 April 2010). "Perpisahan keputusan terbaik". Berita Harian Singapura. m/s. 18.
  22. ^ Murshid Eunos (11 April 2010). "Di penghujung Ahli Fiqir". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Mei 2010. Dicapai pada 28 Ogos 2011.
  23. ^ "Ahli Fiqir mungkin bersatu semula?". Berita Harian Singapura. 16 April 2010. m/s. 16.
  24. ^ Juliana June Rasul (11 September 2012). "Defunct local hip-hop group Ahli Fiqir reunite for concert" (dalam bahasa Inggeris). The New Paper. m/s. 15.
  25. ^ Hanim Mohd Saleh (14 Julai 2005). "Ahli Fiqir terfikir soal pelihara bahasa". Berita Harian Singapura. m/s. 10.
  26. ^ "Ahli Fiqir: Hari Ini Dalam Sejarah". Amacam TV. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Januari 2008. Dicapai pada 29 Ogos 2011.

Pautan luarSunting